Perlembagaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Perlembagaan atau konstitusi sesebuah organisasi atau negara menjelaskan bentuk, struktur atau tata, kegiatan, sifat dan peraturannya yang utama. Ia digubal dalam bentuk undang-undang penting, yang biasanya dikeluarkan oleh seorang penguasa (baik seorang raja, maharaja atau sultan) lalu digunakan secara meluas dalam penggubalan undang-undang berkanun - undang-undang jenis ini adakalanya digubah mengikut kerelevanan dengan ketua agama (misalnya seorang Paus sepertimana yang lazim di kerajaan-kerajaan Dunia Kristian).

Organisasi-organisasi yang biasanya menggunakan konsep ini termasuklah:

Sesebuah organisasi mungkin diberi kuasa tertentu dengan syarat ia mematuhi perlembagaan atau piagam yang terhad (charter limitation). Terma Latin ultra vires merujuk kepada segala aktiviti yang terkeluar dari skop aktiviti yang dibenarkan oleh perlembagaan organisasi tersebut. Contohnya, sebuah kesatuan pelajar mungkin ditegah dari terlibat dengan aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal ehwal pelajar. Sekiranya kesatuan ini masih melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berkaitan dengan pelajar, aktivitinya boleh dianggap sebagai 'ultra vires'. Satu contoh lagi ialah undang-undang negeri. Jika perlembagaan negara menetapkan bahawa kerajaan negeri tidak berkuasa atas hal-hal perbankan, sebarang undang-undang negeri yang melibatkan bank boleh dianggap sebagai termansuh atau "ultra vires" oleh Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Perlembagaan.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Perkataan "perlembagaan" yang lazim dipakai dalam baku Malaysia datangnya daripada pengimbuhan lembaga - ia mula dipakai dalam tujuan rasmi melalui Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perkataan konstitusi yang lazim di baku Indonesia pula merupakan kata pinjaman melalui pembelandaan istilah akar bahasa Latin constitutio.

Terdapat juga duluan lain kepada pengungkapan konsep dokumen asas dan tataperintah negara - misalnya:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amat Juhari Moain (2009). Sejarah Perancangan Bahasa Melayu di Negeri Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836297914.