Jemput-jemput pisang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Jemput-jemput pisang
Jemput-jemput pisang yang sedap dimakan sewaktu panas.
Nama alternatifCekedok Pisang
Jejemput pisang
Jemput pisang
Cucur pisang
Tempat asal Malaysia
Suhu penghidanganPanas atau Sejuk
Bahan utamaPisang
Tenaga makanan
(per hidangan)
180 kcal (754 kJ)
di Wikibuku Buku Masakan: Jemput-jemput pisang  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Jemput-jemput pisang

Jemput-jemput pisang atau juga dikenali sebagai cucur pisang merujuk kepada campuran pisang dan gandum yang digoreng dalam minyak masak. Pada umumnya ia digolongkan dalam kuih jenis kuih jemput-jemput.

Resepi[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

  1. 30 gm gula
  2. 60 gm tepung gandum(diayak)
  3. 4 biji pisang emas yang besar
  4. Sedikit garam
  5. ¼ sudu teh serbuk penaik
  6. ½ kuali minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan[sunting | sunting sumber]

Kupas dan lecek pisang dalam mangkuk adunan. Campurkan gula dan tepung gandum dan kacau rata-rata.

Untuk menggoreng[sunting | sunting sumber]

Panaskan anggaran 1/2 kuali minyak. Ronyokkan sehelai kertas serap minyak dan bentangkan diatas pinggan.

Cedok adunan dengan sudu basah dan masukkan ke dalam minyak yang panas dengan menggunakan sudu basah yang lain untuk membulatnya. Goreng hingga kuning, sambil membalik-baliknya perlahan-lahan dengan belakang sudip berlubang bagi menjadikan jemput pisang berbentuk bulat. Tuskan hingga kering dan hidangkan dalam pinggan kuih.