Pergi ke kandungan

Bob Lokman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bob Lokman
Bob Lokman memberi ceramah agama.
Kelahiran
Mohd Hakim bin Lokman

(1964-04-15)15 April 1964
Meninggal dunia23 September 2022(2022-09-23) (umur 58)
Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia
Sebab kematianKomplikasi Jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Bunut, Kubang Kerian, Kelantan
PendidikanSekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad, Kajang, Selangor
PekerjaanPenggubah lagu, penulis lirik, pelawak, pengacara, pelakon, penceramah agama, penulis buku, ahli politik
Tahun aktif1984–2011
Terkenal kerana"Isabella"
Parti politikPAS
PasanganRelawati Daud (k. 2004–2022)
Anak-anak8 (seorang meninggal dunia)
BapaLokman Ahmad (bapa)
SaudaraAhmad Maher Ismail (datuk saudara)
Kerjaya muzik
GenreBalada, Rock, Slow Rock, Pop, Pop rock

Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman (15 April 1964 – 23 September 2022) merupakan bekas pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik Malaysia.[1] Beliau juga ialah penceramah agama dan politik di pentas PAS. Namanya melonjak naik selepas dikenali sebagai penulis lirik lagu popular "Isabella" nyanyian Search. Bob berasal dari Kelantan dan cicit ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali. Bapa saudaranya Wardi Ahmad pernah menjadi ADUN Lundang.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah bersekolah di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor. Beliau adalah merupakan ambilan pertama sekolah itu pada tahun 1977. Semasa di sekolah, bakat beliau menyerlah dalam sesi bahas dan pernah menjadi pembahas terbaik sekolah agama kerajaan negeri Selangor ketika itu. Pada tahun 1981 ketika di tingkatan lima, beliau telah dibuang asrama dan sekolah. Selepas itu beliau kemudiannya bersekolah swasta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Pengalaman beliau semasa di sekolah ditulis dalam buku 'Aku, Isabella dan Tok Kenali'. Buku Travelong Hidayah ini diterbitkan oleh Jundi Resources.

Menyertai PAS

[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Februari 2011, Bob Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Borang keahlian PAS diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah/Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Diraja Azizan Abdul Razak pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut Diarkibkan 2020-07-03 di Wayback Machine, Alor Setar. Tindakannya itu memberi inspirasi baru kepada PAS dan 'dipentaskan' ke seluruh negara termasuk dalam Pilihan raya kecil Merlimau 2011 di Melaka.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Ditahan kerana berceramah

[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Oktober 2011, Bob Lokman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberi ceramah tanpa permit. Larangan mengajar atau berceramah tanpa tauliah ini telah termaktub dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 seksyen 14 (1).[2] Kesalahan berceramah tanpa tauliah bukanlah perkara baharu kerana ahli politik seperti Abdul Khalid Samad dari PKR juga tidak disambung permit ceramah dan berhadapan perbicaraan di Kapar. Jais juga pernah menahan bekas Mufti Perlis, Professor Madya Dr. Asri Zainul Abidin. Permohonan tauliah boleh dibuat melalui JAIS, [3] melalui empat kategori.

Ceramah itu disampaikan selepas Solat Maghrib di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat dengan seramai 70 jemaah masjid ketika itu. Beliau ditahan dan dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat dan menghadiri siasatan di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat pada keesokannya. Pengarah Jais Marzuki Hussin mengesahkan Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. Beliau tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada JAIS. Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Beliau mempersoalkan mengapa JAIS menahan beliau setelah bertaubat dan mendekati Allah. Sedangkan dahulu dia bergelumang dalam arus keduniaan dalam dunia hiburan.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan dimaklumkan bahawa penganjur majlis ceramah turut diminta memberi keterangan.[4][5]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Bob Lokman berkahwin dengan Relawati Daud dan dikurniakan 8 anak. Anak sulungnya, Mohamad Adam Hakim meninggal dunia akibat ketumbuhan otak pada 5 Oktober 2018.[6]

Bob meninggal dunia pada 23 September 2022 di usia 58 tahun di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan akibat penyakit jantung yang dideritainya sejak sekian lama.[7] Jenazahnya telah disolatkan di Masjid Al-Taqwa, Mukim Pulau, Kampung Pulau Hilir dan seterusnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Bunut, Kubang Kerian selepas solat isyak.[8]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Lagu ciptaan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Penyanyi Album
1987 Intan, Ku Kesepian Wings Belenggu Irama
Inspirasi Taming Sari
Belenggu Irama
Sekeping Kertas Bermaruah
Dari Tuhan
1988 Jerangkap Samar Hukum Karma
Taman Rashidah Utama
Orang Kita
Fotostat
1989 Isabella Search Fenomena
Purnama
Songsang
Keindahan Sepi Lefthanded Evolusi
Segalanya Ku Terima Illusi Suara Cinta
Suara Cinta
Dalam Cahaya Yang Tujuh
Pusara Di Lebuhraya Ekamatra Satu Tekanan Irama
Dunia III
Fantasi Los Angeles
Dalam Galeri Ini Mega Mega
Muzik Bergema
Falsafah Cinta M. Nasir dan Rahim Maarof S.O.L.O
Padang Lalang M. Nasir
1990 Memandu Nafsu Search Karisma
Teguh
Orait Mama
Dendam Cinta Seusia Dunia Bumi Putra Rockers Kelab Jiwa Luka
Dosa Siapa
Aku Mercedes Rock 'N' Roll Black Rose Blackrose
Mawar Hitam
Aku Tetap Wanita Ella Puteri Kota
Di Percintaan Itu
Kasih Identiti
1991 R'N'R Lu Punya Suka Wings Jerangkung Dalam Almari
Mana-Mana Bumi Putra Rockers Era 90'an
Di Pintu Zaman
Warisan Wanita Terakhir Teacher's Pet Ehh...Keras Tu
Malas
Dakapkan Aku Ke Syurga
Semangat Lamina Lefthanded Fanatisme
Bila Berlabuh Mega Ilustrasi
Sekarang Ke III
Tulisanmu
Memburu Rindu Hattan Hattan
Seksyen 39B
Steady Ready
Kerana Cinta Exists Exist
1992 Akhirnya Search Double Trouble
Ikutkan Saja Search & Wings
Di Jalan Sesat M. Nasir Saudagar Mimpi
Aleesya Hattan Ana Permata Timur
1993 Kuburkan Aku Wings Bazooka Penaka
Rock 'N' Roll Band
Tangisan Marhain
Puisi Merdeka
Lelaki Di Padang Semalam Illusi Menggapai Pelangi
Pada Syurga Di Wajahmu Nash Nash
1996 Rendang Tak Berbuah Hattan Satu Malaya Dah Tahu
1997 Ibu Kota Cinta Def Gab C Citarasa
1998 Krisis Di Pertengahan Hidup Wings Mencari Asal Usul
Arca Hattan Biso Bonar
Siapa Peduli
Kemarau

Nota: Lagu yang diwarnakan merupakan antara lagu-lagu yang hits

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1996 Yes, Tuan! Badar Filem pertama
2001 Getaran Petugas Syarikat Rakaman
2003 Iskandar Eddie Gondol
2009 Jin Notti Jin Samsu
Santau Bomoh
2010 Zoo Din bin Don/ Encik Din
Mantra Haji Fatah
4 Madu Aziz Penampilan khas
2011 Sekali Lagi Bapa Sheila Filem terakhir
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1994 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Kamil TV3 Episod "Kaki Pau"
1998 Episod: "Kaki Tipu"
2001 2+1.com.my Bob Pelakon undangan
2008 Tentang Bulan The Series Haji Hassan Astro Prima
2010 Epilog Syurga Cinta Tok Mat TV3 Drama terakhir

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Neon Rock VCD Penampilan khas

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2000–2001 Telebriti Pengacara TV1
2007 Teksi Tunai Astro Prima Rancangan realiti
2010 Raja Lawak Astro (Musim 4) Juri Tetap bersama Afdlin Shauki & Din Beramboi
2011 Raja Lawak Astro (Musim 5) bersama Afdlin Shauki Minggu 1 (tarik diri)
  1. ^ Nur Aqidah Azizi (16 Mac 2018). "From heartbreak to hit". New Straits Times. Dicapai pada 23 September 2018.
  2. ^ ENAKMEN 9 TAHUN 1995 ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995
  3. ^ KAEDAH PERMOHONAN TAULIAH
  4. ^ "Bob Lokman: Saya ditangkap JAIS bukan kerana agama, tapi Umno". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-12. Dicapai pada 2011-10-11.
  5. ^ "Jais sahkan Bob Lokman ditahan kerana tiada tauliah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-12. Dicapai pada 2011-10-11.
  6. ^ "Menderita tumor otak, anak Bob Lokman meninggal dunia". Astro Awani. 5 Oktober 2018. Dicapai pada 23 September 2019.
  7. ^ Sairul Zamri Misrani (23 September 2022). "Bob Lokman meninggal dunia". Kosmo!. Dicapai pada 23 September 2022.
  8. ^ Hazira Ahmad Zaidi (23 September 2022). "Jenazah arwah Bob Lokman selamat dikebumikan". Berita Harian. Dicapai pada 23 September 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]