Juice=Juice

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Juice=Juice
(ジュース=ジュース)

Juice=Juice promosi album single
Latar belakang
Berasal dari Bendera Jepun Jepun
Genre J-pop
Tahun aktif 2013
Kegiatan berkait Hello! Pro Egg, GREEN FIELDS
Laman web Profil Hello! Project
Ahli
Miyamoto Karin (2013-)
Takagi Sayuki (2013-)
Uemura Akari (2013-)
Kanazawa Tomoko (2013-)
Miyazaki Yuka (2013-)
Bekas ahli
Otsuka Aina (2013)

Juice=Juice (ジュース=ジュース) ialah kumpulan J-pop yang diuruskan oleh Up-Front Promotion dan sebahagian daripada Hello! Project. Mereka bermula sebagai kumpulan indie dan kini telah diumumkan sebagai kumpulan rasmi pada musim panas 2013.

Anggota Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Bekas Anggota Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Juice=Juice telah ditubuhkan pada awal Februari 2013 oleh produser Hello! Project, Tsunku, dalam surat pengumumannya semasa konsert musim sejuk Hello! Project. Beliau telah mengumumkan kumpulan ini antara salah satu kumpulan dari beberapa kumpulan baru yang anggotanya dari Hello! Pro Kenshuusei. Anggotanya, Miyamoto Karin, Takagi Sayuki, Otsuka Aina, dan Kanazawa Tomoko dari Hello! Pro Kenshuusei, dan Miyazaki Yuka dari Up-Front, telah diumumkan semasa konsert. Telah diumumkan bahawa kumpulan ini akan bermula dari indie dan bekerja keras untuk debut dan anggotanya mungkin akan bertukar ganti.

Pada 25 Februari 2013, Tsunku telah mengumumkan bahawa nama kumpulan ini ialah "Juice=Juice". Tsunku telah menyatakan kumpulan ini sentiasa berkonsepkan terkini dan penuh pesonaliti. Semasa pengumuman dalam video rasmi telah dimuat naik, Tsunku telah mengumumkan nama kumpulan dan menyatakan buah dan warna untuk anggota kumpulan ini.

Kumpulan ini membuat kemunculan pertama dia atas pentas "Hello! Project Haru no Dai Kansyasai Hinamatsuri Festival 2013" pada 2 Mac 2013. Tiga bulan kemudian semasa majlis yang diadakan pada 13 Jun 2013 bertempat di Ikebukuro Sunshine City, Tsunku telah mengumumkan bahawa kumpulan Juice=Juice akan menjadi kumpulan rasmi dibawah naugan Hello! Project dan akan memasarkan single pertama pada musim panas 2013. Beliau juga mengumumkan Miyazaki Yuka akan mengambil tempat sebagai ketua kumpulan dan Kanazawa Tomoko sebagai naib ketua kumpulan tersebut.

Pada 5 Julai 2013, pengumuman mengejutkan menerusi laman web rasmi Hello! Project menyatakan bahawa Otsuka Aina tidak lagi sebahagian dari kumpulan Juice=Juice atau Hello! Pro Kenshuusei kerana isu kontrak yang tak dapat diselesaikan oleh keluarganya.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Single[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]