Jovian Mandagie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jovian Mandagie
Kelahiran (1986-06-06) 6 Jun 1986 (umur 37)
WarganegaraIndonesia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Fesyen dan Peruncitan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Kreatif Limkokwing
Tahun aktif2006–kini
Label
Jovian RTW
PasanganNina Sabrina Ismail Sabri (k. 2013; c. 2023)
Anak-anakJeanelle Nika Mandagie


Dato’ Jovian Mandagie (lahir 6 Jun 1986) merupakan seorang pereka fesyen Malaysia yang berasal dari Indonesia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Memulakan bisnes pada 2006 dengan hanya bermodalkan wang ibunya sebanyak RM5,000 dan hasil wang simpanannya sendiri, termasuk sebuah mesin jahit, meja kecil dan seorang pekerja. Beliau yang asalnya melakukan pemasaran dengan bergerak dari rumah ke rumah dalam tempoh setahun, akhirnya mengupah 40 orang pekerja serta mengembangkan perniagaan hingga ke luar negara. Mula mengusahakan koleksi pakaian siap dipakai atau ready-to-wear (RTW) sejak 2012 dan menjadi pereka fesyen pertama yang menghasilkan pakaian sedia dipakai untuk dijual dalam talian ZALORA dan FashionValet.[1]

Pada Oktober 2021 beliau telah dilantik sebagai Pengarah Kreatif Cheetah

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Disember 2021, Jovian Mandagie telah menafikan dirinya menggunakan helikopter milik kerajaan untuk kegunaan peribadi bagi menyelamatkan diri daripada terkandas akibat banjir. Menerusi hantaran di Instagram rasminya, dia tidak akan sesekali menggunakan harta benda yang bukan miliknya selain menganggap tuduhan terbabit satu fitnah [2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2014 Mahligai Cinta Pengacara TV3 Rancangan televisyen pertama
Inspirasi HLive Diri Sendiri Astro Ria
2022 Rumah Terpilih: Titipan Benda Ghaib Wahyu Maxstream.tv

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pereka Fesyen Terbaik 2013

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ GP, Mustazah (May 7, 2020). "Biodata Pereka Fesyen Jovian Mandagie, Menantu Ismail Sabri Yaakob". Ilmuninasi. Dicapai pada September 5, 2022.
  2. ^ Jefri, Najiy (20 Disember 2021). "'Saya tak guna aset kerajaan'". Berita Harian. Dicapai pada September 7, 2022.