Sivalingam a/l Arumugam Karuppiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari K. Sivalingam)
Jump to navigation Jump to search
Yang Berbahagia Dato'
K. Sivalingam
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Ijok
Dalam jawatan
25 April 1995 – 4 April 2007
Didahului olehPerlembagaan diwujudkan
Digantikan olehK. Parthiban - BN
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Seri Cahaya
Dalam jawatan
21 Oktober 1990 – 25 April 1995
Didahului olehM. Mahalingam - BN
Digantikan olehPerlembagaan digugurkan
Butiran peribadi
LahirJan 1948
Selangor, Malaysia
Meninggal dunia4 April 2007 (umur 59)
Chennai, India
Parti politikKongres India Malaysia (MIC)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (BN)
PekerjaanAhli politik, wartawan

Datuk Sivalingam a/l Arumugam Karuppiah (1948 - 4 April 2007) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan India yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Ijok.

Beliau merupakan ahli Kongres India Malaysia (MIC), satu komponen parti daripada parti pemerintah perikatan Barisan Nasional (BN), dan merupakan timbalan pengerusi MIC negeri Selangor.[1]

Sebelum memasuki politik, Sivalingam telah terlibat dalam bidang kewartawanan. Beliau telah memasuki MIC dalam tahun 1968 pada umur 20, dan dalam tahun 1986 beliau telah dipilih sebagai senator Dewan Undangan Negeri Selangor.[2] Sivalingam telah bertanding di Dewan Undangan Negeri Seri Cahaya pada Pilihanraya Umum Malaysia 1990 sebagai calon baru dan telah menang. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1995, beliau telah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Ijok dan telah menang dengan selesa, menewaskan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP). Dalam tahun 1997, beliau telah dilantik menjadi ahli majlis eksekutif negeri Selangor, satu kedudukan yang beliau pegang sehingga kematiannya.[2] Beliau berjaya mengekalkan kerusi Ijok dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999 dan Pilihanraya Umum Malaysia 2004.[2]

Pada 4 April 2007, ketika perjalanan ke India selatan dengan anak perempuan dan menantunya, Sivalingam telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di Chennai, India, semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai dari Kuala Lumpur.[3] Kematian beliau menyebabkan berlakunya Pilihan raya kecil Ijok 2007 bagi mengambil alih tempatnya di kawasan beliau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Selangor MIC deputy chief Sivalingam dies at 61". thestar.com.my. 2007-04-05. Dicapai 2007-04-05.  Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ a b c "Selangor exco K Sivalingam dies (subscription required)". malaysiakini.com. 2007-04-04. Dicapai 2007-04-05.  Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ Vijian, P. (2007-04-05). "Selangor Exco Member Sivalingam Dies Of Heart Attack In Chennai". bernama.com.my. Dicapai 2007-04-05.  Check date values in: |date= (bantuan)