John Foster Dulles

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

John Foster Dulles (25 Februari 1888 - 24 Mei 1959) adalah Menteri Luar Negeri AS di bawah pemerintahan Presiden Dwight D. eisenhower sejak 1953 hingga 1959. Ia adalah figur ternama pada awal era Perang Dingin dan penentang keras komunisme di seluruh dunia. Ia menyeru sokongan terhadap Perancis pada perang mereka melawan Viet Minh di Indochina dan diyakini luas bahawa ia menolak menjabat tangan Zhou Enlai pada Persidangan Geneva tahun 1954 . Ia juga memainkan peranan penting dalam operasi Central Intelligence Agency untuk menggulingkan pemerintahan demokratik Mossadegh di Iran tahun 1953 (operasi Ajax) dan pemerintahan demokratik Arbenz di Guatemala tahun 1954 (Operasi PBSUCCESS).