Julius Nyerere

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mwalimu
Julius Kambarage Nyerere
Julius Nyerere cropped.jpg
Presiden Tanzania Pertama
Dalam jawatan
29 Oktober 1964 – 5 November 1985
Naib Presiden Abeid Karume
Aboud Jumbe
Ali Hassan Mwinyi
Perdana Menteri Rashidi Kawawa
Edward Sokoine
Cleopa Msuya
Edward Sokoine
Salim Ahmed Salim
Didahului oleh Elizabeth II sebagai Ratu Tanganyika
Abeid Karume sebagai Presiden Republik Rakyat Zanzibar dan Pemba
Digantikan oleh Ali Hassan Mwinyi
Presiden Republik Bersatu Tanganyika dan Zanzibar
Dalam jawatan
26 April 1964 – 29 Oktober 1964
Naib Presiden Abeid Karume (pertama)
Rashidi Kawawa (kedua)
Presiden Tanganyika
Dalam jawatan
9 December 1962 – 26 April 1964
Perdana Menteri Rashidi Kawawa
Perdana Menteri Tanganyika
Dalam jawatan
1 Mei 1961 – 22 Januari 1962
Raja Ratu Elizabeth II
Didahului oleh Beliau sendiri (sebagai Ketua Menteri)
Digantikan oleh Rashidi Kawawa
Ketua Menteri Tanganyika
Dalam jawatan
2 September 1960 – 1 May 1961
Raja Ratu Elizabeth II
Gabenor Richard Turnbull
Didahului oleh Jawatan didirikan
Digantikan oleh Beliau sendiri (sebagai Perdana Menteri)
Butiran peribadi
Lahir Kambarage Nyerere
(1922-04-13)13 April 1922
Butiama, Tanganyika
Meninggal dunia 14 Oktober 1999(1999-10-14) (umur 77)[1]
London, United Kingdom
Tempat persemadian Butiama, Tanzania
Kerakyatan Tanzania
Parti politik Chama cha Mapinduzi (1977–1999)
TANU (1954–1977)
Pasangan Maria Nyerere (k. 1953–1999)[2]
Anak-anak
Kediaman Butiama
Alma mater Universiti Makerere(DipEd)
Universiti Edinburgh (MA)
Profesion Guru
Anugerah Hadian Keamanan Lenin
Hadiah Keamanan Gandhi
Pingat Joliot-Curie

Julius Kambarage Nyerere ([kam-ba-ra-gĕ nyé-ré-ré]; 13 April 1922 – 14 Oktober 1999) merupakan seorang aktivis, ahli politik serta pakar teori politik yang memerintah Tanganyika sebagai Perdana Menteri negara tersebut dari 1961 hingga 1963 dan Presiden dari 1963 hingga 1964. Beliau terus memerintah negara gabungan dengan Zanzibar sebagai Tanzania dari tahun 1964 sehingga tahun 1985.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Julius Nyerere menempuh pendidikan di Sekolah Rendah Pemerintah di Musoma pada usia 12 tahun dan melanjutkan ke Sekolah Menengah Tabora (khusus untuk pelajar lelaki).[3][3] Setelah itu, beliau mengambil pengajian di Universiti Makerere (satu-satunya universiti yang ada di Afrika Timur).[3] Di sana beliau memperoleh ijazah mengajar.[3] Setelah lulus, beliau kembali ke Tanzania dan mengajar selama tiga tahun di Sekolah Menengah St. Mary.[3] Pada tahun 1949, beliau mendapat biasiswa untuk meneruskan pengajian di Universiti Edinburgh (beliau merupakan orang Tanzania pertama yang mengambil pengajian di United Kingdom).[3][4]

Penglibatannya dalam politik[sunting | sunting sumber]

Nyerere dilantik sebagai presiden Tanganyika African Association (TAA) tiga bulan selepas kembali ke Tanganyika,[5] atas kepetahannya bercakap serta berada dalam puak yang tidak menimbulkan rasa tidak senang hati dalam kemlompok etnik Tanganyika yang pelbagai.[6] TAA mula mendatangkan kesan yang besar dalam politik setempat sejak itu dengan hasrat memerdekakan Tanganyika daripada kuasa British.[6]

Pada 7 Julai 1954, TAA berubah menjadi Tanganyika African National Union (TANU). Pengaruh parti baru ini mula berkembang serata Tanganyika sehingga meningkatnya keanggotaan dalam parti dari 100,000 orang pada 1955 menjadi 500,000 ahli setelah tahun 1957.[7][8]

Pengaruh ideologi[sunting | sunting sumber]

Ketika berkempen menenetang penjajahan, Nyerere menyatakan beliau mendapat ilham daripada prinsip di sebalik revolusi-revolusi yang berlaku di Amerika Syarikat dan Perancis,[9] serta juga pergerakan kemerdekaan India pimpinan Mohandas Gandhi[10] di mana beliau beranggapan suatu cara protes yang tidak melibatkan tindakan ganas itu berkesan dalam mencapai matalmat kemerdekaan tersebut.[11] Beliau turut memberikan sokongan dana, diplomatik serta kata semangat untuk para pejuang anti-penjajahan di selatan benua Afrika.[12]

Nyerere tidak mempunyai rasa benci menyeluruh terhadap orang Eropah dengan tanggapan bukan semua daripada mereka mempunyai rasa benci mereka terhadap orang Afrika.[13] Penglibatannya sendiri yang tidak menyisihkan berbagai-bagai bangsa dalam mengatur jalan kemerdekaan Tanganyika dilihat sangat berbeza daripada yang didokong rakan seperjuangannya di negara tersebut.[14]

Sebagai presiden[sunting | sunting sumber]

Mengetuai Tanganyika[sunting | sunting sumber]

Tanganyika menjadi sebuah republik setahun selepas merdeka pada 9 Disember 1962,[15] dan Nyerere berpindah ke State House di Dar Es Salaam yang menjadi tempat kediaman presiden.[16] Beliau tidak menyukai keadaan tempat kerjanya yang diumpamakan sendiri seperti suatu "penjara"[17] lalu hanya berada di situ selama 3 tahun sehingga 1966.[17] Julius melantik Rashidi Kawawa sebagai timbalannya.[18]

Penggabungan bersama Zanzibar[sunting | sunting sumber]

Berikutan Revolusi Zanzibar yang menjatuhkan Kesultanan Zanzibar, Abeid Karume dijadikan Presiden di mana beliau mula merampas tanah milik orang Arab untuk diagihkan semula kepada para petani berbangsa Afrika.[19] Ratusan orang Arab dan Indian serta masyarakat warga British berhijrah keluar dari pulau tersebut.[19] Sementara itu, Julius sendiri terkejut dengan perkembangan yang berlaku di pulau yang berjiranan itu namun beliau cepat menerima keadaan demikian. Pemerintahan beliau mengiktiraf negara tersebut sambil itu membenarkan Sultan Jamshid bin Abdullah singgah di Tanganyika sebelum berangkat dalam buangannya ke London.[20] Beliau menghantarkan sebanyak 300 anggota polis ke pulau tersebut demi meredakan keadaan di sana.[21]

Kuasa-Kuasa Barat teragak-agak mahu iktiraf pemerintahan Karume[22] sehingga mendatangkan kemarahan kepada Nyerere atas kegagalan mereka memahami situasi di Zanzibar.[23] Nyerere berjumpa dengan Karume di Zanzibar pada bulan April,[24] di mana mereka bersama setuju Tanganyika dan Zanzibar bergabung sebagai sebuah negara yang baru.[24]

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Oktober 1999, Nyerere dihantar ke unit penjagaan rapi Hospital St. Thomas di London akibat serangan angin ahmar. Beliau meninggal dunia pada usia 77 tahun tanggal 14 Oktober 1999, jam 10:30 pagi di samping keluarga terdekatnya. Presiden Benjamin Mkapa, mengumumkan kematian beliau di televisyen serta suatu tempoh berkabung selama 30 hari.[25]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Julius Nyerere". Encyclopaedia Britannica. 
  2. ^ "Obituary: Julius Nyerere". The Daily Telegraph. London. 15 Oktober 1999. Dicapai 15 Oktober 2013. 
  3. ^ a b c d e f Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan jn tidak disediakan
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan br tidak disediakan
  5. ^ Smith 1973, m/s. 51.
  6. ^ a b Smith 1973, m/s. 54.
  7. ^ Pratt 1976, m/s. 22.
  8. ^ Smith 1973, m/s. 65.
  9. ^ Molony 2014, m/s. 154.
  10. ^ Molony 2014, m/s. 156.
  11. ^ Smith 1973, m/s. 32.
  12. ^ Mwakikagile 2006, m/s. 20.
  13. ^ Molony 2014, m/s. 202.
  14. ^ Molony 2014, m/s. 203.
  15. ^ Smith 1973, m/s. 75.
  16. ^ Smith 1973, m/s. 23, 88.
  17. ^ a b Smith 1973, m/s. 23.
  18. ^ Smith 1973, m/s. 81.
  19. ^ a b Smith 1973, m/s. 122.
  20. ^ Smith 1973, m/s. 102.
  21. ^ Smith 1973, m/s. 100.
  22. ^ Smith 1973, m/s. 124.
  23. ^ Smith 1973, m/s. 125.
  24. ^ a b Smith 1973, m/s. 126.
  25. ^ Kaufman, Michael T. (15 October 1999). "Julius Nyerere of Tanzania Dies; Preached African Socialism to the World". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai 9 November 2017. 

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Molony, Thomas (2014). Nyerere: The Early Years. Woodbridge, Suffolk: Boydell and Brewer. ISBN 978-1847010902. 
  • Pratt, Cranford (1976). The Critical Phase in Tanzania 1945–1968: Nyerere and the Emergence of a Socialist Strategy. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-20824-6. 
  • Smith, William Edgett (1973). Nyerere of Tanzania. London: Victor Gollanz. ISBN 9780575015104. 
  • Mwakikagile, Godfrey (2006). Life Under Nyerere (edisi second). Dar Es Salaam and Pretoria: New Africa Press. ISBN 978-0980258721. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]