Mila Jirin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mila (penyanyi))
Lompat ke: pandu arah, cari
Mila Jirin
AlbumPersis Mutiara.jpg
Kelahiran Norsyarmilla binti Jirin
(1987-12-23) 23 Disember 1987 (umur 29)
Teluk Kumbar, Pulau Pinang Pulau Pinang.  Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon
Tahun aktif 2007 - kini
Pasangan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha@ Isz Mustapha (berkahwin 2015)
Anak Mohd. Arif Zikri
Ibu bapa Zarinah Haron (ibu)
Jirin Borhan (bapa)
Kerjaya muzik
Instrumen Vokal
Kegiatan berkaitan Akim Ahmad
Ahmad Nubhan Ahamad


Norsyarmilla binti Jirin atau lebih dikenali sebagai Mila Jirin (lahir 23 Disember 1987) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima. Beliau berasal dari Pulau Pinang.

Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Air Hitam, Pulau Pinang.

Penglibatan dalam Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Mila atau nama penuhnya Norsyarmilla binti Jirin diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim kelima dan beliau adalah salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju peringkat akhir untuk musim kelima bersama Syawal, Aswad, Heliza, dan Candy. Pada 19 Mei 2007, beliau telah dinobatkan selaku juara Akademi Fantasia Musim 5 sekaligus memecah tradisi juara AF yang sering didominasi penuh oleh kaum lelaki iaitu Vince, Zahid, Mawi, dan Faizal juga menjadi pelajar wanita pertama menjadi juara AF. Beliau menjadi wakil utama Pulau Pinang yang berjaya melangkah ke konsert akhir disebabkan tiada seorang pelajar dari Pulau Pinang yang pernah berjaya melangkah ke konsert Akhir untuk musim-musim Akademi Fantasia yang lalu lagi. Wakil itu diikuti oleh Aswad.

Dia turut mengusahakan produk kecantikan, LuvMILA yang diselenggara LuvMILA Corporation Sdn Bhd (www.luvmila.com.my)


Lagu-lagu di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya :

Konsert Tugasan Lagu Penyanyi Asal Kedudukan
Minggu 1 Bersamamu Siti Sarah Raisuddin 13
Minggu 2 Gotta Tell You Samantha Mumba 13
Minggu 3 Melukut Di Tepi Gantang Aishah Terselamat
Minggu 4 Benci Tapi Rindu Diana Nasution 10
Minggu 5 Puncak Kasih Ziana Zain 6
Minggu 6 Drama Ning Baizura, Nikki & Yanie 3
Minggu 7 Dondang Dendang Noraniza Idris 2
Minggu 8 Aku Takkan Bersuara Nike Ardilla 2
Minggu 9 Pudar

My Heart (duet bersama Ebi)

Rossa

Irwansyah & Acha Septriasa

1
Minggu Akhir Cinta Pura-pura

Persis Mutiara

Ezlynn

Mila Jirin

Juara

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

1. Best of Mila (2007)

  • "Bersamamu"
  • "Gotta Tell You"
  • "Melukut Di Tepi Gantang"
  • "Benci Tapi Rindu"
  • "Puncak Kasih"
  • "Drama"
  • "Dondang Dendang"
  • "Aku Tak Akan Bersuara"
  • "Pudar"
  • "My Heart" (duet dengan Ebi AF5)
  • "Persis Mutiara" (lagu baru Mila)
  • "Cinta Pura-pura"



2. Persis Mutiara (2007)

  • "Ilham Dimatamu"
  • "Mila Bila Cinta"
  • "Pergimu"
  • "Aku Lebih Tahu"
  • "Gila"
  • "Sekejam"
  • Demi Cinta Selamanya"
  • "Persis Mutiara"



3. Mila Jirin (2011)

  • "Bebas"
  • "Malu Malu"
  • "Luahan Hati"
  • "Kata Hati"
  • "Kasih Yang Terdampar"
  • "Aku Lebih Tahu" (Remix)
  • "La Ober"
  • "Siapa Tak Perlu Cinta"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

High School Musical[sunting | sunting sumber]

Mila membekal suara watak Gabriella untuk versi bahasa Melayu High School Musical dan High School Musical 2

Pencapaian Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Juara Akademi Fantasia Musim Ke 5
  • Anugerah ERA 2007
    • Kategori Artis Harapan Pilihan : Pemenang
    • Kategori Lagu Pop Pilihan ~ Persis Mutiara : Pemenang
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007
    • Kategori Artis Baru Wanita Popular : Pemenang
    • Kategori Penyanyi Wanita Popular : Tersenarai 5 teratas
  • Nominasi Anugerah Planet Muzik 2008 :
    • Kategori Artis Baru Terbaik (Wanita) : Tersenarai 5 teratas
    • Artis Wanita Paling Popular : Tersenarai 12 teratas
  • Festival Muzik Pop Peringkat Antarabangsa XVII 2008 di Bulgaria :
    • Kategori Lagu Terbaik – Ilham dimatamu oleh Mila, komposer oleh Ajai dan Loloq : Juara
    • Kategori Anugerah Istimiewa oleh Komuniti Penganjur : "Most Talented Young Artist"
    • Kategori Miss Tourism Bulgaria Award Mila - Malaysiav
    • Untuk keterangan lanjut, layari laman berikut : http://discoveryfest.com/pages_2008/win_eng.php

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]