Anjing gembala Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing gembala Jerman
انجيڠ ݢمبالا جرمن
Photooriginal-4163-1080311.jpg
Nama lain Anjing Alsace (انجيڠ الزس), anjing serigala Alsace (انجيڠ سريݢالا الزس)
Nama ringkas GSD, DSH, AGJ
Negara asal Jerman
Trait
Berat Jantan 30–40 kg (66–88 lb)[1][2]
Betina 22–32 kg (49–71 lb)[1][2]
Tinggi Jantan 60–65 cm (24–26 in)[1][2]
Betina 55–60 cm (22–24 in)[1][2]
Bulu Bulu dua lapis
Warna Paling biasa sawo matang dengan pelana hitam
Saiz perinduk 4–9 ekor[3]
Jangka hayat 9–13 tahun[4]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Jerman (Jawi: انجيڠ ݢمبالا جرمن), anjing herder Jerman (Jawi: انجيڠ هيردر جرمن; Bahasa Jerman: deutscher Schäferhund; Bahasa Belanda: Duitse herdershond; Bahasa Perancis: chien de berger allemand; Bahasa Inggeris: German shepherd dog), anjing Alsace (Jawi: انجيڠ الزس; Bahasa Inggeris: Alsatian dog; nama dahulu di Britain), atau anjing serigala Alsace (Jawi: انجيڠ سريݢالا الزس; Bahasa Inggeris: Alsatian wolf dog; nama dahulu di Britain[5]) ialah satu baka anjing pekerja bersaiz sederhana hingga besar yang berasal dari Jerman. Anjing gembala Jerman ialah baka anjing yang agak baharu, dengan asal usul bertarikh kembali ke 1899. Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Gembala, anjing gembala Jerman merupakan anjing pekerja yang dikembangkan pada asalnya untuk menggembala biri-biri. Sejak masa itu, walau bagaimanapun, oleh sebab kekuatan, kebolehlatihan, dan kepatuhannya, anjing gembala Jerman di seluruh dunia kerap menjadi baka pilihan untuk banyak jenis kerja, termasuk bantuan kepada yang kurang upaya, pencarian dan penyelamatan, peranan polis dan ketenteraan, dan juga lakonan.[6] Anjing gembala Jerman ialah baka anjing kedua paling popular di Amerika Syarikat[7] dan keempat paling popular di United Kingdom.[8]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Jerman merupakan anjing bersaiz sederhana hingga besar. Tinggi piawaian baka pada kelasa ialah 60–65 cm (24–26 in) untuk jantan dan 55–60 cm (22–24 in) untuk betina.[1][9][10] Piawaian berat ialah 30–40 kg (66–88 lb) untuk jantan dan 22–32 kg (49–71 lb) untuk betina.[1] Ia mempunyai dahi jendul, muncung potongan segi empat sama yang panjang dengan rahang panjang dan hidung hitam. Matanya bersaiz sederhana dan berwarna perang dengan penampilan berkesungguhan, cerdas dan terjamin sendiri. Ia mempunyai leher panjang, yang dinaikkan apabila teruja dan direndahkan apabila bergerak pada langkah pantas. Ekornya berbulu lebat dan mencapai keting.[9]

Anjing gembala Jerman mempunyai bulu dua lapis yang hampir dan padat dengan bulu lapis bawah tebal. Bulu diterima dalam dua varian; sederhana dan panjang. Gen bulu panjang adalah resesif, menjadikan keragaman bulu panjang lebih jarang. Penjagaan variasi bulu panjang berlainan dalam piawaian berlainan; ia diterima tetapi tidak ditandingkan dengan anjing berbulu piawai tetapi dianggap sebagai kesalahan dalam American Kennel Club.[9][11][12] FCI menerima jenis berbulu panjang pada 2010, menyenaraikannya sebagai keragaman b—sementara jenis berbulu pendek pula disenaraikan sebagai keragaman a.[13]

Paling kerap, anjing gembala Jerman sama ada berwarna sawo matang/hitam atau merah/hitam. Kebanyakan keragaman warna mempunyai topeng hitam dan tanda badan hitam yang terlihat daripada "pelana" klasik hingga "selimut" pada keseluruhan. Variasi warna lebih jarang termasuk keragaman-keragaman sabel, hitam legam, putih merah, hati, dan biru. Keragaman-keragaman hitan legam dan sabel boleh diterima menurut kebanyakan piawaian; walau bagaimanapun, biru dan hati dianggap sebagai kesalahan serius dan putih merah segera menyebabkan penyingkiran daripada penunjukan dalam pengakuran dalam Pertunjukan Semua Baka dan Keistimewaan.[11]

Kecerdasan[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Jerman dibiakbakakan secara tertentu untuk kecerdasannya,[14] suatu trait yang kerananya ia kini terkenal.[6] Dalam buku Kecerdasan Anjing (Bahasa Inggeris: The Intelligence of Dogs), pengarang Stanley Coren menempatkan baka ini pada kedudukan ketiga untuk kecerdasan, di belakang collie sempadan dan pudel.[15][16] Beliau menjumpai bahawa ia mempunyai kebolehan untuk mempelajari tugas mudah selepas hanya lima ulangan dan mematuhi perintah pertama pada 95% masa.[6] Tersamping dengan kekuatannya, trait ini menjadikan baka ini terpilih sebagai anjing polis, anjing pengawal, dan anjing pencarian dan penyelamatan, kerana ia mampu mempelajari pelbagai tugas dengan pantas dan mentafsir arahan dengan lebih baik daripada baka besar lain.[17]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Jerman sangat terkenal kerana sifat pelindungnya terhadap anggota keluarga.

Anjing gembala Jerman merupakan anjing giat secara sederhana dan diperihalkan dalam piawaian baka sebagai terjamin sendiri.[11] Baka ini ditandai dengan kesanggupan untuk belajar dan minat untuk mempunyai tujuan. Ia ingin tahu yang menjadikannya anjing pengawal cemerlang dan sesuai untuk misi pencarian. Ia boleh menjadi terlampau melindungi keluarganya dan wilayahnya, khususnya jika tidak disosialkan dengan betul. Ia tidak tercenderung untuk segera berkawan dengan orang asing.[18] Anjing gembala Jerman adalah sangat cerdas dan patuh.[19]

Kelangsangan dan penggigitan[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Jerman yang terlatih dan tersosial dengan baik mempunyai reputasi kerana bersifat sangat selamat. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menganggarkan bahawa hampir 4.5 juta orang di Amerika Syarikat digigit oleh anjing pada setiap tahun, tetapi baka buli dipersalahkan kurang kerap daripada banyak baka lain, termasuk chow chow dan anjing gembala Jerman.[20] Sebuah laporan Australia dari 1999 menyediakan statistik yang menunjukkan bawaha anjing gembala Jerman merupakan baka ketiga paling mungkin sekali menyerang orang di sesetengah tempat peristiwa di Australia.[21]

Menurut rancangan televisyen National Geographic Channel Dangerous Encounters, gigitan anjing gembala Jerman mempunyai daya lebih daripada 1,060 newton (238 lbf) (berbanding dengan yang daripada anjing Rottweil, melebihi 1,180–1,460 newton (265–328 lbf), daripada pit bull, 1,050 newton (235 lbf), daripada anjing pengutip Labrador, hampir-hampir 1,000 newton (230 lbf), atau daripada manusia, hampir-hampir 380 newton (86 lbf)).[22]

Baka moden[sunting | sunting sumber]

Baka anjing gembala Jerman moden dikritik oleh sesetengah kerana menyimpang daripada ideologi asli Max von Stephanitz bahawa anjing gembala Jerman patut dibiakbakakan terutamanya sebagai anjing pekerja dan bahawa pembiakbakaan patut dikawal dengan ketat untuk menyingkirkan kecacatan dengan cepat.[23][24] Beliau mempercayai bahawa, mengatasi semua yang lain, anjing gembala Jerman patut dibiakbakakan untuk kecerdasan dan kebolehan pekerjaan.[25]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

The Kennel Club, di United Kingdom, terlibat dalam pertikaian dengan kelab baka anjing gembala Jerman tentang isu kesempurnaan pada baka strain pertunjukan.[26][27] Strain pertunjukan telah dibiakbakakan dengan garis atas sangat mencerun (belakang) yang menyebabkan gaya jalan lemah pada kaki belakang. Jurai keturunan pedigri pekerja, seperti yang dalam kegunaan umum sebagai anjing khidmat, pada amnya mengekalkan belakang lurus tradisional baka ini.

Perdebatan dimangkin apabila isu ini dibangkitkan dalam dokumentari BBC, Pedigree Dogs Exposed, yang mengatakan bahawa pengkritik baka memerihalkannya sebagai "separuh anjing, separuh katak". Seorang doktor ortopedik haiwan mencatat tentang rakaman anjing-anjing dalam gelanggang pertunjukkan bahawa anjing-anjing tersebut "tidak normal".

Kedudukan The Kennel Club ialah bahawa "isu kesempurnaan ini bukan perbezaan ringkas bagi pendapat, isu ini merupakan isu asasi bagi pengakuran dan pergerakan penting baka ini."[26] The Kennel Club telah berkeputusan untuk melatih hakim-hakim semula untuk mendenda anjing-anjing yang menghidap masalah ini.[28]

Lebih pengujian untuk hemofilia dan displasia pinggul juga didesak, masalah umum lain dengan baka ini.

Kegunaan sebagai anjing pekerja[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Jerman merupakan pilihan popular untuk kegunaan sebagai anjing pekerja. Ia khususnya sangat dikenali kerana kerja polisnya, digunakan untuk penjejakan penjenayah, perondaan kawasan bermasalah dan pengesanan dan penahanan suspek. Sebagai tambahan, beribu-ribu ekor anjing gembala Jerman telah digunakan oleh pihak tentera. Biasanya dilatih untuk tugas peninjauan, ia digunakan untuk memberikan amaran kepada askar terhadap kehadiran musuh atau jerangkap samar atau bahaya lain.[29] Anjing gembala Jerman juga telah dilatih oleh kumpulan tentera untuk terjun berpayung dari pesawat[30] atau sebagai senjata antikereta kebal. Ia pernah digunakan dalam Perang Dunia II sebagai anjing utusan, anjing penyelamatan dan anjing pengawal peribadi.[25] Sebilangan anjing ini dibawa pulang oleh askar asing, yang dikagumkan oleh kecerdasannya.[25]

Anjing gembala Jerman merupakan salah satu baka yang paling digunakan secara meluas dalam pelbagai peranan kerja bau. Ini termasuk pencarian dan penyelamatan, pencarian kadaver, pengesanan narkotik, pengesanan bahan letupan, pengesanan pencepat kebakaran, dan anjing pengesanan periuk api. Ia sesuai untuk bidang kerja ini kerana deria baunya yang tajam dan kebolehannya untuk bekerja tanpa mempedulikan gangguan.[29] Pada satu masa anjing gembala Jerman merupakan baka yang terpilih secara hampir eksklusif untuk digunakan sebagai anjing pandu untuk yang kurang penglihatan. Apabila pelatihan anjing pandu formal bermula di Switzerland pada 1920-an di bawah kepemimpinan Dorothy Eustis, semua anjing yang dilatih merupakan anjing gembala Jerman betina.[31] Suatu uji kaji dalam pengujian perangai bagi sekumpulan anjing pengutip Labrador dan anjing gembala Jerman menunjukkan bahawa anjing pengutip mendapat markah lebih tinggi pada purata dalam kestabilan emosi dan kebolehan untuk pulih dengan segera daripada keadaan yang menakutkan, tingkah laku kerjasama dan keramahan; sementara anjing gembala Jerman adalah superior dalam kelangsangan dan tingkah laku pertahanan. Hasil ini mencadangkan bahawa anjing pengutip Labrador adalah lebih sesuai terhadap kerja anjing pandu sementara anjing gembala Jerman lebih sesuai terhadap kerja polis..[32] Pada masa ini, anjing pengutip Labrador dan anjing pengutip keemasan digunakan secara lebih meluas untuk kerja ini, tetapi masih ada anjing gembala Jerman yang dilatih. Pada 2013, kira-kira 15% daripada anjing yang dilatih oleh Guide Dogs of America merupakan anjing gembala Jerman, sementara selebihnya merupakan anjing pengutip Labrador dan anjing pengutip keemasan.[33] The Guide Dogs for the Blind Association (Bahasa Melayu: Persatuan Anjing Pandu untuk Orang-orang Buta) di United Kingdom menyatakan bahawa silangan antara anjing pengutip keemasan dengan anjing pengutip Labrador menjadikan anjing pandu terbaik, tetapi mereka juga boleh melatih sesetengah anjing gembala Jerman, serta sesetengah baka lain.[34] Guide Dogs for the Blind (Bahasa Melayu: Anjing Pandu untuk Orang-orang Buta) di Amerika Syarikat hanya melatih anjing pengutip Labrador, anjing pengutip keemasan, dan silangan antara kedua-dua baka ini.[35] Guide Dogs Queensland di Australia juga melatih hanya anjing pengutip Labrador dan anjing pengutip keemasan.[36]

Anjing gembala Jerman masih digunakan untuk penggembalaan dan penjagaan biri-biri yang meragut di padang rumput di sebelah kebun dan padang tanaman. Ia dijangkakan meronda sempadan untuk mengekalkan biri-biri daripada menceroboh dan merosakkan tanaman. Di Jerman dan di tempat-tempat lain, kemahiran ini diuji dalam ujian anjing utiliti yang juga dikenali sebagai ujian anjing utiliti penggembalaan HGH (Herdengebrauchshund).[37]

Seekor anjing gembala Jerman Mexico, Zuyaqui, dibedah dan badannya dipamerkan di "Museo del Enervante" Sedena di Mexico. Ia dianggap sebagai anjing yang telah menangkap paling banyak dadah dalam sejarah polis dan ketenteraan Mexico.[38]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ilustrasi seekor anjing gembala Jerman dari 1909

Di Eropah, semasa 1850-an, cubaan diadakan untuk memiawaikan baka-baka.[39] Anjing dibiakbakakan untuk memulihara trait-trait yang membantu dalam kerjanya dalam penggembalaan biri-biri dan perlindungan kawanan biri-biri daripada pemangsa.[25] Di Jerman, ini diamalkan dalam komuniti setempat, bilamana gembala memilih dan membiakbakakan anjing. Baka ini diiktiraf mempunyai kemahiran yang penting untuk penggembalaan biri-biri, seperti kecerdasan, kelajuan, kekuatan dan derita bau tajam.[25] Hasilnya merupakan anjing yang mampu melakukan perkara sedemikian, tetapi itu berlainan dengan ketara, dari segi kedua-dua penampilan dan kebolehan, dari tempat ke tempat.[39]

Untuk melawan perbezaan-perbezaan ini, Persatuan Filaks dibentuk pada 1891 dengan niat penciptaan rancangan perkembangan terpiawai untuk baka anjing asli di Jerman.[25] Persatuan ini bubar hanya selepas tiga selepas kerana perbalahan dalaman berterusan mengenai trait-trait pada anjing yang patut digalakkan oleh persatuan tersebut;[25] sesetengah anggota mempercayai anjing patut dibiakbakakan hanya untuk tujuan pekerjaan, sementara yang lain mempercayai anjing patut dibiakbakakan juga untuk penampilan.[40] Sementara tidak berjaya dalam matlamat mereka, Persatuan Filaks telah mengilhami orang untuk mengejar pemiawaian baka anjing secara bebas.

Dengan kebangkitan bandar raya perindustrian besar di Jerman, populasi pemangsa mula menurun, menjadikan anjing biri-biri tidak diperlukan.[25] Pada masa sama, kesedaran anjing biri-biri sebagai kelas kanin serba guna dan cerdas mula meningkat.[25] Max von Stephanitz, seorang bekas kapten askar berkuda dan bekas pelajar Kolej Veterinar Berlin, merupakan bekas anggota Persatuan Filaks yang tegas mempercayai anjing patut dibiakbakakan untuk pekerjaan.[25] Beliau mengagumi kecerdasan, kekuatan dan kebolehan anjing biri-biri asli Jerman, tetapi tidak dapat menjumpai satu baka tunggal pun yang memuaskan beliau sebagai anjing pekerja sempurna.[25]

Pada 1899, von Stephanitz menghadiri satu pertunjukan anjing apabila beliau ditunjukkan seekor anjing bernama Hektor Linksrhein.[25] Hektor merupakan hasil daripada beberapa generasi pembiakbakaan terpilih dan sepenuhnya memenuhi sifat anjing pekerja yang sepatutnya menurut yang dipercayai oleh von Stephanitz. Beliau berpuas hati dengan kekuatan anjing tersebut dan lalu tertarik dengan kecerdasan, kesetiaan dan kecantikan haiwan tersebut, sehingga beliau membeli anjing tersebut serta-merta.[39] Selepas membeli anjing berkenaan beliau menukarkan namanya kepada Horand von Grafrath dan von Stephanitz menubuhukan Persatuan untuk Anjing Gembala Jerman.[39] Horand diisytiharkan sebagai anjing gembala Jerman pertama dan merupakan anjing pertama yang ditambahkan kepada daftaran baka persatuan tersebut.[25]

Horand menjadi titik pusat bagi atur cara pembiakbakaan dan dibiakbakakan dengan anjing milik anggota persatuan lain yang memaparkan trait yang diingini dan dengan anjing dari Thüringen, Franken dan Württemberg.[25] Membapai banyak anak anjing, anak Horand yang paling berjaya ialah Hektor von Schwaben.[25][41] Hektor dibiakbakakan secara dalaman dengan salah seekor anak Horand dan menghasilkan Heinz von Starkenburg, Beowulf dan Pilot, yang kemudian membapai sejumlah lapan puluh empat ekor anak anjing, kebanyakannya melalui pembiakbakaan dalaman dengan anak lain Hektor.[25] Pembiakbakaan dalaman ini dianggap penting untuk menetapkan trait yang dicari-cari pada baka ini.[25] Dalam buku pembaka anjing gembala Jerman asli, Zuchtbuch für Deutsche Schäferhunde (SZ; Bahasa Melayu: Buku Pembaka untuk Anjing Gembala Jerman), dalam dua muka surat entri daripada SZ No. 41 hingga SZ No. 76, terdapat empat silangan serigala.[42] Progeni Beowulf juga dibiakbakakan secara dalaman dan daripada anak-anak inilah semua anjing gembala Jerman melakarkan pautan genetik. Persatuan berkenaan dipercayai mencapai matlamatnya kebanyakannya keran kepemimpinan kuat dan tidak terkompromi pada von Stephanitz dan beliau lalu dihargai sebagai pencipta anjing gembala Jerman.[43]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Jerman. Betina (kiri), jantan (kanan).

Baka ini dinamai deutscher Schäferhund oleh von Stephanitz, diterjemahkan secara harfiah kepada "anjing gembala biri-biri Jerman". Baka ini dinamai sedemikian kerana tujuan aslinya untuk membantu gembala biri-biri dalam penggembalaan dan perlindungan biri-biri. Pada masa sama, semua anjing gembala lain di Jerman dirujuk dengan nama ini; lalu anjing-anjing tersebut dikenali sebagai altdeutsche Schäferhunde atau anjing-anjing gembala biri-biri Jerman lama.

Terjemahan terus bagi nama itu diterima pakai untuk kegunaan dalam pejabat pendaftaran baka rasmi; walau bagaimanapun, pada kesimpulan Perang Dunia I, penyertaan perkataan "Jerman" dipercayai akan menjejaskan kepopularan baka ini,[44] kerana sentimen anti-Jerman pada era itu.[45] Baka ini dinamai semula secara rasmi oleh Kennel Club UK kepada "Alsatian Wolf Dog" (Bahasa Melayu: anjing serigala Alsace),[44] sempena rantai Alsace di Perancis yang menyempadani Jerman.[25] Nama ini juga diterima pakai oleh banyak kelab kenel antarabangsa lain.

Kesudahannya, tambahan "Wolf Dog" (Bahasa Melayu: anjing serigala) disingkirkan,[44] selepas berbilang-bilang kempen oleh pembiak baka yang risau bahawa dikenali sebagai kacukan anjing–serigala akan menjejaskan kepopularan dan keundangan baka ini.[25] Nama "Alsatian" kekal selama lima dekad,[44] sehingga 1977, apabila kempen-kempen berjaya oleh penggemar anjing menekankan kelab kenel British untuk membenarkan baka ini untuk didaftarkan semula sebagai German Shepherd (Bahasa Melayu: anjing gembala Jerman).[5] Perkataan "Alsatian" masih muncul dalam tanda kurung sebagai sebahagian daripada nama baka formal dan hanya disingkirkan pada 2010.[46]

Kepopularan[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Jerman

Apabila The Kennel Club menerima pendaftaran pada 1919, lima puluh empat ekor anjing gembala Jerman didaftarkan. Menjelang 1926, bilangan ini telah meningkat kepada melebihi 8,000.[39] Baka ini memperoleh pengiktirafan antarabangsa selepas kemerosotan Perang Dunia I. Askar-askar yang pulang banyak mempercakapkan baka ini dan haiwan pelakon Rin Tin Tin dan Strongheart mempopularkan baka ini secara lanjut.[47] Anjing gembala Jerman pertama yang didaftarkan di Amerika Syarikat merupakan Queen of Switzerland. Anaknya menghidap kecacatan disebabkan oleh pembiakbakaan tidak bagus, yang menyebabkan baka ini mengalami kemerosotan kepopularan semasa hujung 1920-an.[47]

Kepopularan meningkat semula selepas anjing gembala Jerman Sieger Pfeffer von Bern menjadi Pemenang Besar (Bahasa Inggeris: Grand Victor) 1937 dan 1938 dalam pertunjukan anjing American Kennel Club, sehingga mengalami lagi satu kemerosotan pada kesimpulan Perang Dunia II, kerana sentimen anti-Jerman.[47] Apabila masa berprogres, kepopularannya meningkat secara beransur sehingga 1993, apabila ia menjadi baka ketiga paling popular di Amerika Syarikat. Setakat 2012, anjing gembala Jerman merupakan yang kedua paling popular di Amerika Syarikat.[47][48] Sebagai tambahan, baka ini biasanya merupakan antara yang paling popular dalam pejabat pendaftaran lain.[47] Susuk badan anjing gembala Jerman sangat tersesuai terhadap pertandingan olahraga, kerap bertanding dalam pertunjukan dan pertandingan seperti ujian ketangkasan.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Seekor anak anjing gembala Jerman berumur sembilan minggu.

Banyak penyakit umum bagi anjing gembala Jerman merupakan hasil pembiakbakaan dalaman yang diamalkan pada awal kehidupan baka ini (sungguhpun ini penting untuk memulihara trait-trait lain untuk baka ini).[49] Salah satu penyakit am ialah displasia pinggul dan siku yang boleh membawa kepada anjing mengalami nyeri pada selebih kehidupannya dan boleh menyebabkan radang sendi.[50] Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Zürich menjumpai bahawa 45% daripada anjing pekerja polis terjejas dengan stenosis spina merosot, tetapi sampel yang dikaji adalah kecil.[51] Yayasan Ortopedik untuk Haiwan menjumpai bahawa 19.1% anjing gembala Jerman terjejas dengan displasia pinggul.[52] Oleh sebab sifat besar dan terbuka telinganya, anjing gembala Jerman tidak terdedah kepada jangkitan telinga kerana tiada bulu di dalam liang telinga luaran untuk memegang puing atau lembapan.[53] Menurut satu survei baru-baru ini di United Kingdom, jangka hayat median bagi anjing gembala Jerman ialah 10.95 tahun,[4] yang normal untuk anjing bagi saiznya.

Mielopati merosot, satu penyakit neurologi, berlaku dengan cukup kenalaran khas pada baka ini untuk mencadangkan bahawa baka ini cenderung terhadapnya. Satu ujian liur DNA sangat murah kini tersedia untuk diimbas untuk mielopati merosot. Ujian berkenaan mengimbas untuk gen termutasi yang telah terlihat pada anjing dengan mielopati merosot. Satu kajian kecil di United Kingdom menunjukkan 16% daripada anjing gembala Jerman asimptomatik muda adalah himozigus untuk mutasi, dengan 38% selanjutnya sebagai pembawa.[54] Kini dengan adanya ujian yang tersedia, penyakit ini boleh dibiakbakakan keluar daripada baka dengan preponderans tinggi. Ujian ini hanya disyorkan untuk baka cenderung, tetapi boleh dilakukan terhadap DNA daripada mana-mana anjing pada sampel yang dikumpulkan melalui penyapuan bahagian dalam pipi haiwan berkenaan dengan kapas kesat steril. Kini dengan adanya ujian tersedia, pembeli anjing gembala Jerman prospektif boleh memohon ujian ini daripada pembiak baka atau membeli daripada pembiak baka yang diketahui menguji anjing mereka.[55]

Sebagai tambahan, anjing gembala Jerman mempunyai insidens lebih tinggi daripada normal bagi penyakit von Willebrand, satu gangguan perdarahan terwaris am,[56] dan kelemahan pankreas eksokrin (Bahasa Inggeris: exocrine pancreatic insufficiency, EPI), satu penyakit merosot bagi pankreas. 1% daripada populasi anjing gembala Jerman United Kingdom dianggarkan menghidap penyakit ini.[57] Rawatan biasanya dalam bentuk tambahan yang diberikan dengan makanan.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Strongheart, salah seekor bintang anjing terawal (1921)

Anjing gembala Jerman telah ditonjolkan dalam pelbagai media.[58] Pada 1921, Strongheart menjadi salah seekor anjing bintang filem terawal, dan diikuti pada 1922 oleh Rin Tin Tin, yang dianggap sebagai anjing gembala Jerman paling terkenal. Kedua-duanya mempunyai bintang di atas Laluan Kemasyhuran Hollywood.[59] Anjing gembala Jerman pernah digunakan dalam siri popular Kanada The Littlest Hobo. Anjing Batman, Ace the Bat-Hound, muncul dalam buku komik Batman, mulanya pada 1955,[60] melalui 1964.[61] Pada antara 1964 dengan 2007, kemunculannya adalah sesekali. Seekor anjing gembala Jerman yang dipanggil Kommissar Rex, merupakan bintang rancangan drama tatacara Polis Austria, yang memenangi banyak anugerah, bilamana anjing gembala Jerman Rex membantu unit homisid Polis Jenayah Vienna.[62] Rancangan ini disiarkan dalam banyak bahasa.[63]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "USA German Shepherd Dog Standard". United Schutzhund Clubs of America. Diarkibkan daripada original pada 10 Jun 2008. 
  2. ^ a b c d http://www.fci.be/Nomenclature/Standards/166g01-en.pdf
  3. ^ Jones, Bretaigne, "Science of breeding", Royal Canin, American Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2014, dicapai pada 3 September 2014 
  4. ^ a b O'Neill et al., (2012). "Longevity of UK Dog Breeds" (PDF). Kolej Veterinar Diraja, Universiti London. Dicapai pada 18 Januari 2013. 
  5. ^ a b "German Shepherd — The Ultimate Service Dog". German Culture. Dicapai pada 15 Julai 2008. 
  6. ^ a b c Coren, hlm. 134
  7. ^ "AKC Dog Registration Statistics". Diarkibkan daripada original pada 7 Februari 2015. 
  8. ^ "KC Dog Registration Statistics" (PDF). 
  9. ^ a b c "FCI Standard No 166". Australian National Kennel Council. 23 Mac 1991. Dicapai pada 24 Februari 2013. 
  10. ^ Breed Standard For The White German Shepherd Dog, White German Shepherd Dog Club Of America, Inc., September 1997 
  11. ^ a b c "German Shepherd Dog Breed Standard". American Kennel Club. Dicapai pada 15 Julai 2008. 
  12. ^ "Rasse-Lexikon Deutscher Schäferhund" (dalam bahasa Jerman). Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan daripada original pada 25 Ogos 2009. Dicapai pada 15 Julai 2008. 
  13. ^ Group 1. FCI. Dicapai pada 1 Jun 2014.
  14. ^ von Stephanitz, hlm. 12
  15. ^ "Ranks 1 to 10 – Brightest Dogs". Petrix. Dicapai pada 15 Julai 2008. 
  16. ^ "The Top 10 Smartest Dog Breeds In The World". Pet Meds Online. Dicapai pada 15 Julai 2008. 
  17. ^ "About the Breed". White Paws: German Shepherd. Dicapai pada 15 Julai 2008. 
  18. ^ "Breed Standard — German Shepherd". New Zealand Kennel Club. Dicapai pada 19 Julai 2008. While the dog should be approachable and friendly, he does not make immediate friendships with strangers. 
  19. ^ Dogwise: The Natural way to Train your Dog (1992), John Fisher Souvenir Press Ltd. ISBN 0-285-63114-4
  20. ^ "5 Bully Breed Myths Debunked". animal planet. 
  21. ^ "Reported Dog Attack Survey" (PDF). Jabatan Kerajaan Tempatan New South Wales. 1999. Diarkibkan daripada original (PDF) pada 21 Mei 2009. Dicapai pada 18 November 2008. 
  22. ^ "Dog Bites: Information and Statistics". 26 Januari 2008. Dicapai pada 31 Disember 2012.  Memetik satu kajian National Geographic.
  23. ^ Conan, hlm. 43
  24. ^ Piawaian pertama Persatuan untuk Anjing Gembala Jerman, dikarang oleh von Stephanitz mengatakan "Terjemahan: Penampilan yang menyenangkan diingini, tetapi kebolehan pekerjaan anjing ini tidak boleh dipersoalkan...Pembiakbakaan anjing gembala Jerman ialah pembiakbakaan anjing pekerja, atau itu bukan pembiakbakaan anjing gembala Jerman"Harder, Aimee. "GSD vs. WGSD — It's not a black or white issue!". Kelab Anjing Gembala Jerman Putih Amerika Syarikat. Dicapai pada 20 Julai 2008. 
  25. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s Kern, Francis G. (1990). German Shepherds. Neptune City, New Jersey: T.F.H. Publications. m/s. 11–21. ISBN 0-86622-865-9. 
  26. ^ a b "German Shepherd Dogs – The Soundness Issue". The Kennel Club. 8 Februari 2010. Dicapai pada 2 Ogos 2011. 
  27. ^ "KC confirms position on German Shepherds". ourdogs.co.uk. Our Dogs-UK. Dicapai pada 11 September 2015. 
  28. ^ "German Shepherd Dogs – Judges Training Programme". The Kennel Club. 16 Februari 2010. Dicapai pada 2 Ogos 2011. 
  29. ^ a b Strickland, hlm. 17–28
  30. ^ "It's a dog's life in the Army". The New Zealand Herald. 22 Julai 2008. Dicapai pada 11 Ogos 2008. 
  31. ^ Ascarelli, Miriam (2010). Independent Vision: Dorothy Harrison Eustis and the Story of the Seeing Eye. West Lafayette, Indiana: Akhbar Universiti Purdue. ISBN 978-1-55753-563-4. 
  32. ^ Case, Linda P. (2013). The Dog: Its Behavior, Nutrition, and Health. John Wiley & Sons. ISBN 978-1-118-70120-1. 
  33. ^ "Breeds and Matching Process". An International Guiding Eyes Program. Guide Dogs of America. 2013. Dicapai pada 21 Julai 2013. 
  34. ^ "Our breeds". Guide Dogs for the Blind Association. 2013. Dicapai pada 21 Mac 2013. 
  35. ^ "Guide Dog Breeding and Whelping". Dog Programs. Guide Dogs for the Blind. 2011. Dicapai pada 21 Julai 2013. 
  36. ^ "Our Breeding Program". Guide Dogs. Guide Dogs Queensland. Dicapai pada 21 Julai 2013. 
  37. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy. Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5. 
  38. ^ http://www.eleconomista.es/latinoamerica/noticias/1817880/01/10/Armas-de-Versace-rubies-y-diamantes-el-lujo-de-los-narcos-mexicanos.html
  39. ^ a b c d e "History of the Breed". German Shepherds.com. Diarkibkan daripada original pada 1 Jun 2008. 
  40. ^ Rice, hlm. 11
  41. ^ Stevens, hlm. 11
  42. ^ "Progency list for V Beowulf". Pedigree Database. Dicapai pada 14 Ogos 2008. 
  43. ^ Willis, hlm. 5
  44. ^ a b c d Palika hlm. 22
  45. ^ Rice hlm. 12
  46. ^ "Change Of Name – German Shepherd Dog". The Kennel Club. 19 Oktober 2010. Dicapai pada 22 Oktober 2010. 
  47. ^ a b c d e Palika hlm. 25
  48. ^ "AKC Dog Registration Statistics". American Kennel Club. Dicapai pada 15 Julai 2008. 
  49. ^ Willis, hlm. 31
  50. ^ "German Shepherd Dog Health Problems". Dog Biz. Dicapai pada 19 Julai 2008. 
  51. ^ Steffen, F.; Hunold, K.; Scharf, G.; Roos, M.; Flückiger, M. (2007). "A follow-up study of neurologic and radiographic findings in working German Shepherd Dogs with and without degenerative lumbosacral stenosis". Journal of the American Veterinary Medical Association. 231 (10): 1529–1533. PMID 18020994. doi:10.2460/javma.231.10.1529. 
  52. ^ "Hip Dysplasia Statistics". Yayasan Ortopedik untuk Haiwan. 2009. Diarkibkan daripada original pada 10 Jun 2009. 
  53. ^ "German Shepherd". PetHealth101. Julai 2008. 
  54. ^ Holder, A. L.; Price, J. A.; Adams, J. P.; Volk, H. A.; Catchpole, B. (2014). "A retrospective study of the prevalence of the canine degenerative myelopathy associated superoxide dismutase 1 mutation (SOD1:c.118G > A) in a referral population of German Shepherd dogs from the UK". Canine Genetics and Epidemiology. 1: 10. doi:10.1186/2052-6687-1-10. 
  55. ^ "Degenerative Myelopathy German Shepherd Dogs". Universiti Florida 1998. Dicapai pada 11 April 2009. 
  56. ^ "Von Willebrand's Disease (vWD): A Type of Hemophilia in Dogs". Drs. Foster & Smith, Inc. Dicapai pada 10 Mei 2009. 
  57. ^ "Exocrine Pancreatic Insufficiency". Genetic welfare problems of companion animals. Dicapai pada 20 Mac 2014. 
  58. ^ "List of films with German Shepherds". 
  59. ^ Choron, hlm. 40
  60. ^ Irvine, Alex; Dolan, Hannah, ed. (2010). "1950s". DC Comics Year By Year A Visual Chronicle. Dorling Kindersley. m/s. 77. ISBN 978-0-7566-6742-9. Batman No. 92 (July 1955) Once Superman had a dog, Batman got one too, in Ace, the Bat-Hound! In the story by writer Bill Finger and artist Sheldon Moldoff, Batman and Robin found a German Shepherd called Ace. 
  61. ^ "Ace the Bat-Hound appearances". Dicapai pada 15 September 2014. 
  62. ^ [1] Diarkibkan 14 Julai 2015 di Wayback Machine
  63. ^ rexchienfc.net

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]