Zanzibar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Zanzibar
Jata Zanzibar
Lagu: Mungu ametubarikia (Swahili)
God has blessed us[1]
Lokasi dalam Tanzania
Pulau-pulau utama, Unguja dan Pemba
Ibu negara Kota Zanzibar
Bahasa rasmi Arab
Kumpulan etnik
Demonim Zanzibari
Kerajaan Persekutuan
 -  Presiden Ali Mohamed Shein
 -  Timbalan Presiden Pertama Seif Sharif Hamad
 -  Timbalan Presiden Kedua Seif Ali Iddi
Perundangan Dewan Perwakilan
Kemerdekaan daripada United Kingdom
 -  Raja Berpelembagaan 10 Disember 1963 
 -  Revolusi 12 Januari 1964 
 -  Pergabungan 26 April 1964 
Kawasan
 -  Jumlah[2] 2,461 km2 
950 sq mi 
Populasi
 -  2012 (anggaran) 1,303,569[3]
 -  Kepadatan 529.7/km2
1,371.9/sq mi
KDNK (nominal) 2012 anggaran
 -  Jumlah $860 juta[4]
 -  Per kapita $656
Mata wang Shilling Tanzania (TZS)
Zon waktu EAT (UTC+3)
 -  Musim panas (DST) Tidak diperhatikan (UTC+3)
Memandu pada kiri
Kod panggilan +255
Internet TLD .tz

Zanzibar (/ˈzænzɨbɑr/; Bahasa Arab: زنجبار‎ Zanjibār), adalah sebuah wilayah separa autonomi di Tanzania, Afrika Timur. Ia membentuk Kepulauan Zanzibar di Lautan India, kira-kira 25–50 kilometer (16–31 bt) di luar pantai tanah besar, dan terdiri daripada banyak pulau-pulau kecil dan dua buah pulau besar: Unguja (pulau utama, secara tidak rasmi dirujuk sebagai Zanzibar) dan Pemba. Ibu negaranya adalah Kota Zanzibar, yang mana terletak di pulau Unguja. Pusat sejarahnya adalah Stone Town, yang juga merupakan Tapak Warisan Dunia.

Industri utama di Zanzibar adalah rempah ratus, raffia, dan pelancongan.[5] Secara khususnya, kepulauan ini menghasilkan bunga cengkih, buah pala, kayu manis, dan lada hitam. Oleh sebab ini, pulau ini bersama-sama dengan Pulau Mafia, kadang kala dikenali sebagai Pulau Rempah (sebuah istilah yang berkaitan dengan Kepulauan Maluku di Indonesia). Zanzibar merupakan rumah pada monyet colobus merah Zanzibar, Zanzibar servaline genet, dan (kemungkinan pupus) harimau bintang Zanzibar.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan Zanzibar berasal daripada bahasa Arab Zanjibār ( زنجبار), yang mana berpunca daripada Parsi Zang-bār ( زنگبار), yang mana terdiri daripada Zang ( زنگ, "Hitam") + bār ( بار, "pantai").[6][7][8]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum 1498[sunting | sunting sumber]

Kesultanan Zanzibar[sunting | sunting sumber]

Negeri naungan British[sunting | sunting sumber]

Perlindungan British tamat, berkerajaan sendiri dan penggabungan dengan Tanganyika[sunting | sunting sumber]

Presiden Abeid Karume

Pada 10 Disember 1963,[9] Perlindungan yang diberikan kepada Zanzibar sejak tahun 1890 telah ditamatkan oleh United Kingdom. United Kingdom tidak memberi kemerdekaan kepada Zanzibar, oleh kerana UK tidak pernah memiliki kedaulatan ke atas Zanzibar. Oleh itu, berdasarkan Akta Zanzibar 1963 di United Kingdom, UK menamatkan perlindungan dan membuat cadangan bagi pemerintahan sendiri sepenuhnya di Zanzibar sebagai sebuah negara merdeka di dalam Komonwel. Selepas Perlindungan dihapuskan, Zanzibar menjadi sebuah negara Raja Beperlembagaan di bawah Sultan.[10] Walaubagaimanapun, sebulan kemudian, pada 12 Januari 1964 Sultan Jamshid bin Abdullah telah digulingkan semasa Revolusi Zanzibar.[11] Sultan melarikan diri keluar negara, dan sistem Kesultanan digantikan dengan Republik Rakyat Zanzibar dan Pemba. Pada bulan April 1964, republik ini bergabung dengan tanah besar Tanganyika. Republik Bersatu Tanganyika dan Zanzibar kemudian ditubuhkan, dengan menggabungkan dua nama negara ini, menghasilkan Republik Bersatu Tanzania, di mana Zanzibar kekal menjadi wilayah separa-autonomi.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Latar di sebuah jalan di Stone Town.
Penjual buah di sebuah pasar.

Bancian Tahun 2002 merupakan bancian terkini yang dilaporkan. Jumlah penduduk di Zanzibar adalah 984,625 orang[12] – dengan kadar pertumbuhan tahunan pada kadar 3.1 peratus.[13] Jumlah penduduk di Zanzibar City, yang mana merupakan kota terbesar adalah 205,870 orang.[13]

Sekitar 2/3 penduduk atau 622,459 orang tinggal di Unguja (Pulau Zanzibar), dengan kebanyakkannya mendiami kawasan di sebelah barat. Selain Zanzibar City, bandar-baandar lain di Unguja termasuk Chaani, Mbweni, Mangapwani, Chwaka, dan Nungwi. Luar daripada bandar-bandar ini, kebanyakan penduduk tinggal di kampung-kampung kecil dengan bercucuk tanam dan menangkap ikan.[13]

Jumlah penduduk di Pulau Pemba adalah 362,166 orang.[14] Bandar terbesar di sini adalah Chake-Chake, dengan jumlah penduduk seramai 19,283 orang. Bandar-bandar kecil adalah Wete dan Mkoani.[13]

Pulau Mafia, pulau utama lain di Kepulauan Zanzibar tetapi ditaddbir oleh tanah besar Tanzania (Tanganyka), mempunyai penduduk seramai 40,801 orang.[15]

Asal etnik dan bahasa[sunting | sunting sumber]

Rakyat Zanzibar datang dari pelbagai etnik.[16] Penduduk tetap pertama di Zanzibar berkemungkinan adalah leluhur daripada Bantu Hadimu dan Tumbatu, yang mula tiba daripada tanak besar Tasik Besar Afrika sekitar tahun 1000AD. Mereka tergolong dalam pelbagai etnik dari tanah besar dan di Zanzibar, mendiami kampung-kampung kecil, dan tidak membentuk kelompok politik yang lebih besar.

Pada hari ini, Zanzibar ramai didiami oleh etnik Swahili and Bantu.[13] Terdapat juga sejumlah penduduk berketurunan Arab selain India.[17]

Penduduk Zanzibar bertutur dalam bahasa Swahili (Kiswahili) dan Bantu yang mana digunakan dengan meluas di kawasan Tasik Besar Afrika. Selain bahasa Inggeris, Swahili merupakan salah satu daripada dua bahasa rasmi di Tanzania. Ramai penduduk tempatan juga bertuutur dalam bahasa Perancis dan Itali.[18]

Agama[sunting | sunting sumber]

Zanzibar Religions (2010 est.)[19]
Islam
  
98.9%
Kristian
  
0.6%
Asli
  
0.5%
Rencana utama: Islam di Zanzibar

Berdasarkan Buku Fakta Dunia CIA, hampir keseluruhan penduduk Zanzibar beragama Islam.[19] dengan minoriti masyarakat Kristian dan asli.

Masjid dan gereja terletak berdekatan antara satu sama lain di Stone City, Zanzibar.

Minoriti Katolik diselia oleh Katolik Rom Kawasan Uskup Zanzibar

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Politik[sunting | sunting sumber]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Cuaca[sunting | sunting sumber]

Haba pada Musim Panas (pada masa sama adalah Musim Sejuk di Hemisfera Utara) sering kali disejukkan oleh udara nyaman dari laut yang berkait dengan monsoon timur laut (dikenali sebagai Kaskazi dalam bahasa Kiswahili), terutamanya di pantai-pantai utara dan timur. Oleh kerana hampir dengan equator, pulau ini mengalami cuaca panas sepanjang tahun. Hujan turun pada bulan November tetapi hanya sekejap-sekejap. Hujan yang lebuh lama biasanya berlaku pada bulan Mac, April, dan Mei semasa monsoon barat daya (dikenali sebagai Kusi dalam bahasa Kiswahili).[20]

Data iklim untuk Zanzibar
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata tinggi °C (°F) 32.2
(90)
32.8
(91)
32.8
(91)
30
(86)
28.9
(84)
28.3
(83)
27.8
(82)
28.3
(83)
28.9
(84)
30
(86)
31.7
(89)
31.7
(89)
30.28
(86.5)
Purata rendah °C (°F) 24.4
(76)
24.4
(76)
25
(77)
25
(77)
23.9
(75)
23.3
(74)
22.2
(72)
22.2
(72)
22.2
(72)
22.8
(73)
23.9
(75)
24.4
(76)
23.66
(74.6)
Kerpasan mm (inci) 58
(2.3)
66
(2.6)
147
(5.8)
320
(12.6)
290
(11.4)
53
(2.1)
28
(1.1)
30
(1.2)
41
(1.6)
66
(2.6)
170
(6.7)
140
(5.5)
1,410
(55.5)
Sumber: Weatherbase[21]

Hidupan liar[sunting | sunting sumber]

Unguja[sunting | sunting sumber]

Pemba[sunting | sunting sumber]

Pulau Pemba Island dipisajkan oleh Pulau Unguja dan benua Afrika oleh sebuah selat dalam dan memiliki sekumpulan fauna yang terhad, di sebabkan pengasingannya daripada tanah besar.[22][23] Pulau ini merupakan tempat asal bagi keluang Pemba.

Panorama Stone Town diambil daripada Lautan India. Terlihat dalam gambar ini adalah Istana Sultan, House of Wonders, Taman Forodhani, dan Katedral St. Joseph
Panorama Stone Town diambil daripada Lautan India. Terlihat dalam gambar ini adalah Istana Sultan, House of Wonders, Taman Forodhani, dan Katedral St. Joseph

Standard hidup dan kesihatan[sunting | sunting sumber]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Tenaga[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Jalan raya[sunting | sunting sumber]

Zanzibar mempunyai 1,600 kilometer jalan raya, di mana 85% daripadanya adalah berturap dan separuh berturap.[petikan diperlukan] Selebihnya merupakan jalan tanah merah, yang mana dibaiki setiap tahun untuk menjadikan ia boleh dilalui sepanjang tahun.[petikan diperlukan]. Bagi memastikan jaringan jalan raya ini boleh digunakan dan diselenggara pada sepanjang tahun, Zanzibar menubuhkan Lembaga Tabung Jalan Raya, yang mana terletak di Maisala bagi tujuan mengutip dana dan menyerahkan kepada Kementerian Komunikasi.

Pengangkutan awam[sunting | sunting sumber]

Tiada sistem pengangkutan awam yang dimiliki oleh kerajaan di Zanzibar. Sistem persendirian, Daladala, mengikut nama rasminya di Zanzibar, merupakan satu-satunya sistem pengangkutan awam. Istilah Daladala berasal daripada perkataan Kiswahili, DALA atau lima shilling semasa tahun 1970-an dan 1980-an apabila pengangkutan awam berkos lima shilling.

Pelabuhan[sunting | sunting sumber]

Pelabuhan Zanzibar

Terdapat lima pelabuhan di pulau-pulau Unguja dan Pemba, kesemuanya dioperasikan dan dibangunkan oleh Perbadanan Pelabuhan Zanzibar.

Pelabuhan utama di Malindi, yang mengendalikan 90% perdagangan Zanzibar telah dibina pada tahun 1925. Pelabuhan ini dipulihkan antara tahun 1989 dan 1992 dengan bantuan kewangan daripada Kesatuan Eropah. Kontraktor daripada Itali, Salini Impregilo S.p.A., sepatutnya membina dermaga yang boleh bertahan selama 60 tahun; bagaimanapun, dermaga ini hanya dapat digunakan selama 11 tahun sebelum berderai dan rosak di sebabkan syarikat ini telah melencong daripada spesifikasi asal.[24] Setelah pertikaian undang-undang yang panjang, pada tahun 2005 syarikat Itali ini telah diperintahkan oleh Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa membayar kepada Zanzibar AS$11.6 juta.[25] Pelabuhan ini sekali lagi dipulihkan antara tahun 2004 hingga 2009 dengan Euro 31 juta geran daripada Kesatuan Eropah. Kontrak telah dianugerahkan kepada M/S E. Phil and Sons daripada Denmark. Pengarah dalam syarikat ini telah mencadangkan pemulihan ini akan bertahan sekurang-kurangnya 50 tahun. Tetapi, pelabuhan ini sekali lagi menghadapi masalah termasuk tenggelam.[24]

Kemalangan feri[sunting | sunting sumber]

Malapetaka maritim terburuk dalam sejarah Tanzania[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Feri karam di Zanzibar

MV Spice Islander I telah karam pada 10 September 2011 selepas berlepas daripada pulau Unguja ke Pulau Pemba. Dalam sebuah laporan ke Dewan Perwakilan Zanzibar pada 14 Oktober 2011, Timbalan Presiden Kedua Zanzibar, Duta Seif Ali Iddi, mengatakan bahawa 2,764 orang hilang, 203 mayat berjaya ditemui, dan 619 penumpang berjaya diselamatkan. Ia merupakan malapetaka terburuk dalam sejarah Tanzania.[26] Satu suruhanjaya presiden, tiga bulan selepas itu bagaimanapun melaporkan hanya 1,370 orang hilang, 203 mayat ditemui, dan 941 penumpang berjaya diselamatkan. Lebih muatan dipercayai menyebabkan feri ini karam.[27]

Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Zanzibar

Lapangan terbang[sunting | sunting sumber]

Lapangan terbang utama Zanzibar, Lapangan Terbang Antarabangsa Zanzibar, boleh mengendalikan pesawat penumpang besar sejak tahun 2011, yang mana melihat peningkatan jumlah penumpang dan kargo yang masuk dan keluar. Sejak penambahan jumlah kapasiti pada akhir tahun 2013, ia boleh mengendalikan sehingga 1.5 juta penumpang setahun.[28] Pulau ini boleh dicapai dengan menggunakan penerbangan yang diusahakan oleh Auric Air,[29] Kenya Airways,[30] Qatar Airways, FlyDubai dan Coastal Aviation[31]

Budaya[sunting | sunting sumber]

Pandangan menara jam di House of Wonders melalui pintu bergaya Islam di Stone City, Zanzibar.
Festival Filem Antarabangsa Zanzibar, 2013

Acara paling terkenal di Zanzibar adalah Festival Filem Antarabangsa Zanzibar, yang juga dikenali sebagai Festival bagi negara-negara Dhow.. Pada setiap bulan Julai, acara ini memaparkan sedutan seni Pantai Swahili terbaik, termasuk muzik kegemaran Zanzibar, Taarab.[32]

Ciri-ciri senibina penting di Stone Town adalah rumah Livingstone, Dispensari Lama Zanzibar, Jambatan Guliani, Ngome kongwe (Kubu Lama Zanzibar) dan House of Wonders.[33] Bandar Kidichi memaparkan Mandian Parsi Hamamni, yang dibina oleh imigran daripada Shiraz, Iran semasa pemerintahan Barghash bin Said.

Zanzibar juga merupakan satu-satunya tempat di negara Afrika Timur yang mempunyai rumah penempatan terlama yang dikenali sebagai flat Michenzani yang dibina dengan bantuan Jerman Timur semasa tahun 1970-an untuk menyelesaikan masalah perumahan di Zanzibar.[petikan diperlukan]

Media dan komunikasi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sukan[sunting | sunting sumber]

Pandangan udara Stadium Amaan di Zanzibar.

Bolasepak merupakan sukan paling popular di Zanzibar, dengan seliaan oleh Persatuan Bolasepak Zanzibar.[34] Zanzibar merupakan anggota bersekutu dalam Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF), tetapi tidak di bawah FIFA. Ini bermakna pasukan bolasepak kebangsaan Zanzibar tidak layak untuk bertanding dalam persaingan peringkat negara CAF, seperti Piala Negara Afrika, tetapi kelab-kelab bolasepak Zanzibar bermain dalam pertandingan di peringkat Piala Konfederasi CAF dan Liga Juara CAF.

Pasukan kebangsaan terlibat dalam kejohanan bolasepak bukan FIFA seperti Piala Wild FIFI, dan Piala ELF. Di sebabkan Zanzibar bukan anggota FIFA, pasukan mereka tidak layak bertanding dalam Piala Dunia FIFA.

Persatuan Bolasepak Zanzibar juga menganjurkan Liga Perdana untuk kelab-kelab teratas, yang mana diwujudkan pada tahun 1981.

Sejak tahun 1992, terdapat juga sukan Judo di Zanzibar. Pengasasnya, Mr. Tsuyoshi Shimaoka telah mewujudkan sebuah pasukan kuat yang terlibat dalam pertandingan di peringkat negara dan antarabangsa. Pada tahun 1999, Persatuan Judo Zanzibar (Z.J.A.) telah didaftarkan dan menjadi anggota aktif dalam Jawatankuasa Olimpik Tanzania[petikan diperlukan] dan Persekutuan Judo Antarabangsa.

Pada bulan Mac 2013, Zanzibar Shotokan Karate (ZASHOKA) telah menyertai Persekutuan Karate Shotokan Antarabangsa (ISKF).

Orang terkenal[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kendall, David (2014). "Zanzibar". nationalanthems.info. Dicapai pada 29 Jan 2015. 
  2. "Zanzibar profile". BBC News. 24 May 2013. Dicapai pada 2014-07-03.  Check date values in: |date= (bantuan)
  3. MWACHANG`A, DEVOTA (23 May 2014). "Kikwete to grace launch of 2012 statistics report". IPP Media. Dicapai pada 2014-07-03.  Check date values in: |date= (bantuan)
  4. "Gross Domestic Product (GDP) in Zanzibar". ushnirs.org. Dicapai pada 2014-07-03. 
  5. "Exotic Zanzibar and its seafood". Exotic Zanzibar and its seafood. Dicapai pada 11 June 2011.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  6. Douglas Harper. "zanzibar". Online Etymology Dictionary. 
  7. Richard F. Burton (2010). The Lake Regions of Central Africa. New York: Cosimo, Inc. p. 38. ISBN 978-1-61640-179-5. 
  8. Mehrdad Shokoohy (2013). Muslim Architecture of South India: The Sultanate of Ma'bar and the Traditions of Maritime Settlers on the Malabar and Coromandel Coasts (Tamil Nadu, Kerala and Goa). New York: Routledge. p. 137. ISBN 978-1-136-49977-7. 
  9. Zanzibar Act 1963 of the United Kingdom - Note that the title of this Act was not the Zanzibar Independence Act because the UK was not conferring independence as it did not have sovereignty; it was ending the Protectorate over that territory and providing for its fully responsible government
  10. United States Department of State 1975, halaman 986
  11. Ayany 1970, halaman 122
  12. "2002 Population and Housing General Report: South Unguja". Diarkibkan daripada original pada 18 March 2004.  Check date values in: |archive-date= (bantuan)
  13. 13.0 13.1 13.2 13.3 13.4 "People and Culture – Zanzibar Travel Guide". Zanzibar-travel-guide.com. Dicapai pada 27 August 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  14. "2002 Population and Housing Census General Report: Pemba". Diarkibkan daripada original pada 10 June 2007.  Check date values in: |archive-date= (bantuan)
  15. "2002 Population and Housing Census General Report: Mafia". Diarkibkan daripada original pada 10 June 2007.  Check date values in: |archive-date= (bantuan)
  16. "?". 
  17. Tanzania (08/09). U.S. Department of State.
  18. Chris McIntyre and Susan McIntyre, "Zanzibar, Pemba, and Mafia", Bradt Travel Guide, 2009, p. 36.
  19. 19.0 19.1 The World Factbook: Tanzania, United States Central Intelligence Agency, last updated 22 October 2012
  20. "Climate and Soils". Zanzinet Forum. Diarkibkan daripada original pada 2014-10-06. 
  21. "Weatherbase: Historical Weather for Zanzibar, Tanzania". Weatherbase. 2011. Dicapai pada 24 November 2011. 
  22. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Pakenham1984 tidak disediakan
  23. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Walsh2007 tidak disediakan
  24. 24.0 24.1 Yusof, Issa (17 October 2012). "Malindi Port Gradually Sinking". Daily News. Diarkibkan daripada original pada 2013-05-03.  Check date values in: |date= (bantuan)
  25. Staff (29 November 2008). "Zanzibar (Malindi) Nears Completion", World Cargo News. Retrieved 14 September 2013.
  26. Sadallah, Mwinyi (16 October 2011). "Confirmed: 2,900 People Died in Zanzibar's Ferry Tragedy" Diarkibkan 12 Januari 2016 di Wayback Machine. IPP Media. Retrieved 14 September 2013.
  27. Sadallah, Mwinyi (21 January 2012). "Nine Charged over MV Spice Islander Sinking", IPP Media. Retrieved 14 September 2013.
  28. "Zanzibar forms Airports Authority, modernises aviation infrastructure". Business Times (Tanzania). Dicapai pada 17 January 2013.  Check date values in: |access-date= (bantuan); Pautan luar dalam |publisher= (bantuan)
  29. "Auric Air". Auric Air Services Ltd. March 30, 2012. Dicapai pada March 30, 2012.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  30. Kenya Airways
  31. "Coastal Aviation". Coastal Aviation. 2015. Dicapai pada January 29, 2015.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  32. "?". 
  33. "?". 
  34. "?". Dicapai pada 11 August 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  35. "Fashion Designers: Farouque Abdela". Fashion Week Zanzibar. Dicapai pada 12 May 2015.  Check date values in: |access-date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Commonscat-multi


Koordinat: 6°08′S 39°19′E / 6.133°S 39.317°E / -6.133; 39.317