Josh Cooley

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Josh Cooley
Josh Cooley.jpg
Kelahiran (1980-05-23) 23 Mei 1980 (umur 39)[1]
Los Angeles, California, Amerika Syarikat
WarganegaraAmerika
PekerjaanAnimator, artis papan cerita, penulis skrip, pengarah, pelakon suara
Tahun aktif2004–kini
Terkenal keranaInside Out
Toy Story 4

Joshua “Josh” Cooley (lahir 23 Mei 1980) ialah seorang animator, artis papan cerita, penulis skrip, pengarah, dan pelakon suara Amerika. Beliau terkenal menerusi filem animasi Pixar tahun 2015 Inside Out dan mengarahkan filem pendek Riley's First Date?. Beliau juga ialah pengarah Toy Story 4.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Cooley memulakan kerjayanya sebagai seorang intern di Pixar Animation Studios selepas menerima tawaran Joe Ranft,[2] dimana beliau banyak berkhidmat sebagai artis papan cerita untuk beberapa filem seperti The Incredibles pada 2004, Cars pada 2006, Ratatouille pada 2007, Up pada 2009, dan Cars 2 pada 2011.[3] Pada tahun 2009, Cooley menulis dan mengarahkan filem pendek George & A.J. untuk Pixar dan Walt Disney Pictures.[3]

Pada tahun 2015, Cooley bekerja sebagai penulis naskah dan penyelia papan cerita untuk filem Inside Out, yang dikeluarkan pada 19 Jun 2015 oleh Walt Disney Studios Motion Pictures.[4] Pada tahun yang sama, beliau menulis dan mengarahkan filem pendek berjudul Riley's First Date? yang dikeluarkan bersama dengan versi Blu-ray dari Inside Out.[4][5] Pada tahun 2019, Cooley mengarahkan Toy Story 4, ia menjadi percubaan sulungnya sebagai pengarah.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://twitter.com/CooleyUrFaceOff/status/1131680379906142208?s=20
  2. ^ Brown, Phil (June 17, 2015). "Inside Pixar And Out With Josh Cooley". cgmagonline.com. Dicapai December 10, 2015. 
  3. ^ a b Murphy, Robert (October 6, 2010). "Josh Cooley gives an in-depth look at Pixar's creative process". siliconprairienews.com. Dicapai December 10, 2015. 
  4. ^ a b McFarland, K.M. (October 16, 2015). "4 Things Riley's First Date? Reveals About Pixar". wired.com. Dicapai December 10, 2015. 
  5. ^ "Riley's First Date? Is a Sublime Follow-Up to Inside Out". disney.com. Dicapai December 10, 2015. 
  6. ^ "D23 Expo: Pixar and Walt Disney Animation Studios: The Upcoming Films". July 14, 2017. Dicapai April 20, 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]