Berita Harian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
BH
JenisAkhbar harian
FormatKompak
Diasaskan1 Julai 1957
BahasaMelayu
Ibu pejabatBalai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
Edaran106,754 (harian)
109,811 (BH Ahad)
3,766 (daily E-paper)
3,765 (BH Ahad E-paper)
*Sumber: Biro Audit Pengedaran, Malaysia - Julai - Disember 2015[1][2]
PenerbitNew Straits Times Press
Laman sesawangwww.bharian.com.my

Berita Harian (dipendekkan kepada BH) ialah sebuah akhbar utama berbahasa Melayu di Malaysia. Ia diasaskan pada 1 Julai 1957, tahun yang sama Malaysia mencapai kemerdekaan.[3] Bagi surat khabar keluaran hari Ahad diberi nama Berita Minggu.

Biro Audit Pengedaran (ABC) dari 1 Julai 2004 hingga 30 Jun 2005 yang mempunyai 231,163 edaran. Sementara surat khabar lain, Berita Minggu mencapai 358,054 edaran.

Berita Harian juga merupakan nama kepada akhbar tidak berkaitan bahasa Melayu di Singapura. Ia dijual pada harga S$0.50. Edisi Singapura bagi akhbar ini diubahsuai melalui format dan halaman kulit.

Muka depan akhbar Berita Harian

Pada Julai 2020, ia telah dilaporkan bahawa Berita Harian bersama beberapa akhbar tempatan lain iaitu Utusan Malaysia, Harian Metro, New Straits Times (NST) dan The Malaysian Reserve bakal memindahkan operasinya dari Kuala Lumpur ke Shah Alam, Selangor menjelang penghujung 2020 hingga pertengahan 2021. Pemindahan itu sebagai sebuah pelan pemulihan Media Prima Berhad yang berdepan dengan kemelut kewangan.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-09-18. Dicapai pada 2020-01-28.
  2. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-09-18. Dicapai pada 2020-01-28.
  3. ^ Latar Belakang Berita Harian.
  4. ^ Mohamad Athir Ismail (14 Julai 2020). "Utusan, BH, NST, Metro dijangka pindah ke Shah Alam hujung tahun ini". Suara Merdeka. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2020. Dicapai pada 15 Julai 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]