Muesli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Campuran muesli kering dihidang bersama susu dan potongan pisang

Muesli atau Müesli (daripada perkataan bahasa Jerman Mues, "campuran") ialah hidangan sarapan pagi dan tengah hari[1] berasaskan emping oat mentah serta bahan-bahan lain seperti bijian, buahan segar atau kering, biji benih dan kekacang, yang mungkin dicampur dengan susu lembu, susu soya, susu badam, susu tumbuhan lain, yogurt mahupun jus buah-buahan. Makanan ini dicipta oleh seorang doktor Swiss bernama Maximilian Bircher-Benner untuk para pesakit di hospitalnya sekitar tahun 1900. Muesli boleh didapati siap dibungkus kering ataupun dibuat secara segar.

Penduduk di Switzerland dan Jerman juga memakannya sebagai hidangan malam yang ringan iaitu Birchermüesli complet, yakni muesli dengan butterbrot (sandwic Jerman terbuka berasaskan roti mentega) dan kopi susu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Muesli telah diperkenalkan sekitar tahun 1900 oleh seorang doktor Swiss bernama Maximilian Bircher-Benner untuk para pesakit hospitalnya[2] di mana makanan yang kaya dengan buah-buahan segar dan sayur-sayuran merupakan suatu perkara penting dalam terapi untuk pesakit. Makanan ini diilhamkan oleh "makanan aneh" yang dijamah beliau dan isterinya sewaktu mereka mendaki pergunungan Alp Swiss. Bircher-Benner sendirinya memanggil hidangan ini sebagai d'Spys (bahasa Jerman Swiss: "hidangan", bahasa Jerman: die Speise). Muesli dalam bentuk modennya menjadi popular di negara-negara Barat bermula pada tahun 1960-an ketika minat khalayak ramai terhadap kepentingan dalam makanan kesihatan dan diet vegetarian semakin meluas. Muesli Bircher asalnya dihidangkan dengan merendam campuran tersebut dalam air dan jus lemon semalaman sebelum ia dimakan dengan yogurt.

Muesli yang dibungkus[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan mentah muesli yang dibungkus

Muesli yang dibungkus dicampurkan terutamanya daripada emping oat atau emping jagung bersama-sama dengan pelbagai kepingan buahan - buah-buahan keping, kacang dan biji benih. Ia biasa mengandungi empingan bijrin lain seperti gandum atau rai. Ada banyak jenis, yang mungkin juga mengandungi madu, rempah ratus atau coklat. Muesli jenis kering ini boleh disimpan selama bertahun-bulan dan segera dihidangkan setelah dicampur dengan susu, filmjölk, yogurt, kopi, coklat panas, jus buah-buahan atau setakat air kosong sahaja. Buah-buahan segar juga boleh ditambahkan jika mahu. Selain itu, campuran ini mungkin akan direndam semalaman dalam susu dan kemudian dihidangkan dengan buah-buahan segar atau manisan buah secukup rasa.

Muesli segar[sunting | sunting sumber]

Muesli segar yang dibuat dengan mencampurkan emping oat, jus oren, kisaran epal dan pisang, kismis merah, kismis dan keju kotej dengan raspberi di atasnya.

Muesli segar juga boleh disediakan menggunakan kering emping oat atau bijian oat penuh yang sudah direndam dalam air atau jus buah-buahan. Bahan-bahan lain yang turut ditambah seperti buah-buahan segar yang diparut atau dicincang (contohnya pisang, epal, buah beri, anggur, mangga), buah kering, produk tenusu (contohnya, susu segar, yoghurt, krim, susu pekat, fromage frais, quark, keju kotej atau gantian bukan tenusu lain), jus limaukekacang kisar, benih, rempah ratus (terutama kayu manis), madu dan campuran muesli lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Planet, L. (2 Mac 2015), The World's Best Brunches: Where to Find Them and How to Make Them, Lonely Planet Publications, m/s. 294, ISBN 978-1-74360-881-4 
  2. ^ Kurmann, Joseph A.; Rasic, Jeremija L.; Kroger, Manfred (1992), "Bircher Muesli", Encyclopedia of Fermented Fresh Milk Products: An International Inventory of Fermented Milk, Cream, Buttermilk, Whey, and Related Products (edisi pertama), Springer Verlag, m/s. 75, ISBN 978-0-442-00869-7