Jauzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Biji kekeras jauzah yang dibuka dari buahnya.

Jauzah (Jawi: جوزة) atau walnat (Bahasa Inggeris: walnut) adalah kekeras yang diperoleh dari dalam buah drupa masak dihasilkan salah satu daripada dua pokok spesies Juglans iaitu J. regia di Eurasia dan J. nigra di Amerika Utara.

Sebanyak 4.5 juta tan metrik kekeras ini telah dihasilkan seluruh dunia setakat tahun 2019: China menyumbang bahagian terbanyak 56% diikuti Amerika Syarikat, Iran, dan Turki.[1]

Pengistilahan[sunting | sunting sumber]

Kata jauzah meminjam dari Bahasa Arab: جَوْزَة, translit. jawzah.[2] Perkataan walnat pula menyerap kata Inggeris walnut turunan Bahasa Inggeris Lama wealhhnutu "kacang asing" dari wealh "asing":[3] buah kekeras ini dinamakan sedemikian kerana perkenalannya daripada tanah-tanah Gallia dan Itali semasa zaman Empayar Rom".[3]

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Buah pokok yang menghasilkan kekeras jauzah ini terdiri dari suatu kulit tebal berisi suatu isirong kekeras dilitupi suatu lapisan berserabut. Lapisan dan kulit ini akan menjadi kering rapuh sambil isirong buah memerang sepanjang musim luruh antara bulan September hingga November, kulit buah akan pecah menggugurkan isirong apabila masak. Kekeras isirong ini muncul secara terbelah dua atau bertiga apabila masak.[4]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kekeras (atau "kacang" dalam bahasa basahan) ini sering dimakan terus selepas dikupas mahupun selepas dipanggang Ia juga dimasukan dalam pelbagai jenis kuih pastri seperti kek, pai mahupun muesli. Kekeras ini juga boleh dijerukkan atau disaluti gula untuk dijadikan makanan ringan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Walnut (in shell) production in 2019, Crops/Regions/World list/Production Quantity (pick lists)". Pangkalan Data Perangkaan Korporat Pertubuhan Makanan Sedunia. 2019. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "jauza". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 451 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ a b Online Etymology Dictionary - "Walnut"
  4. ^ Grant, Amy (19 April 2021). "Walnut Tree Harvesting: When Are Walnuts Ready To Pick". Gardening Know How. Dicapai pada 4 December 2021.