Jeram Kubang Gajah (Sofea Jane's Waterfall)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Air Terjun Sofea Jane atau dikenali sebagai Jeram Kubang Gajah (Sofea Jane's Waterfall) merupakan kawasan semula jadi yang terletak di Kampung Kemensah, Hulu Klang. Berhampiran air terjun ni, perkampungan orang asli, dusun buah buahan, dan tempat permainan paintball.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Nama Sofia Jane diabadikan pada sebuah air terjun di jeram Kubang Gajah yang terletak di Kemensah, Hulu Klang, Selangor (pinggiran Kuala Lumpur)[1]. Air Terjun Sofia Jane mendapat nama kerana Sofia mempopularkan lokasi itu setelah melakonkan babak romantis dalam filem Cinta Kita di lokasi itu pada 1995 [2]. Selain itu nama beliau pernah diabadikan secara ilham dalam lagu ciptaan Shamril Salleh iaitu "Sofea Jane" nyanyian Black Hanifah pada 2010 [3]. Lagu tersebut juga mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-25 [4]. Watak yang diinspirasikan untuk beliau dengan nama watak Sofia Jane pernah dilakonkan oleh Nadiya Nisaa dalam filem Terbaik dari Langit (2014) arahan Nik Amir Mustapha [5] sekaligus menghadiahkan Nadiya anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 [6].