Javed Ahmad Ghamidi
Javed Ahmad Ghamidi | |
---|---|
Era | Era moden |
Falsafah | Ulama Pakistan |
Sekolah | Farahi-Islahi |
Kepentingan utama | Tafsir Quran dan Syariah |
Idea cemerlang | Pemisahan fiqh daripada syariah; Penyempadanan jelas peraturan mentadbir sumber primer agama; Rangka kerja lengkap pengajian Islam |
Dipengaruhi |
Javed Ahmad Ghamidi (Urdu: جاوید احمد غامدی) (lahir 1951) adalah seorang ahli teologi, tafsir dan sarjana Quran serta pendidik Muslim Pakistan terkenal. Bekas anggota Jamaat-e-Islami, beliau menyambung kerja tutornya, Amin Ahsan Islahi.[1] Ghamidi merupakan pengasas Institut Sains Islam Al-Mawrid dan pertubuhan saudaranya Danish Sara.[1] Beliau merupakan anggota Majlis Ideologi Islam sejak 28 Januari 2006,[2][3] suatu badan perlembagaan yang bertanggungjawab memberikan nasihat perundangan berkenaan isu Islam kepada kerajaan Pakistan dan Parlimen. Beliau juga pernah mengajar di Akademi Perkhidmatan Awam Lahore daripada 1980 hingga 1991.[1] Beliau kini menjalankan gerakan intelektual serupa dengan Wastiyya di Mesir menggunakan media elektronik popular Pakistan.[4]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Esposito (2003) m/s. 93
- ^ Council's two new members appointed Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine, Siaran akhbar 30-01-2006
- ^ Council of Islamic Ideology Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine, Kerajaan Pakistan
- ^ Masud (2007)