Burung keria
Keria | |
---|---|
Kepala seekor burung keria | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | A. antigone
|
Nama binomial | |
Antigone antigone (Linnaeus, 1758)
| |
Subspesies | |
Taburan sedunia burung keria | |
Sinonim | |
Ardea antigone Linnaeus, 1758 |
Keria atau jenjang timur (nama saintifik: Antigone antigone) ialah sejenis burung jenjang dalam genus Antigone[6] yang ditemukan di paya-paya tanah-tanah lembap Asia Selatan, hutan-hutan pokok keruing di Asia Tenggara dan padang-padang rumput ditumbuhi pokok-pokok kayu putih di Australia.[5]
Burung ini dahulu pernah ditemukan di utara Semenanjung Melayu dari Perlis, Patani sampai Kuala Kangsar di Perak.[7] Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa mengesahkan bahawa ia telah pupus sepenuhnya dari negara-negara Malaysia, Thailand & Filipina.[1]
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Nama keria digunakan di Kedah.[3]
Nama jenjang timur digunakan di Indonesia.[4]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Badannya dipenuhi bulu-bulu pelepah berwarna kelabu. Kepalanya tidak berbulu kecuali di bahagian tengkuk dan telinganya. Kulit kepalanya licin, hampir seluruh bahagian kepalanya sampai ke ubun-ubunnya berwarna merah seperti batu bata.[7][8] Lehernya lebih lurus daripada leher bangau.[8] Paruh keria panjang dan tajam berwarna kelabu kehijauan,[8] ia tidak bergigi.
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Makanan
[sunting | sunting sumber]Ia omnivor, ia memburu serangga (terutamanya belalang), tumbuhan-tumbuhan akuatik, katak, ketam dan biji-bijian di habitat liar.[9]
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Burung-burung keria membina sarang selepas hujan lebat turun.[10] Ia juga suka membina sarang berdekatan tanah lembap semulajadi,[11] walau bagaimanapun, ia juga tertarik dengan kawasan digenangi air yang disebabkan buatan manusia seperti takungan empangan dan terusan-terusan yang mengairi sawah-sawah padi.[12] Sebuah sarang yang telah siap dibina berukuran garis pusat 2 meter dengan ketinggian hampir 1 m.[13]
Sebiji telur burung keria berwarna putih seperti kapur dan mempunyai berat kira-kira 240 gram.[14] Burung keria betina bertelur satu atau dua biji telur dalam satu sangkak (jarang-jarang tiga[11][15] atau empat[16] biji) yang dieramkan kedua-dua pasangan jantan dan betina[16] selama purata kira-kira 31 hari (antara 26–35 hari[17][11][18]).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b BirdLife International (2016). "Antigone antigone". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22692064A93335364. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22692064A93335364.en. Dicapai pada 2 Disember 2024.
- ^ Blanford, W.T. (1896). "A note on the two sarus cranes of the Indian region". Ibis. 2: 135–136.
- ^ a b c Robinson 1936, m/s. 216.
- ^ a b Ensiklopedi Indonesia seri Fauna. Reptilia dan amfibia. Jakarta, Indonesia: Ichtiar Baru - W. van Hoeve. 1988. m/s. 118. ISBN 9798276167.
- ^ a b Sundar, K. S. Gopi (2019). "Species review: Sarus Crane (Grus antigone)". Dalam Mirande, Claire M.; Harris, James T. (penyunting). Crane Conservation Strategy. Baraboo, Wisconsin, USA: International Crane Foundation. m/s. 323–345.
- ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2023). "Finfoots, flufftails, rails, trumpeters, cranes, Limpkin". World Bird List Version 14.2. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 2 Disember 2024.
- ^ a b Robinson 1936, m/s. 217.
- ^ a b c Rasmussen, P.C.; Anderton, J.C. (2005). Birds of South Asia: The Ripley Guide. 2. Smithsonian Institution & Lynx Edicions. m/s. 138–139.
- ^ Sundar, K. S. Gopi; Choudhury, B.C. (2003). "The Indian Sarus Crane Grus a. antigone: a literature review". Journal of Ecological Society. 16: 16–41. doi:10.54081/JES.015/02.
- ^ Sundar, K. S. Gopi; Gran t, John, D.A.; Veltheim, Inka; Kittur, Swati; Brandis, Kate; McCarthy, Michael A.; Scambler, Elinor (2019). "Sympatric cranes in northern Australia: abundance, breeding success, habitat preference and diet". Emu - Austral Ornithology. 119 (1): 79–89. Bibcode:2019EmuAO.119...79S. doi:10.1080/01584197.2018.1537673. S2CID 133977233.
- ^ a b c Sundar, K.S. Gopi (2009). "Are rice paddies suboptimal breeding habitat for Sarus Cranes in Uttar Pradesh, India?". The Condor. 111 (4): 611–623. doi:10.1525/cond.2009.080032. S2CID 198153258.
- ^ Sundar, K.S. Gopi; Yaseen, Mohammed; Kathju, Kandarp (2018). "The role of artificial habitats and rainfall patterns in the unseasonal nesting of Sarus Cranes (Antigone antigone) in South Asia". Waterbirds. 41 (1): 81–86. doi:10.1675/063.041.0111. S2CID 89705278.
- ^ Walkinshaw, Lawrence H. (1947). "Some nesting records of the sarus crane in North American zoological parks" (PDF). The Auk. 64 (4): 602–615. doi:10.2307/4080719. JSTOR 4080719.
- ^ Kathju, K. (2007). "Observations of unusual clutch size, renesting and egg concealment by Sarus Cranes Grus antigone in Gujarat, India" (PDF). Forktail. 23: 165–167. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 Mac 2012.
- ^ Handschuh, Markus; Rours, Vann; Rainey, Hugo (2010). "Clutch size of sarus crane Grus antigone in the Northern Plains of Cambodia and incidence of clutches with three eggs" (PDF). Cambodian Journal of Natural History. 2: 103–105.
- ^ a b Sundar, K.S. Gopi & Choudhury, B.C. (2005). "Effect of incubating adult sex and clutch size on egg orientation in Sarus Cranes Grus antigone" (PDF). Forktail. 21: 179–181. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 October 2008.
- ^ Naing, Thet Zaw; Lin, Naing; Ling, Pyae Phyo; Kyaw, Htet Lin; Lin, Nyan; Win, Lay; Htut, Thaung (2022). "Nest surveys and conservation of the Sarus Crane Antigone antigone sharpii in the Ayeyarwady Delta, Myanmar". Journal of Asian Ornithology. 38: 93–99.
- ^ Ricklefs RE; Bruning, DF & Archibald, G W (1986). "Growth rates of cranes reared in captivity" (PDF). The Auk. 103 (1): 125–134. doi:10.1093/auk/103.1.125. JSTOR 4086970.
Sumber-sumber
[sunting | sunting sumber]- Robinson, Herbert Christopher (1936). The Birds of the Malay Peninsula: A General Account of the Birds Inhabiting the Region from the Isthmus of Kra to Singapore with the Adjacent Islands (PDF). 3. H. F. & G. Witherby. m/s. 216-217.