Jujube

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ziziphus jujuba
ZiziphusJujubaVarSpinosa.jpg
Ziziphus jujuba
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
(tanpa pangkat): Angiosperms
(tanpa pangkat): Eudicots
(tanpa pangkat): Rosids
Order: Rosales
Keluarga: Rhamnaceae
Genus: Ziziphus
Spesies: Z. jujuba
Nama binomial
Ziziphus jujuba
Mill.
Sinonim[1]
  • Paliurus mairei H. Lév.
  • Rhamnus jujuba L.
  • Rhamnus soporifera Lour.
  • Rhamnus zizyphus L.
  • Ziziphus mauritiana Lam.
  • Ziziphus muratiana Maire
  • Ziziphus nitida Roxb.
  • Ziziphus orthacantha DC.
  • Ziziphus poiretii G.Don nom. illeg.
  • Ziziphus rotundata DC.
  • Ziziphus sativa Gaertn.
  • Ziziphus sinensis Lam.
  • Ziziphus soporifera (Lour.) Stokes
  • Ziziphus tomentosa Poir.
  • Ziziphus trinervia Roth nom. illeg.
  • Ziziphus vulgaris Lam.
  • Ziziphus zizyphus (L.) H.Karst.
Jujube, mentah
Azufaifas fcm.jpg
Buah jujube segar
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 331 kJ (79 kcal)
Karbohidrat 20.23 g
Lemak 0.2 g
Protein 1.2 g
Air 77.86 g
Vitamin A setara 40 μg (5%)
Tiamina (vit. B1) 0.02 mg (2%)
Riboflavin (vit. B2) 0.04 mg (3%)
Niasin (vit. B3) 0.9 mg (6%)
Vitamin B6 0.081 mg (6%)
Vitamin C 69 mg (83%)
Kalsium 21 mg (2%)
Besi 0.48 mg (4%)
Magnesium 10 mg (3%)
Mangan 0.084 mg (4%)
Fosforus 23 mg (3%)
Kalium 250 mg (5%)
Natrium 3 mg (0%)
Zink 0.05 mg (1%)
Link to USDA Database entry
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database
Jujube, kering
Ziziphus jujuba MS 2461.JPG
Buah jujube secara semula jadi bertukar merah apabila mengering.
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 1,201 kJ (287 kcal)
Karbohidrat 73.6 g
Lemak 1.1 g
Protein 3.7 g
Air 19.7 g
Vitamin A setara 0 μg (0%)
Tiamina (vit. B1) 0.21 mg (18%)
Riboflavin (vit. B2) 0.36 mg (30%)
Niasin (vit. B3) 0.5 mg (3%)
Vitamin B6 0 mg (0%)
Vitamin C 13 mg (16%)
Kalsium 79 mg (8%)
Besi 1.8 mg (14%)
Magnesium 37 mg (10%)
Mangan 0.305 mg (15%)
Fosforus 100 mg (14%)
Kalium 531 mg (11%)
Natrium 9 mg (1%)
Zink 0.19 mg (2%)
Link to USDA Database entry
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database
Ziziphus zizyphus - MHNT

Ziziphus jujuba (dari bahasa Yunani ζίζυφον, zízyphon[2]), biasanya dipanggil jujube[3] (/ˈb/; sometimes jujuba), kurma merah, kurma Cina,[3] kurma Korea, atau kurma India ialah satu spesies Ziziphus dalam keluarga buckthorn (Rhamnaceae). Ia digunakan terutamanya sebagai pokok teduhan yang juga menghasilkan buah.

Ia boleh didapati dari Iran ke Selatan China dan juga tenggara Eropah dan namanya berbeza mengikut kawasan setermpat. Di India dan Pakistan ia dipanggil Inab dan di Asia timur dipanggil Kurma merah, Kurma Cina atau India. Dalam kawasan Iran, pokok kurma jujube ditanam di beberapa bahagian tanah tinggi seperti kawasan Khorasan, Iran. Kurma yang biasa boleh didapati di Afrika Utara, Eropah Selatan dan Mediterranean mempunyai rasa yang manis dan dianggap sebagai ubat herba. Kurma jujube ini mempunyai pelbagai khasiat termasuk pelbagai vitamin seperti C, A, B2 dan beberapa mineral seperti kalsium, fosforus, besi.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Buah jujube berfungsi sebagai pelawas, mencegah daripada sembelit, menguatkan jantung, melancarkan sistem penghadaman dan amat berguna untuk kesihatan buah pinggang. Selain itu, ia boleh menghilangkan serak, keletihan, bermanfaat bagi mereka yang mengalami penyakit asma, mengawal cirit-birit dan mengukuhkan pertumbuhan rambut.

Piring dari buku Flora de Filipinas

Buah jujube sedikit sebanyak boleh membantu untuk mengawal berat badan. Daun pokok kurma jujube adalah kecil, cantik, dan buahnya berwarna merah serta berbentuk telur. Buah jujube juga berguna untuk meningkatkan tenaga fizikal dan menguatkan otot. Malah ia boleh diambil untuk rawatan degupan jantung yang tidak teratur dan peluh badan yang berlebihan .Ia juga adalah pembersih darah dan membantu melancarkan sistem penghadaman. Buah Kurma Jujube kering bersifat astringen, menenangkan dan boleh mencegah kanser. Cara pemakanan kurma jujube juga berbeza mengikut kawasan. Di Great Britain, ia dihidangkan sebagai buah-buahan kering atau gula-gula yang lazat bersama minuman teh pada waktu petang. Di Korea, China dan Taiwan biasanya buah jujube diambil dalam bentuk sirap manis. Malah terdapat di kawasan-kawasan tertentu yang menggunakannya untuk penghasilan cuka. Buah Kurma Jujube di dalam tin dan teh berperisa jujube juga boleh didapati di pasaran. Tetapi di Iran, Pakistan dan India, jujube kebanyakannya dimakan sebagai kurma yang kering.

Dalam kebanyakan negara di dunia, jujube dimakan sebagai kurma hijau segar yang juga lazat. Di Asia Timur, saiz pokok jujube sangat besar dengan pelbagai warna boleh didapati seperti warna merah dan hitam. Penemuan histologi menunjukkan, jujube mempunyai kesan perlindungan terhadap penyakit hati dan begitu berkesan untuk rawatan hati berlemak. Dalam perubatan tradisional Iran penggunaan jujube begitu disyorkan untuk merawat penyakit seperti batuk, selesema, dan sakit tekak. Tetapi perlu diingatkan bahawa pengambilan kurma jujube oleh orang yang cepat kesejukan boleh menyebabkan bengkak muka dan mereka harus mengambil kurma jujube dengan currant.

Kurma jujube diserang oleh larva.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Plant List: A Working List of All Plant Species, dicapai 24 March 2016 
  2. ^ ζίζυφον, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus Digital Library
  3. ^ a b "USDA GRIN Taxonomy". 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]