Jumbo Gajah Biru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jumbo Gajah Biru
ก้านกล้วย 2
Jgb.jpg
PengarahTaweelap Srivuthivong
PengedarMalaysia Astro Entertainment
Negara Thailand

Jumbo Gajah Biru, atau tajuk asalnya Khan Kluay 2 (Bahasa Thai: ก้านกล้วย 2), ialah sebuah filem animasi CGI buatan Thailand yang dikeluarkan ke pawagam oleh Kantana pada 26 Mac 2010 di negara asalnya. Walaupun berupa sambungan, namun inilah filem animasi Thailand pertama yang diperkenalkan di pawagam Malaysia, apatah lagi diselitkan alih suara bahasa Melayu yang dibintangi oleh Akim dan Mila dari Akademi Fantasia.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Setelah berjaya dalam pertempuran gajah terhebat, Jumbo si gagah berani dilantik menjadi gajah diraja bagi Raja Naresuan yang hebat. Jumbo walau bagaimanapun perlu mengambil keputusan yang sukar yang mungkin mengancam nyawa keluarganya. Isterinya yang tercinta Luna; menyimpan rahsianya tersendiri. Luna sedang hamil dan berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya iaitu Kampung Hin How untuk melahirkan bayinya.

Malang tanpa diduga, Kampung Hin How diserang oleh gerombolan musuh Hongsawadee dan menawan semua penduduk kampung termasuk ahli keluarga Jumbo. Kini, Jumbo harus membuat pilihan samada menyelamatkan keluarga tersayang atau berjuang demi negara tercinta yang mungkin bermaksud kehilangan keluarga tersayang untuk selamanya.

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Jumbo, ketua gajah perang yang bergelar "Ketua Penumpas Negara Hongsa" oleh Raja Ayutthaya.
  • Luna, isteri kepada Jumbo.
  • Barron dan Leah, anak kembar Jumbo dan Luna.
  • Chiku, burung pengantar dan sahabat akrab Jumbo.
  • Sonja, anak gajah.
  • Bon Bon, anak gajah.
  • Dui Dui, anak gajah.
  • Sangda, ibu kepada Luna.
  • Raja Naresuan, Raja Ayutthaya.
  • Suphankalaya, kakanda kepada Raja Naresuan, menyerahkan diri untuk menjadi permaisuri Raja Hongsa demi kebebasan adindanya.
  • Raja Hongsa.
  • Agramon, tukang sihir dan Bendahara Hongsa.

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

  • Akim sebagai Jumbo
  • Mila sebagai Luna
  • Mazlan Mahdi sebagai Chiku, Agramon
  • Shamsul Azhar Nazeer sebagai Raja Naresuan
  • Jojie Hussain sebagai Sonja, Suphankalaya
  • Aishah sebagai Bon Bon
  • Shikin sebagai Dui Dui
  • Suzie sebagai Sangda, Kopa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey Isma (9 Feb 2010). "Suara Akim dan Mila dalam Filem Jumbo Gajah Biru". Sensasi Selebriti. Dicapai 11 Feb 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]