Jeon Bongjun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jeon Bongjun
Jeon Bong-Jun
Nama Korea
Hangul전봉준
Hanja
Perumian SemakanJeon Bong-jun
McCune–ReischauerChŏn Pongjun[1]
Nama pena
Hangul해몽
Hanja
Perumian SemakanHaemong
McCune–ReischauerHaemong
Nama sopan
Hangul명숙
Hanja
Perumian SemakanMyeongsuk
McCune–ReischauerMyŏngsuk

Jeon Bong-jun (1855 - 1895) dilahirkan di Taein, Jeollabuk-do, Korea. Beliau ialah seorang pemimpin yang terkenal dalam Revolusi Petani Donghak. Disebabkan fizikalnya yang pendek, beliau dipanggil "Nokdu Janggun" (녹두장군, Jeneral kacang mung ).

Perjuangan dan revolusi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1894 Jeon Bong Jun dan petani-petani lain memohon dengan seorang majistret tempatan dari Wilayah Jeolla untuk menghapuskan cukai yang berat (dan ada yang mengatakan haram) dan mengembalikan harta yang diambil secara tidak adil daripada orang-orang yang dituduh melakukan jenayah yang tidak berasas. Jeon Bong Jun dan yang lain akhirnya tidak dilayan. Sebagai tindak balas terhadap penolakan ini, dia, bersama dengan petani lain, memberontak dan menyerang pejabat daerah dan mengancam akan menghukum pegawai korup jika mereka tidak menghentikan semua rasuah.

Akhir revolusi[sunting | sunting sumber]

Jeon Bong-jun, duduk di tengah, selepas ditangkap di Ugeumchi pada tahun 1894.

Pada 28 April 1894, revolusi Jeon Bong Jun menjadi anti-Barat dan anti-Jepun kerana tindakan menindas dan brutal tentera Jepun menghukum petani Korea. Revolusi ini merebak dari bandar ke daerah apabila tentera petani bersumpah untuk membasmi keseluruhan kelas pemerintah Korea dan mengusir semua pihak Jepun dan barat. Menjelang bulan September, pemberontakan petani beliau berakhir dengan kekerasan apabila pasukan tenteranya ditumpaskan dengan dahsyat oleh tentera Jepun yang terlatih dalam Pertempuran Ugeumchi. Jeon Bong Jun ditangkap dan pada Mac 1895, beliau dihukum mati.

Gambaran budaya[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Also written Chon Bong-joon

Pautan luar[sunting | sunting sumber]