Pergi ke kandungan

Loloq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Loloq
Loloq (kiri) bersama M. Nasir (kanan) semasa memenangi anugerah MACP.
Kelahiran
Rosli bin Khamis

(1957-05-21)21 Mei 1957
Meninggal dunia30 Januari 2008(2008-01-30) (umur 50)
Sebab kematianPendarahan otak
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20, Shah Alam, Selangor
Nama lainLoloq
Nurbisa
Nurbisa II
Cenderawasih
Fakir Iskandar
Abdullah Romany
Kristo Bimbo
Roshi Lee
Al-Heikel
Sinbad
Rosman
PekerjaanPenulis lirik, pelakon
Tahun aktif1987–2008
PasanganHariah Yaacob
Anak-anak3
Kerjaya muzik
GenreBalada, Rock, Slow Rock, Pop, Pop rock
Kegiatan berkaitanAidit Alfian, Ajai, Arab, Aris Ariwatan, Azmeer, Def Gab C, Ella, Elyana, Exists, Handy Black, Hattan, Iklim, Jamal Abdillah, Kris, M. Nasir, Mawi, Mila Jirin, Misha Omar, Ning Baizura, Ramli Sarip, Roy, Search, Spider, Wings, XPDC, Ziana Zain

Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai Loloq (21 Mei 1957 – 30 Januari 2008)[1][2] merupakan seorang penulis lirik Malaysia. Beliau sering bergandingan dengan M. Nasir dalam menghasilkan lagu baru. Selain nama Loloq, beliau juga menggunakan nama Nurbisa dan Cenderawasih untuk lirik ciptaannya. Beliau turut berlakon dalam beberapa buah filem dan drama.

Loloq dilahirkan pada 21 Mei 1957 di Koloni Singapura. Bapanya, Khamis Dayut berasal dari Masjid Tanah, Melaka adalah bekas polis Tanah Melayu. Ibunya, Maimunah adalah Cina mualaf. Hasil perkahwinannya dengan Hariah Yaacob, Loloq dikurniakan tiga anak iaitu Krsty Nur, Jaevn Nur dan Yasha Nur.

Loloq mula aktif dalam bidang penciptaan lagu bermula tahun 1987. Beliau mula menumpahkan idea menulis lirik pada usia 27 tahun, Loloq pada kehidupan silamnya merupakan seorang lelaki yang menjalani kehidupan tanpa arah tuju. Dari Singapura, beliau berkelana sendirian ke Kuala Lumpur pada usia 23 tahun. Beliau pernah terlibat dengan najis dadah selama enam tahun, dan menjadi kutu rayau, di perjalanannya menemui paksi apabila bertemu M. Nasir dan Amy Search di Jalan Chow Kit sekitar tahun 1980-an.[3]

Pada waktu itu, beliau yang merupakan seorang penganggur dengan beraninya memujuk M. Nasir dan Amy menggunakan lirik ciptaannya untuk dimuatkan ke dalam album mereka.

Sejak tahun 1990, beliau menjadi penulis lirik eksklusif di syarikat rakaman Luncai Emas milik M. Nasir dan telah menghasilkan sehingga 500 buah lirik lagu. Di antara lirik lagu beliau yang pernah popular adalah Di Ambang Wati (Wings), Bazooka Penaka (Wings), Kau Bukan Brader (Wings), Awang Trasher (Wings), Nur Nilam Sari (Awie & Search), Analog 0.1, (Search), Asli Dan Tulus (Search), Laila Namamu Teratas (Search), Neo Romantik (Search), Zen-Bikin Wilayah (Search), Gemuruh (Search & Wings), Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah & M. Nasir), Mentera Semerah Padi (M. Nasir), Andalusia (M. Nasir), Kita Peng-Yu (XPDC), Tak Nak Jadi Soh Chai (XPDC), Ratu Sanubari (Saleem), Laukku Cukup Masin (Spider), Kasih Latifah (Spider), Cinta Dewa Dewi (Spider), Aladin (Spider), Kacap Terlabik (Spider) dan banyak lagi. Beliau pernah mendapat Anugerah Khas dalam Anugerah Planet Muzik 2007 di tanah kelahirannya atas sumbangan beliau yang berjasa dalam industri seni.

Selain hebat menulis seni kata lagu, Loloq juga dilihat hebat dalam bakat lakonannya. Antara filem yang pernah dibintanginya seperti Sara, Embun, Lang Buana, Zombi Kampung Pisang dan Man Laksa dan pernah membintangi sebuah telefilem "Orang Kasar" turut berlakon bersama Eman Manan serta telefilem Neon. Beliau juga pernah beraksi di pentas teater suatu masa dulu dalam persembahan teater Bukit Kepong arahan Othman Ghani dan drama sitkom Awie Record.

Semasa hayatnya beliau pernah dikurniakan beberapa anugerah seperti penulis lirik terunggul dan menerima royalti tertinggi daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia Berhad (MACP) ke-11 menerusi lagu Dewa Dewi nyanyian kumpulan Spider menjulang namanya sebagai Penulis Lirik Terunggul lima tahun berturut-turut.[4]

Selain itu, Anugerah Lirik Nasyid pada majlis Anugerah Juara Nasyid Minggu Ini 2006 serta Anugerah Galakkan Penulis Lirik pada Anugerah Citra Wangsa Malaysia 2005. Beliau juga turut terbabit dalam menulis skrip filem Aduh Saliha yang judul asalnya ialah Misteri Mimpi Syakila arahan M Nasir. Bagaimanapun, filem itu tidak dapat disiapkan sehingga sekarang. Lirik lagu terakhir yang dicipta oleh Loloq berjudul "Angkasawan" yang dinyanyikan oleh kumpulan Butterfly.[5]

Beliau juga pernah menjadi penterjemah skrip sitkom Spanar Jaya.

Loloq meninggal dunia setelah empat hari terlantar di Hospital Pakar Damansara pada 30 Januari 2008 pukul 1:30 tengah hari akibat pendarahan otak. Penulis lirik ini telah menjalani pembedahan di kepala pada 29 Januari 2008 setelah menghidap pendarahan serius di kepala. Akibat terlalu banyak kandungan karbon dioksida di dalam paru-paru, kesannya melibatkan keseluruhan sistem dalaman badannya. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Hariah Yaacob dan tiga sahabat lain.[6]

Jenazah Allahyarham Loloq telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh selepas solat Asar.[7]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Lagu ciptaan

[sunting | sunting sumber]

Antara lagu ciptaannya adalah:

Tahun Tajuk Lagu Penyanyi Album
1989 Seloka Jengela Melayu M. Nasir S.O.L.O
Tanda Panah Ke Utopia Ariwatan Ariwatan
Bisikan Nurani Roy Diari Mimpi
1990 Melastik Ke Bintang Search Karisma
Hati Dipadu Ella Identiti
1991 Bila Bulan Berwarna Biru Arab & Aidit Anak Alam
Menjejak Pelangi
Titian Belati Selekoh Syaitan Hattan Hattan
Tabik Pada Wira Kelas Tiga
Pawaka Jingga
Everlasting Glory
Bangsi Katmandu
Berikan Nurbisa
Gemala Saktiku Wings Jerangkung Dalam Almari
Jerangkung Dalam Almari
Awang Trasher
Sehari-Hari Nirwana Aris Ariwatan Aris Ariwatan
Di Kala Asmara Lepaskan Layarnya
Hei Ho Di Pulau Impian
Eureka (Monyet Bukan Aku)
Imansipasi Cinta Yang Satu
Kita Warnakan
Kelip-Kelip Dihembus Angin Kris Tiara
1992 Layar Impian Ella 30110
Kitalah Bintang
Kabus & Sirna
Bendera Damai
Jesteru
Bolero
Antem Pengantin Baru Hattan Antem
Kelentong Dol Hancing
Dari Kekasih Kepada Kekasih
Hani
Apokalips M. Nasir Saudagar Mimpi
Keroncong Nostradamus
Insan Dan Manikam
Gurindam Gunung Tahan
Neo Romantik Search Rampage
Analogi 0.1
Cakap Memang Murah Double Trouble
Gemuruh Search & Wings
Kau Masih Berdegil Wings
Mabuk Tujuh Lautan
1993 Di Ambang Wati Bazooka Penaka
Berlian Hattan Ana Permata Timur
Malam Yang Panjang
Diablo
Ana Permata Timur
Sin City
Sindrom Popi Tinggi
Hujan Berapi Banjaran Asia Minor
Mentera Semerah Padi M. Nasir Canggung Mendonan
3X Putus Cinta Kris Ratna
Lagu Cenderawasih
Ratnaku Roy Roy
Senyuman Dalam Tangisan
Rapsodi Diamond
Seribu Bahasa Sendu Illusi Menggapai Pelangi
Gading
Hanyut Di Lautan Nafsu-Nafsi
1994 Secangkir Kopi Semanis Puan M. Nasir Canggung Mendonan
Sentuhan Listrikmu
Lara
Bonda
Temptasi Awie Awie
Masih Berdarah Lagi
Menanti Ella Ella USA
P.P.P
Penawar
Nuri
Kita Peng-Yu XPDC Kita Peng-Yu
Selendang Merdeka
Senjata Sulit Iklim Iklim
Kekal Ziana Zain
Yeah! U.D.1 Amy Search Magic
Ghairah
Di Medan Asmara
1995 Laila Namamu Teratas Search Gema Di Timur Jauh
Pinball Superhero
Jeritan Rindu
Roket
Siaran 9 Wings Orang Asing
Rayuan Terakhir
Setia Ku Di Sini Ziana Zain Setia Ku Di Sini
1996 Biru Mata Hitamku Wings Biru Mata Hitamku
Raum
Ya! Sidi Mustaffa M. Nasir
Di Penjara Janji Awie O-Tak
Biarpun Lorong Depan Ku Tak Bercahaya
Karut Marut
Bahagia Menemuimu
Tinggalkan Satu Peluru
Rock & Roll Pie Search Rock 'N' Roll Pie
Satu Bangsa Satu Arah
Kereta Merah
Diari Habil & Qabil
Nantikan Gerimis
Mata Kucing
Demi Ella Demi
Bagaikan Puteri Farra Farra
Kedua Kalinya
G.I.L.A.
Mimpi Warna Jingga
Kata Hati
Sesuatu Yang Hilang
Aku Jua Insan
Ributku
Rindu Dan Hujan
1997 Jangan Gentar Exists Jangan Gentar
Larilah Larilah
Madah Di Pusara
Oh! Benih Adam
Cari Beli Pinjam Api
Hani Lempengnya Hangus
Ghazal Untuk Rabiah M. Nasir & Jamal Abdillah Suratan Kasih
Tak Nak Jadi Soh Chai XPDC Brutal
Ku Insan Yang Sepi Iklim Sambutlah Tanganku
Syair Laila Majnun Ramli Sarip Syair Timur
Kau Kepala Sotong Amy Search Camouflage
Tinggal Sepi
Kerja Gila
Ilham Dalam Perjalanan
1998 Mancis Dah Basah Awie & Search Bikin Wilayah
Zen (Bikin Wilayah)
Ichiban
Nur Nilam Sari
Kasut Baldu Biru Ku Awie Satu
Alif Ba Ta Duniaku
Jong-Jong Inai
Sakit Bantal Empuk Wings Mencari Asal Usul
Dilailah (Hidup Mati, Damai Perang)
18000 Sayap
Tak Masin Masin Lagi Ker Hattan Biso Bonar
Blues Separuh Rindu
Engkau Memang Wanita
Kias Fansuri M. Nasir Terbaik M. Nasir
Kapal Terbang Kertas Exists Mutan
Dan Ku Lihat Keagungan Tuhan
Kotak Hujan
Pancut Ke Siling
Vs
Hero (Siapa Dia...?)
Manifesto Luar Biasa
Dirantai Digelangi Rindu
Siapa Selain Aku?...
Bagaikan Samurai XPDC Samurai
Ulat & Kulat
King El-Mondoque
Tanggis Darah
Paiseh
1999 Andalusia M. Nasir Terbaik M. Nasir
Phobia Spider Ngam Ho
Tak Esok Lusa
Ngam Ho
Crying In The Rain
Ironi Hancus Bagus
Cinta Sakti Def Gab C Skala
Angan Di Sebalik Renungan
Selepas Banjir Search Selepas Banjir
Cintaku Karya Tuhan
Millenium Sakral
Zingaro Blues
Jaga-Jaga
Panakea
Aku Amy Search Aku
Yang Terbit Dari Dalam
Kongkang
Hey! Apache
Dewi
Nak Jadi Superman
Gita Rama Sita
Macam Biasa
Kalimah Cinta
2000 Keris Tak Bersarung Wings Mr. Barbarik
Rentap Awie Rentap
Mabuk Cinta
Judas
Kuda Tiga Kaki
Bumi Kita Ada Naga
Puncak Yang Berapi Handy Black Sakit Kepala
Kau Yang Bernama Seri
Seragam Hitam Kristal Semut & Lebah
Ku Membisu
Cinta Zarina
2001 Langgam Pak Dogo M. Nasir Phoenix Bangkit
Oh! .... Anak
Mama Tolonglah Percaya Exists Ada
Julia
Cinta Memang Indah
Seri Berwarna Pelangi Handy Black Lambang Sakti
Ratu Sanubari Saleem Ratu Sanubari
2002 Kasih Ibu Jamal Abdillah Segala Cinta
Rantau Kebiruan Wings Naga Kramat
Aladin Spider Aladin
Kasih Latifah
Kau Saja
Tony Gila Lucy
Kekal
Nak Lantak
Kau Matahari
Laukku Cukup Masin
Percayakan Siti Exists Seperti Dulu
Kuala Lumpur Langkawi
Destini
Tak Tahu Harga Cinta
Bukan Lelaki Itu
Berdesup Cahaya XPDC V6
Sakinah
Monggol Dah Pulang
Hujan Air Mata
Haprak
Layar Dan Sambar Kristal Pak Belalang
Gerimis Singgah Dihujani Debu Bumi Putra Rockers Semangat Melayu
Di Zaman Siber Fiber
Jalan-Jalan Cuci Mata
2003 Cahaya Gelita Elyana Segalanya
2004 Awan Yang Terpilu Ning Baizura Erti Pertemuan
Erti Pertemuan Ning Baizura & Jay Jay
Nazraku Spider Nazraku
Penisilin Exists Paragon
Bergelutan
Dengar Ella Menyanyi
Hilang Dalam Ramai
Revelasikan
Dirgahayu Kerlipan Bintang
Kasut Terbang Kristal N.T Virus
2005 Bersumpah Dengan Langit Awie Santai
Oksigen
Kacap Terlabik Spider Nazraku
Cinta Dewa Dewi
Mama
Lengit
Buat Sang Puteri
Keronsang
Jangan Kau Berputus Asa
Diriku Tapak Sulaiman Elyana Bicara Mata Ini
Dunia Batinku Spider & Ella
2006 Pakai Kanta Cinta Elyana Bicara Mata Ini
Di Atas Medan Kasih
Kurnia Tuhan Mawi Yang Tercinta
Perempuan
Aduh Saliha
Yang Tercinta
Lagu Jiwa Lagu Cinta Mawi & M. Nasir
Tangisan Di Hujung Galaksi M. Nasir Sang Pencinta
Vendeta
Setiap Dambaan
Nafas Cahaya Misha Omar Misha Omar
Memoria Anna Search Gothik Malam Edan
Gothik Malam Edan
Ying & Yang
Gurindam Cinta Khayam
Irama Marakas
Menawan Raga
Cinta Zaman Berzaman Yazer Yusof
Yang Berlalu Tak Berulang Lotter
Rajuk Si Hawa Kristal Analogi
Nurani
2007 Sembunyi Misha Omar & Andy Flop Poppy Misha Omar
Anti Graviti Spider Bintang 12
Mabuk
Bila Nak Saksi
Kurang Vitamin C
Telinga Ke Tulang
Salut
Sajak Tembok
Suka Duka Kita
Radar Sang Perawan
Katalis
Angan Dan Sedar Mawi Satu Dalam Seribu
Cinta Zulaikha
Demi Cinta Selamanya Mila Jirin Persis Mutiara
Persis Mutiara
Waktu Jatuh Pun Manis Saleem Ke Hujung Hayat
Doa dalam Lagu Mawi & Heliza Helmi
2008 Ilham Dimatamu Mila Jirin Persis Mutiara
Aku Lebih Tahu
Cinta Adam Dan Hawa Misha Omar Misha Omar
Syukur Ku Sedar Elyana Jadi Diriku
2009 Angkasawan Butterfly Lelaki Pilihan

Nota:Lagu yang diwarnakan merupakan antara lagu-lagu yang hits

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1996 Merah Juga sebagai penulis bersama
2001 Sara Salleh Filem lakonan pertama
2002 Embun Non Cabai
2003 Lang Buana Tauke Wong Pak Eu
2005 Rock MC Final
2006 Man Laksa Ah Lok
2007 Zombi Kampung Pisang A. Kamsan
Orang Minyak Sarip
2008 Antoofighter: Amukan Drakulat! Guntur (waktu muda) Filem lakonan terakhir, sempat berlakon beberapa babak sahaja sebelum digantikan dengan Usop Kopratasa
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1999–2005 Spanar Jaya Dirinya sendiri ntv7 Sebagai konsep, pelakon undangan

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001 Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys Irwan Ferhad ntv7 Telefilem pertama
2002 Syair Si Pari-Pari Pian VCD
2003 Orang Kasar Ateng
Neon Pemuzik Jalanan Penampilan khas
2004 Gosok Dirinya sendiri
15 Puasa Haslam
Gosok II Dirinya sendiri Telefilem terakhir
  1. ^ "Loloq meninggal dunia". Berita Harian. 31 Januari 2008.
  2. ^ "Belasungkawa Loloq (1957–2008): Hilangnya penulis kreatif". Berita Harian. 31 Januari 2008.
  3. ^ Tengku Suzana Raja Hamat dan Maliah Surip Perginya seorang genius seni Kosmo!, 2008-02-01
  4. ^ "M. Nasir ungguli MACP 2007". MStar Online. 15 April 2007.
  5. ^ Tengku Suzana Raja Hamat dan Maliah Surip Loloq tidak mahu dilihat lemah Kosmo!, 2008-02-01
  6. ^ Saharudin Mustafa "Loloq meninggal dunia" Utusan Malaysia, 2008-01-30.
  7. ^ "Loloq minta rahsiakan penyakit – Isteri" Utusan Malaysia, 2008-01-31.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]