Julie Estelle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Julie Estelle
Kelahiran
Julie Estelle Gasnier

(1989-01-04) 4 Januari 1989 (umur 35)
WarganegaraIndonesia
Pekerjaan
Tahun aktif1998 - kini
PasanganDavid Tjiptobiantoro (k. 2020)
Anak-anakBrielle Léïa Tjiptobiantoro (2023)
Ibu bapaThierry Gasnier (bapa)
Hilda Limbara (ibu)
SaudaraCathy Sharon (kakak) Charlotte Christie (adik)

Julie Estelle Gasnier (lahir di Jakarta, 4 Januari 1989; umur 35 tahun) merupakan seorang pelakon dan peragawan Indonesia. Beliau adalah adik dari pelakon dan model Indonesia, Cathy Sharon.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Julie Estelle adalah anak kedua daripada tiga anak kepada Thierry Gasnier dan Hilda Limbara dan mempunyai keturunan Perancis, Manado, dan Cina. Beliau adalah adik kepada Cathy Sharon.

Pada 2007, Julie Estelle lulus dari Lycée International Français de Jakarta.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Julie Estelle secara rasmi berkahwin dengan pelumba David Tjiptobiantoro di Maldives pada 25 Februari 2021 dan dikurniakan anak pertama mereka pada 20 Julai 2023, bernama Brielle Léïa Tjiptobiantoro, yang dilahirkan di Singapura.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Julie Estelle mula dikenali apabila dia bermain dalam filem Alexandria pada tahun 2005. Menerusi filem ini, Julie Estelle menerima pencalonan Most Favorite Rising Star MTV Indonesia Movie Awards 2006. Sebelum ini, Julie Estelle lebih aktif sebagai model foto.

Julie Estelle ialah pelakon suara Indonesia untuk watak April O’Neil dalam filem animasi TMNT 2007.[1]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1998 Daun di Atas Bantal Karya sulung
2005 Dealova Manda
Alexandria Alexandria Yasmina
2006 Kuntilanak Samantha
2007 TMNT April O’Neil Pelakon suara Bahasa Indonesia
Selamanya Aristha
Kuntilanak 2 Samantha
2008 Kuntilanak 3
2010 Rumah Dara Ladya
Aku atau Dia Novi
2011 Cowok Bikin Pusing Cecile
2012 Brokenhearts Olivia
2014 The Raid 2: Berandal Alicia
2015 Filosofi Kopi El
2016 Surat dari Praha Kemala Dahayu Larasati
Headshot Rika
2017 Gerbang Neraka Arni Kumalasari
2018 The Night Comes For Us The Operator
Milly & Mamet: Ini Bukan Cinta & Rangga Alexandra
2019 Lagi Lagi Ateng Cemplon
Foxtrot Six Sari Nirmala

Siri televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Amanah dalam Cinta Julie
2011 Kasih dan Cinta dr. Kasih
2013 Aprilio dan Julie Julie
2015 The East Claudia / Julie

Video klip[sunting | sunting sumber]

  • "Tak Bisakah" - Peterpan
  • "Jauh Mimpiku" - Peterpan
  • "Ketahuan" - Matta Band
  • "Nyawa Hidupku" - ADA Band
  • "Akal Sehat" - ADA Band
  • "Cobalah Mengerti" - Peterpan
  • "Tak Kan Ada Aku Lagi" - Ello
  • "Hafizah" - Sembilan Band
  • "Letoy" - Blackout

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2006 MTV Indonesia Movie Awards Most Favourite Rising Star Alexandria Tercalon
Most Favourite Heart Melting Moment Alexandria (with Fachri Albar & Marcel Chandrawinata) Tercalon
2007 Festival Film Jakarta Pemeran Utama Wanita Terbaik Selamanya Tercalon
2014 Indonesian Choice Awards
Actress of the Year
Tercalon
Piala Maya Penampilan Singkat nan Berkesan The Raid 2: Berandal Tercalon
2016 Indonesian Movie Actors Awards Pemeran Pendukung Wanita Terbaik Surat dari Praha Tercalon
Pemeran Pendukung Wanita Terfavorit Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]