Jim Cummings

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jim Cummings
Jim Cummings January 2015.jpg
Cummings di MagicCity ComicCon 2015
KelahiranJames Jonah Cummings
(1952-11-03) 3 November 1952 (umur 66)
Youngstown, Ohio, Amerika Syarikat
Nama lainJames Jonah Cummings
Jim Jonah Cummings
James Cummings
PekerjaanPelakon suara, penyanyi
Tahun aktif1984-kini
EjenAtlas Talent Agency
PasanganStephanie Cummings (k. 2001)
Anak4
AnugerahDaytime Emmy Award (2009)

James Jonah "Jim" Cummings (lahir 3 November 1962) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat. Merupakan aktor suara dan penyanyi, yang muncul dalam hampir 100 peranan. Sesetengah kerja suaranya yang terkenal termasuk Darkwing Duck, termasuk suara terkini Winnie-the-Pooh, dan Tigger. Dia muncul dalam banyak filem animasi termasuk Aladdin, Shrek, The Lion King, dan Princess and the Frog. Dia turut memberi suara bagi permainan video, seperti Icewind Dale, The Elder Scrolls V: Skyrim, Star Wars: The Old Republic, World of Warcraft: Mists of P-andaria, dan Splatterhouse.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Youngstown, Ohio, Cummings berpindah ke New Orleans, di mana dia mereka dan melukis pentas terapung Mardi Gras, bekerja sebagai anggota dek bot sungai dan menyanyi dan bermain dram dalam kumpulan rock yang berjaya di wilayah "FUSION."[1]

Dia kemudian berkahwin dan berpindah ke Anaheim, California, di mana dia mengendali kedai video pada awal 1980-an, sebelum melancarkan kerjaya pelakun-suara pada lewat 1984. Cummings dan isterinya Stephanie memiliki dua orang anak perempuan. Cummings turut memiliki dua anak lebih tua dari perkahwinan sebelumnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]