Pergi ke kandungan

Jerangkung Dalam Almari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jerangkung Dalam Almari
Album studio oleh
Wings
Dilancarkan pada1991
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenreRock, Hard Rock
BahasaBahasa Melayu Baku Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatFly Wings, BMG
PenerbitM. Nasir, Ali Bakar
Kronologi Wings
Teori Domino
(1990)
Jerangkung Dalam Almari
(1991)
Bazooka Penaka
(1993)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jerangkung Dalam Almari merupakan album studio keempat oleh Kumpulan Wings yang diterbitkan pada tahun 1991 dengan kemunculan pertama Jojet (bekas pemain dram kumpulan Teruna Sekampung dan pemain dram kumpulan Gersang) bersama kumpulan Wings setelah ketiadaan Black yang menarik diri pada 1990 selepas album ketiga mereka, Teori Domino.

Untuk pembikinan album ini, M. Nasir menjalankan tugas sebagai penerbit manakala Wings sebagai penolong penerbit dan Ali Bakar (pengurus Wings ketika itu) bertindak sebagai penerbit eksekutif. Penyusunan lagu dalam album ini dibuat oleh Wings dan M. Nasir. Proses rakaman lagu dijalankan di Form Studio, Singapura dan dirakamkan oleh Akira Yamauchi, Terrance, Darren dan Tie Wai.

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Watari (Instrumental)"WingsWings2:23
2."R 'N' R Lu Punya Suka"Bob LokmanM. Nasir5:58
3."Aku Pun Tahu"Nasir JaniM. Nasir5:30
4."Gemala Saktiku"LoloqM. Nasir6:46
5."Lipas Kudung"M. NasirJoe4:37
6."Dalam Kehadiran Sofiah"S. Amin ShahabM. Nasir/Miz Ann5:47
7."Kau Bukan Brader"M. NasirJoe4:15
8."Jerangkung Dalam Almari"LoloqM. Nasir4:28
9."Awang Trasher"LoloqM. Nasir4:26
10."Tirai Horizon"M. NasirM. Nasir/Miz Ann6:07

Maklumat Tambahan

[sunting | sunting sumber]

Maklumat tambahan di bawah merupakan catatan daripada pemain gitar Wings, Joe mengenai proses pembikinan album Jerangkung Dalam Almari.

PETIKAN DARI ALBUM JERANGKUNG DALAM ALMARI: "Pada tanggal 27hb Januari 1991, kumpulan Wings telah ditimpa malapetaka kebakaran rumah. Sebelum itu pemain gitar kami telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas satu tuduhan yang lain. Pada tahun 1990, Black telah mengundurkan diri. Tempatnya digantikan oleh Jojet ialah bekas pemain dram Gersang. Kami menganggap peristiwa-peristiwa ini sebagai titik-titik hitam dalam karier kami. Sebagai pemuzik rock, banyak lagi perkara malang yang telah kami alami. Walau bagaimanapun kami bersyukur ke hadrat ilahi, alhamdulillah album-album Wings telah mendapat sambutan yang begitu luas dan pencapaian yang tinggi. Dengan terbitnya album jerangkung dalam almari ini, kami berdoa agar perkara yang malang ini tidak akan berlaku lagi dan cukuplah setakat yang telah kami tempuhi. Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada pemain bass kami, iaitu Eddie, semuga berbahagia, kekal, di murahkan rezeki dan selamat ke anak cucu. Terima kasih kepada Roslan Aziz (.... nasi beriani), Rahmad Pasri (BMG-Singapura), Riffin, Bai, Abang AML, Hair & Make-up: REFLECTION HAIR SALOON; Photo: YOUNKER DESIGN. Juga kepada SALEM kerana menaja kami semenjak 1990"

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]

http://www.muzikrock.com/album/jerangkung_dalam_almari_01.html Diarkibkan 2009-08-27 di Wayback Machine