Julat pendengaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Untuk lebih perincian mengenai pendengaran manusia, lihat Audiogram, kontor sama kuat dan kecacatan pendengaran.

Julat pendengaran biasanya menggambarkan julat frekuensi yang boleh didengari oleh haiwan atau manusia, sungguhpun ia juga boleh merujuk kepada tahap julat. Bagi manusia, frekuensi julat pendengaran biasanya dikatakan antara 20 Hz (kitaran sesaat) sehingga 20 kHz (20,000 Hz), sungguhpun terdapat perbezaan besar di kalangan individu terutamanya pada hujung frekuensi tinggi di mana kemerosotan bersama usia dianggap normal. Kepekaan juga berbeza dengan banyak frekuensi, sebagaimana ditunjukkan oleh kontor sama kuat, yang biasanya diukur bagi tujuan penyelidikan, atau penyiasatan terperinci. Penyiasatan biasa bagi kehilangan pendengaran biasanya membabitkan audiogram yang menunjukkan tahap ambang berbanding piawaian normal.

Menentukan ambang pendengaran[sunting | sunting sumber]

Audiogram pada manusia dihasilkan dengan menggunakan peralatan uji kaji yang dikenali sebagai meter audio, dan ini membenarkan frekuensi berbeza diberikan pada subjek, biasanya melalui fon telinga yang diselaras, pada tahap tertentu. Bagaimanapun, tahap ini tidak mutlak tetapi disesuaikan melalui lengkung berat ("weighting curve") dengan frekuensi berkait dengan graf piawaian yang dikenali sebagai lengkung boleh dengar minima ("minimum audibility curve") yang bertujuan mewakili pendengaran 'biasa'. Ini bukanlah ambang terbaik bagi semua subjek, dalam keadaan ujian ideal, yang diwakili oleh sekitar 0 Phon atau pendengaran ambang pada kontor sama kuat, tetapi merupakan piawaian dalam piawaian ANSI sehingga tahap lebih tinggi pada 1 kHz.[1] Terdapat beberapa takrifan bagi lengkung pendengaran minima, ditakrifkan secara berbeza pada piawaian antarabangsa berlainan, dan ia jauh berbeza, memberikan perbezaan pada audiogram menurut meter audio yang digunakan. Piawaian ASA-1951 sebagai contoh, menggunakan tahap 16.5 dB SPL (Tahap Tekanan Bunyi) pada 1 kHz sementara piawaian ANSI-1969/ISO-1963 berikutnya menggunakan 6.5 dB SPL, dan ia biasanya membenarkan 10 dB pembetulan bagi orang lanjut usia.

Ambang pendengaran bagi manusia yang tidak mampu bekerjasama sepenuhnya dalam ujian audiometrik, dan mamalia lain boleh dilakukan dengan menggunakan ujian pendengaran tingkah laku atau ujian fisiologi.

Audiogram boleh didapati dengan menggunakan ujian pendengaran tingkah laku yang dipanggil Audiometri. Bagi manusia, ujian membabitkan ton berlainan diberikan pada frekuensi tertentu (pic) dan kekuatan. Apabila seseorang mendengar bunyi, mereka mengangkat tangan atau menekan butang agar penguji boleh menentukan bahawa mereka mendengarnya. Keamatan bunyi terendah direkodkan.

Ujian berbeza dijalankan bagi kanak-kanak; mereka bertindak balas pada bunyi dengan telengan kepada atau menggunakan alat mainan. Kanak-kanak belajar apa yang mereka boleh lakukan apabila mendengar bunyi, sebagai contoh mereka diajar agar apabila mereka mendengar bunyi, mereka meletakkan patung dalam bot. Teknik yang sama boleh digunakan apabila menguji sesetengah haiwan tetapi di sebalik mainan, makanan boleh digunakan sebagai hadiah kerana bertindak balas pada bunyi. Ujian fisiologi tidak memerlukan subjek bertindak balas.[2] Sebagai contoh, apabila melakukan potensi disebabkan pendengaran pangkal otak ("brainstem auditory evoked potentials") tindak balas pesakit pangkal otak diukur apabila bunyi dimainkan pada telinga mereka.

Maklumat pada pendengaran mamalia berlainan didapati dengan ujian pendengaran tingkah laku.

Mamalia darat[sunting | sunting sumber]

Bahagian berikut menggambarkan julat frekuensi bagi pendengaran mamalia tertentu berbanding mamalia yang lain. Bunyi pic rendah adalah berfrekuensi rendah; bunyi pic tinggi adalah berfrekuensi tinggi.

Manusia[sunting | sunting sumber]

Audiogram menunjukkan perbezaan pendengaran yang kecil.

Bagi manusia, gelombang bunyi disalurkan ke dalam telinga melalui salur telinga luar dan mengenai selaput tympanik/gegendang telinga. Hasilnya mampatan dan rarefaksi gelombang menggerakkan selaput nipis ini, menyebabkan tulang telinga tengah (osikles; maleus, incus dan stapes) bergerak. Bilangan getaran tahap bunyi (gelombang sonik) sesaat mewakili frekuensi. Frekuensi infrasonik (bawah tahap pendengaran), sonik (aural), dan ultrasonik (atas pendengaran) diukur dalam Hertz (Hz); satu Hertz ialah satu kitaran gelombang (atau satu tekanan gelombang dalam audionik) sesaat. Khususnya, manusia memiliki julat aural maksima yang bermula serendah 12 Hz dalam keadaan makmal ideal,[3] hingga 20,000 Hz bagi kebanyakan kanak-kanak dan sesetengah dewasa, tetapi julat menyusut sepanjang hayat, biasanya bermula sekitar usia 8 dengan frekuensi tinggi semakin menghilang. Gelombang bunyi tidak didengari boleh dikesan (dirasai) oleh manusia melalui getaran fizikal badan pada julat 4 hingga 16 Hz. Terdapat perbezaan pada kesensitifan pendengaran antara jantina, wanita biasanya memiliki kesensitifan pada frekuensi lebih tinggi jika dibandingkan dengan lelaki.[4] Getaran pada jaringan osikular menggantikan cecair basilar dalam koklea, menyebabkan rerambut dalamnya, dipanggil stereocilia, untuk bergetar. Selaput rerambut menyelitupi koklea dari pangkal ke puncak, dan bahagian terangsang dan kekuatan rangsangan memberi petunjuk pada asal bunyi. Maklumat yang dikumpul dari sel rerambut dihantar melalui saraf bunyi untuk diproses pada otak.

anjing[sunting | sunting sumber]

Keupayaan pendengaran seekor anjing bergantung kepada baka dan umurnya. Biasanya, julat pendengaran anjing adalah dalam 40 Hz hingga 60,000 Hz[5] lebih baik daripada manusia. Seperti manusia, beberapa baka anjing hilang keupayaan apabila meningkat usianya,[6] seperti baka German Sheperd dan Miniature Poodle. Anjing akan menggerakkan telinganya terhadap sumber bunyi untuk pendengaran yang lebih jelas apabila terdengar suatu bunyi. Untuk itu, telinga anjing dikawal oleh sekurang-kurangnya 18 otot yang membolehkan telinga untuk bergerak dan berputar. Bentuk telinga juga membolehkan pendengaran yang lebih jelas. Kebanyakan baka biasanya mempunyai telinga berbentuk tegak dan melengkung yang menghalakan dan meninggikan bunyi. Oleh sebab anjing mendengar suara frekuensi yang lebih kuat daripada manusia,[6] anjing mempunyai persepsi bunyi persekitaran yang berlainan. Suara yang mungkin dirasakan kuat oleh manusia membawa ton frekuensi tinggi yang boleh menakutkan anjing. Isyarat ultrasonik digunakan dalam wisel latihan kerana anjing biasanya bertindak balas dengan lebih baik pada tahap ini. Di kawasan liar, anjing menggunakan keupayaan pendengarannya untuk memburu dan mengesan makanan. Baka-baka domestik biasanya digunakan sebagai anjing pengawal kerana keupayaan pendengarannya yang lebih baik.[5]

Tikus[sunting | sunting sumber]

Tikus mempunyai saiz telinga yang besar berbanding dengan badannya. Tikus mendengar frekuensi yang lebih tinggi daripada manusia, iaitu 1Hz hingga 70 kHz. Tikus tidak boleh mendegar frekuensi rendah yang boleh didengari manusia, tikus berkomunikasi dengan bunyi berfrekuensi tinggi yang sesetengahnya tidak boleh didengari manusia. Panggilan pertolongan tikus yang muda terhasil dalam 40 kHz. Tikus meggunakan keupayaannya untuk menghasilkan dan mendengar bunyi yang menjangkau julat frekuensi manusia dan mamalia lain untuk kebaikannya. Tikus boleh memberi amaran bahaya terhadap tikus-tikus lain tanpa disedari pemangsa. Suara tikus mencicit yang boleh didengari manusia adalah lebih rendah dalam frekuensi dan digunakan tikus sebagai panggilan pertolongan jarak jauh kerana suara berfrekuensi rendah boleh bergerak lebih jauh daripada yang berfrekuensi tinggi.[7]

Mamalia marin[sunting | sunting sumber]

Mamalia laut menggunakan vokalasi dalam pelbagai cara. Ikan lumba-lumba berhubung menggunakan klik dan siulan, dan paus menggunakan erangan frekuensi rendah atau isyarat denyutan. Setiap isyarat berbeza dari segi frekuensi dan isyarat berbeza digunakan bagi berhubung aspek berlainan. Pada ikan lumba-lumba, gemalokasi digunakan bagi mengesan dan mencirikan objek dan siulan digunakan bagi kawasan masyarakat dan peranti perhubungan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sataloff, Robert Thayer; Sataloff, Joseph (Feb 17, 1993). Hearing loss. Dekker.
  2. ^ Clinical Audiology (ed. 5th). Lippen-Cott Williams and Wilkins. 2002.
  3. ^ 20 Hz dianggap had frekuensi rendah normal bagi pendengaran manusia. Apabila gelombang sine tulin dihasilkan di bawah keadaan ideal dan pada bunyi tahap tinggi, pendengar manusia akan mampu mengenal pasti ton sebagai serendah 12 Hz. Olson, Harry F. (1967). Music, Physics and Engineering. Dover Publications. m/s. 249. ISBN 0-486-21769-8.
  4. ^ Gotfrit, M (1995). Range of human hearing. Zen Audio Project.
  5. ^ a b Elert, Glenn (2003). "Frequency Range of Dog Hearing". The Physics Factbook. Dicapai pada 2008-10-22. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  6. ^ a b Hungerford, Laura. "Dog Hearing". University of Nebraska. Dicapai pada 2008-10-22.
  7. ^ Lawlor, Monika. "A Home For A Mouse". Society & Animals. 8. Dicapai pada 2012-02-04.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • D'Ambrose, Chris (2003). "Frequency Range of Human Hearing". The Physics Factbook. Dicapai pada 2007-02-28.
  • Hoelzel, A Rus (2002) Marine mammal biology: an evolutionary approach, Oxford: Blackwell Science Ltd
  • Ketten, D.R. (2000) Cetacean Ears. In: Hearing by Whales and Dolphins. W. Au, R. Fay, and A. Popper (eds.), SHAR Series for Auditory Research, Springer-Verlag, hlmn. 43–108. http://www.whoi.edu/csi/research/publications.html
  • Richardson W J (1998) Marine mammals and noise London: Academic
  • Rubel, E. Popper, A. Fay, R (1998) Development of the Auditory System New York: Springer-Verlag inc.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]