Parti Tindakan Demokratik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"DAP" dilencongkan di sini.
Parti Tindakan Demokratik
Democratic Action Party
民主行动党
DAP
Penasihat de facto Lim Kit Siang
Pemangku Pengerusi Tan Kok Wai
Naib Pengerusi M. Kulasegaran
Chow Kon Yeow
Ariffin S.M Omar
Chong Chieng Jen
Teresa Kok
Setiausaha Agung Lim Guan Eng
Timbalan Setiausaha Agung Chong Eng
Ngeh Koo Ham
P. Ramasamy
Diasaskan 18 Mac 1966; 52 tahun yang lalu (1966-03-18)
Ibu pejabat No 24, Jalan 20/9
Paramount Garden, 46300
Petaling Jaya
Selangor
Ideologi Liberal sosial
Keadilan sosial
Demokrasi sosial
Progresivisme
Kedudukan politik Berhaluan tengah
Penggabungan nasional Barisan Alternatif (1999–2008)
Pakatan Rakyat (2008–2015)
Pakatan Harapan (2015-kini)
Penggabungan antarabangsa Sosialis Antarabangsa (SI)
Warna rasmi Putih, merah, biru
Parlimen:
36 / 222
DUN:
94 / 576
Bendera parti
Democratic Action Party Flag.svg
Tapak web
Portal rasmi DAP (bahasa Melayu)
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Parti Tindakan Demokratik (Bahasa Inggeris: Democratic Action Party (DAP); Bahasa Tamil: ஜனநாயக செயல் கட்சி; Bahasa Cina: 民主行动党) ialah sebuah parti politik Malaysia yang berbentuk pelbagai kaum, sekular dan sosialisme demokratik. Ia ditubuhkan pada 18 Mac 1966.[1] Kubu-kubu kuat parti DAP dari segi sokongan rakyat ialah Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

DAP terkenal dengan konsep "Malaysian Malaysia" (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia). Parti ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen.[2] Bentuk sosialisme yang menjadi pilihan DAP ini adalah sosialisme sederhana yang bersifat anti-komunis dan anti-kapitalis, dan berdasarkan atitud tidak memihak kepada mana-mana pengaruh kuasa besar dunia sama ada blok Barat ataupun blok Timur.[3]

DAP merupakan salah satu daripada tiga parti pembangkang utama di Malaysia selain parti PKR dan PAS dan ketiga-tiga parti ini mewakili Pakatan Rakyat. Kesepakatan DAP dalam Pakatan Rakyat memberikan rakyat Malaysia satu alternatif politik yang mantap dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Akhbar Internet parti ini (dalam Bahasa Malaysia) ialah Roketkini.[4]

Sejarah

Parti DAP merupakan serpihan kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang merupakan parti politik Singapura. Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew yang merupakan pengasas PAP tidak bersetuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura dan telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September pada tahun yang sama.

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba dihidupkan dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966, Surat dari Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.

Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia. Pada Ogos 1966, lidah rasmi parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kalinya.

Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Sosialis Antarabangsa (SI) di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland.

Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil di Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen Man Hin selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.[5]

Tabung Amanah Sosialis Demokratik

Devan Nair mengumumkan penubuhan Tabung Amanah Sosialis Demokratik pada 19 April 1966 dengan tujuan menyokong kewangan parti dalam pilihan raya dan memenuhi harapan dan aktiviti sosialisme demokratik. Ahli Jawatankuasa tabung ini ialah Devan Nair, Chen Man Hin, Goh Hock Guan dan Dr Seevaranam. Tabung ini berjaya mengumpul bantuan kewangan dari masyarakat Cina bandar. Ekoran itu juga banyak cawangan DAP ditubuhkan di seluruh negara kerana mempunyai kewangan yang kukuh.

Kebangkitan Lim Kit Siang

Ketika inilah munculnya Lim Kit Siang selaku pembantu kepada Devan Nair . Namanya terus popular kerana lantang mengkritik dasar lemah lembut yang diamalkan oleh MCA. Lim kit Siang muncul dalam surat-surat khabar Cina pada 20 Mei 1967 dan sejak itu bidasan-bidasan Lim Kit Siang terhadap dasar patriotik MCA tersiar dalam kebanyakan surat khabar Cina.

Pada Ogos 1966, lidah rasmi parti iaitu The Rocket diterbitkan buat pertama kali. Lim Kit Siang selaku ahli Exco DAP telah menggunakan Rocket mengecam MCA yang mengikut telunjuk UMNO. Sedangkan Lim Kit Siang mahu Malaysia mengamalkan dasar 'Malaysian Malaysia' iaitu satu dasar yang selaras dengan prinsip sosialis. Baginya masalah masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum , tidak bersatu dan miskin hanya dapat diselesaikan melalui dasar ini. Masyarakat Cina bandar amat tertarik dengan slogan yang diwarwarkan oleh Lim Kit Siang ini dan dibuktikan melalui Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Lim Kit Siang menang di parlimen Kota Melaka pada tahun 1969.

Pengunduran Devan Nair

Devan Nair merupakan ahli parlimen tunggal PAP di kawasan Bangsar, Selangor, berdekatan dengan Kuala Lumpur . Apabila beliau menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1964, Devan Nair telah menetap di Kuala Lumpur. Pada 30 Julai 1967, Devan Nair menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kebangsaan DAP. Majlis terpaksa menerima keputusan Devan Nair dan setuju melantik Naib Setiausaha Agung memangku jawatan Setiausaha Agung.

Sebenarnya Devan Nair tidak berhasrat tinggal lama di Malaysia. Beliau telah dijemput oleh Lee Kuan Yew untuk menjadi Presiden Singapura . Tawaran itu tentulah tidak dapat ditolak oleh beliau begitu sahaja walaupun beliau dilahirkan di Melaka.

K.S Das selaku pengerusi DAP Johor Bahru telah dipilih sebagai Naib Setiausaha dan Daing Ibrahim sebagai Naib Setiausaha Kedua. Mesyuarat agung itu juga menerima Pengisytiharan Setapak seabagai panduan kepada halatuju DAP pada masa hadapan. Pengisytiharan Setapak telah diadakan pada 29 Julai 967 dan merupakan Persidangan Kebangsaan DAP yang pertama.

Mesyuarat Agung DAP pertama

DAP mengadakan mesyuarat agung Perwakilan DAP yang pertama pada 17 Mac 1968 di Kuala Lumpur. Lebih 200 wakil dari 37 cawangan DAP di seluruh negara telah hadir.

Hasilnya satu jawatankuasa pusat DAP telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya adalah semua ahli-ahli jawatankuasa penaja.

Semenjak Devan Nair mengundurkan diri dari pucuk pimpinan DAP, Dr Chen Man Hin dan Goh Hock Guan tidak henti-henti mengunjungi semua cawangan di seluruh negara bagi mengukuhkan keahlian DAP dan meningkatkan kerjasama sesama ahli. Sehingga MAC 1969, DAP berjaya menubuhkan 65 cawangan di Malaysia.

Pemimpin DAP ditahan ISA

Kelantangan Lim Kit Siang dan lain -lain pemimpin DAP menyebabkan mereka ditahan oleh polis dan sesetengahnya ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada 1969 Lim kit Siang ditahan tanpa bicara selama 18 bulan di bawah ISA. Pada 1979 sekali lagi beliau ditahan kerana mendedahkan perjanjian senjata antara kerajaan Malaysia dengan syarikat Switzerland.

Pada tahun 1987, Lim Kit Siang dan lain-lain telah ditahan dalam 'Operasi Lalang' selama dua tahun kerana mengancam keselamatan negara.

Sehingga hari ini, Kit Siang mempunyai kedudukan yang berpengaruh dalam DAP dan tidak dicabar oleh mana-mana pemimpin DAP bagi jawatan Setiausaha Agung DAP.

Pakatan pembangkang 1969

DAP lebih bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Dr Chen Man Hin dan lain-lain pemimpin setuju bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina pakatan bagi menghadapi Perikatan. DAP telah bekerjasama dengan secara langsung dan tidak langsung dengan parti Gerakan, Parti Progresif Rakyat dan PAS tentang pembahagian kerusi semasa pilihan raya 1969. Prinsip yang dipakai ialah hanya satu calon pembangkang berlawan dengan Perikatan. Dato Mohd Asri selalu Presiden PAS bersedia bekerjasama dengan DAP ini tindakan ini mengejutkan tokoh-tokoh politik.

DAP telah meletakkan 23 calon parlimen dan 48 calon untuk Dewan Undangan Negeri. Hasil kerjasama pembahagian kerusi ini cukup menguntungkan DAP kerana DAP berjaya merebut 13 kerusi Parlimen dan 31 buah kerusi Dewan Undangan Negeri. DAP memperolehi 11.9 peratus daripada jumlah undi sah yang dibuang dan merupakan pencapaian yang cukup membanggakan. Hasil pakatan DAP dan PAS ini menyebabkab Perikatan gagal mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang dan gagal membentuk kerajaan mutlak di Perak dan Selangor.

Parti Gerakan (sewaktu itu pembangkang) telahpun mengadakan kerjasama dengan PAS.

Pembentukan kerajaan negeri

DAP mencapai pencapaian tertinggi pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 ketika berjaya menembusi kubu kuat BN di Pulau Pinang. DAP berjaya menewaskan Gerakan di semua parlimen yang ditandingi parti komponen BN itu.

  • DAP memenangi kerusi DUN di Pulau Pinang(19), Perak (18), Selangor(13), Negeri Sembilan (10) , Melaka(5), Johor (4), Pahang (2), Kedah (1) dan Sabah (1).

DAP berjaya membentuk kerajaan campuran di Pulau Pinang dengan kerjasama PKR dan Lim Guan Eng dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Letak jawatan

Sepanjang tahun 1969 hingga 1982, hampir 28 ahli DAP telah menarik diri atau dipecat dari parti itu dengan pelbagai alasan. Antaranya ialah Pengerusi DAP Selangor iaitu Goh Hock Guan . Pada 1972 Richard Ho, ahli Parlimen Sitiawan telah meletakkan jawatan.

Perdebatan berlaku antara Lee Lam Thye dengan Lee Kim Sai hingga hampir-hampir berlaku Pilihan Raya Kecil kawasan Seputeh. Lee Lam Thye merupakan seorang pemimpin yang sederhana dan banyak bekerja untuk orang ramai di kawasan Menglembu, ipoh , Perak. Lee Lam Thye pernah mengikuti rombongan Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Tembok Besar China dan melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri China. Akhirnya Lee Lam Thye meletakkan jawatan dari kepimpinan DAP.

Pada Februari 2008, ahli parlimen Batu Gajah iaitu Fong Po Kuan merajuk dengan kepimpinan DAP Perak. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Lim Kit Siang telah menang di kawasan Ipoh Timur. Tindakan Lim Kit Siang yang asyik berpindah-randah kawasan hanya membuktikan beliau diterima di seluruh negara tetapi gagal menjiwai permasalahan rakyat tempatan.

DAP tidak bebas daripada kritikan politik keluarga. Anak Karpal Singh iaitu Gobind Singh Deo telah bertanding di parlimen negeri Selangor iaitu di kawasan P 103 parlimen Puchong. Anak Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng telah dilantik menjadi Setiausaha Agung DAP dan akan bertanding di Pulau Pinang. Sementara Betty Chew Gek Cheng telah menjadi ahli dewan undangan negeri Melaka kawasan Kota Laksamana, Melaka.

Simbol parti

Simbol atau logo DAP (lihat di atas) adalah roket, yang telah digunakan sejak pilihan raya umum 1969. Komponennya dilambangkan seperti berikut:

  • Roket merah melambangkan aspirasi Parti untuk masyarakat yang moden, dinamik dan progresif
  • Empat rangsangan roket ini mewakili sokongan dan pemanduan yang diberikan kepada objektif parti oleh tiga etnik utama (Melayu, Cina, India Asia) dan lain-lain

  • Bulatan biru bermaksud perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia
  • Latar belakang putih bermaksud kemurnian dan tidak dapat diperbaiki

Maskot Ubah

Burung Ubah adalah maskot rasmi DAP yang menyerupai Burung Enggang. DAP telah mengadopsi burung ini sebagai simbol untuk perubahan baik untuk ciri-ciri uniknya, ketabahan dan perwakilan perpaduan kedua-dua Malaysia Timur dan Malaysia Barat menjadi negara Malaysia.[6] Ia telah direka oleh Ooi Leng Hang dan telah dilancarkan semasa pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2011 dan juga digunakan sebagai sebahagian daripada kempen politik mereka semasa pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013. Barang dagangannya seperti mainan mewah, butang dan pelekat kereta sangat baik diterima oleh orang ramai. dapmalaysia (1 January 2013). "Merchandise incl Ubah plush toys selling like hot cakes!" (Tweet) – melalui Twitter.  Idea maskot itu datang dari Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, yang merasakan maskot akan meningkatkan semangat rakyat. Nama "Ubah", yang bermaksud "perubahan" dalam Bahasa Melayu, adalah selaras dengan aspirasi parti dalam mengubah parti pemerintah kerajaan persekutuan Malaysia. Selain kostum Iban Sarawak yang asli, "Ubah" kini terdapat dalam kostum Melayu untuk Hari Raya, kostum India untuk Deepavali, kostum Cina untuk Tahun Baru Cina, kostum Santa Claus untuk Krismas, dan Kostum Superman yang menggambarkan kuasa rakyat.[7]

Pada 13 Julai 2013, terapung raksasa yang dikenali sebagai "Ubah Inflatable Bird (Water Ubah)" dilancarkan secara rasminya di IJM Promenade, Jelutong, Pulau Pinang oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.[6]

Lagu

Lagu parti rasmi DAP ialah Berjuang Untuk Rakyat Malaysia.

Selain daripada lagu rasmi parti, DAP juga telah melancarkan beberapa lagu tema dan video muzik kebanyakannya dengan tema Ubah seperti "Ubah" dengan sebanyak 800,000 tontonan, 明天 dengan lebih 400,000 tontonan dan "Ubah Rocket Style" dengan lebih daripada 100,000 tontonan, yang merupakan parodi hits tular YouTube "Gangnam Style".

Pilihan raya

Pilihan raya 1978

Kerjasama antara PAS dan DAP diadakan secara tidak langsung. Biasanya PAS akan bertanding sebagai pemecah undi di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu. Dikatakan pengundi Melayu akan mengundi calon PAS. Pengundi Cina terpaksa memilih calon DAP atau calon MCA. Biasanya calon DAP lebih beruntung.

Dalam pilihan raya 1978, parti PAS 'menghadiahkan' kawasan parlimen Damansara, Bukit Mertajam dan Beruas serta DUN Gopeng kepada DAP. DAP pula membantu PAS memdapatkan kawasan Kuala Kurau di Perak.

Pilihan raya 1990

DAP telah berpakat dengan parti pembangkang seperti Semangat 46, PSRM, HAMIM dan PAS. Tetapi kerjasama ini tidak begitu berjaya kerana perbezaan ideologi yang ketara antara DAP dengan PAS dan Semangat 46. Pemimpin PAS dan DAP sering berdolak-dalik dalam menentukan hubungan yang bakal dimetri menjelang pilihan raya.

Pilihan raya 1995

Dalam pilihan raya 1995, DAP menang 9 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN.

Pilihan raya 1999

Dalam pilihan raya 1999 , Pengundi Cina tidak dapat menerima kerjasama antara DAP dengan PAS. Akibatnya DAP hanya mendapat 10 kerusi parlimen sahaja. Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kubu kuat mereka di Pulau Pinang.

Lim Kit Siang dikalahkan pertama kali dalam pilihan raya umum 1999 sejak beliau bertanding dalam pilihan raya.

Pilihan raya 2004

Pilihan raya 2004 menyaksikan DAP menang di 12 kawasan Parlimen. Lim Kit Siang menang mudah di kawasan Ipoh Timur. Begitu juga dengan Karpal Singh di Pulau Pinang.

Pilihan raya 2008

DAP kini diketuai Setiausaha Agung, Lim Guan Eng. Lim merupakan anak kepada Setiausaha Agung sebelumnya, Lim Kit Siang. DAP terkenal dengan Karpal Singh, seorang peguam yang berani menentang Mahkamah Malaysia. DAP dan PAS akur dengan Anwar Ibrahim selaku penasihat Parti Keadilan Rakyat agar hanya satu calon pembangkang bertanding menentang Barisan Nasional.

Sejak 1995, matlamat DAP lebih realistik iaitu mengurangkan majoriti 2/3 yang dibolot oleh Barisan Nasional. Projek Tanjung I, II dan III gagal menguasai Pulau Pinang malah pengundi Cina terhadap DAP semakin merosot di Pulau Pinang.

Pilihan raya 2013

Pendaftar Pertubuhan menghantar surat kepada DAP dua hari sebelum penaman calon yang menyatakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharunya tidak sah. Ini menyebabkan DAP mungkin tidak dapat menggunakan logonya dalam pilihan raya kerana Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng tidak dapat mengeluarkan surat kuasa membenarkan penggunaan logo DAP. Lalu calonnya mungkin terpaksa menggunakan logo rakan Pakatan iaitu PAS dan DAP.[8] Namun akhirnya calon DAP dapat menggunakan logo mereka sendiri selepas RoS memberikan penjelasan.[9]

DAP memenangi kerusi DUN di Pulau Pinang (19), Perak (18), Selangor (15), Johor (13), Negeri Sembilan (11), Pahang (7), Melaka (6), Sabah( 4) dan Kedah (2).

DAP berjaya mengekalkan pemerintahannya di Pulau Pinang bagi penggal kedua sejak Pilihan raya umum Malaysia 2008 dan berjaya menambah kerusi DUN di Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sabah dan Kedah.

Antara isu yang agak menghangatkan negara ialah semasa Pilihan raya umum Malaysia 2013, penasihat DAP Lim Kit Siang telah bertanding di kawasan P 162 Gelang Patah menentang bekas Menteri Besar Johor, Dato' Seri Abdul Ghani Othman. Namun, Lim Kit Siang berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 14,762 undi menewaskan bekas Menteri Besar Johor itu.

Senarai pemimpin DAP

Berikut adalah senarai jawatan pelbagai pemimpin untuk setiap penggal.

Penasihat Kehidupan DAP

No. Nama Mula menjawat Melepaskan jawatan
1 Chen Man Hin Disember 1999 Penyandang terkini

Pengerusi Kebangsaan DAP

No. Nama Mula menjawat Melepaskan jawatan
1 Chen Man Hin 18 Mac 1966 Disember 1999
2 Lim Kit Siang Disember 1999 3 September 2004
3 Karpal Singh 4 September 2004 29 Mac 2014
17 April 2014
4 Tan Kok Wai 29 Mac 2014 Penyandang terkini

Ketua Setiausaha DAP

No. Nama Mula menjawat Melepaskan jawatan
1 C.V. Devan Nair 18 Mac 1966 30 Julai 1967
2 Goh Hock Guan 30 Julai 1967 1 Oktober 1969
3 Lim Kit Siang 1 Oktober 1969 Disember 1999
4 Kerk Kim Hock Disember 1999 April 2002
September 2002 May 2004
5 Lim Guan Eng Mei 2004 Penyandang terkini

Pemangku Ketua Setiausaha DAP

No. Nama Mula menjawat Melepaskan jawatan
1 Fan Yew Teng 1 Oktober 1969 1 Oktober 1970
2 Chong Eng April 2002 September 2002

Nota: Lim Kit Siang telah dipilih sebagai Setiausaha Agung pada bulan Oktober 1969 semasa ditahan di bawah ISA dan Fan Yew Teng bertindak sebagai jawatan sekuriti DAP. Pemangku Ketua Setiausaha yang dilantik apabila Setiausaha Agung tidak berkhidmat.

Pengerusi Pusat Dasar dan Suruhanjaya Perancangan Strategik

No. Nama Mula menjawat Melepaskan jawatan
1 Lim Kit Siang 2004 Penyandang terkini

Nota: Pengerusi Pusat Dasar dan Suruhanjaya Perancangan Strategik adalah kedudukan baru yang dicipta pada tahun 2004 apabila Lim Kit Siang enggan dilantik semula sebagai pengerusi DAP.

Pemimpin Parlimen DAP

No. Nama Mula menjawat Melepaskan jawatan
2 Loke Siew Fook 11 Julai 2018 Penyandang terkini

Wakil pilihan raya

Dewan Negara

Senator

  1. Chandra Mohan S. Thambirajah – dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Selangor

Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Malaysia ke-14

DAP kini mempunyai 42 ahli parlimen.

Dewan Undangan Negeri

Wakil Dewan Undangan Negeri Malaysia

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
19 / 40
Dewan Undangan Negeri Sembilan
11 / 36
Dewan Undangan Negeri Perak
18 / 59
Dewan Undangan Negeri Selangor
16 / 56

Dewan Undangan Negeri Johor
14 / 56
Dewan Undangan Negeri Melaka
8 / 28
Dewan Undangan Negeri Pahang
7 / 42

Dewan Undangan Negeri Sabah
7 / 64
Dewan Undangan Negeri Sarawak
7 / 82
Dewan Undangan Negeri Kedah
2 / 36

Dewan Undangan Negeri Perlis
0 / 15
Dewan Undangan Negeri Terengganu
0 / 32
Dewan Undangan Negeri Kelantan
0 / 45

Keputusan pilihan raya umum

Pilihan raya Kerusi bertanding Jumlah kerusi dimenangi Jumlah undi Perkongsian undi Hasil undi Ketua pilihan raya
1964(sebagai PAP) 11
1 / 144
42,130 2.0% 1 kerusi; Pembangkang Lee Kuan Yew
1969 24
13 / 144
286,606 12.1% 12 kerusi; Pembangkang Goh Hock Guan
1974 46
9 / 144
387,845 18.3% 4 kerusi; Pembangkang Lim Kit Siang
1978 53
16 / 154
664,433 19.1% 7 kerusi; Pembangkang Lim Kit Siang
1982 63
9 / 154
815,473 19.6% 7 kerusi; Pembangkang Lim Kit Siang
1986 64
24 / 154
968,009 21.0% 15 kerusi; Pembangkang Lim Kit Siang
1990 57
20 / 180
985,228 17.13% 4 kerusi; Pakatan pembangkang

(Gagasan Rakyat)

Lim Kit Siang
1995 50
9 / 192
712,175 12.0% 11 kerusi; Pakatan pembangkang

(Gagasan Rakyat)

Lim Kit Siang
1999 47
10 / 193
830,870 12.53% 1 kerusi; Pakatan pembangkang

(Barisan Alternatif)

Lim Kit Siang
2004 44
12 / 219
687,340 9.9% 2 kerusi; Pembangkang Kerk Kim Hock (Ketua Setiausaha)Lim Kit Siang (Pengerusi, Dasar Pusat & Suruhanjaya Perancangan Strategik)
2008 47
28 / 222
1,118,025 13.77% 16 kerusi; Pakatan pembangkang

(Pakatan Rakyat)

Lim Guan Eng (Ketua Setiausaha)Lim Kit Siang (Pemimpin Parlimen)
2013 51
38 / 222
1,736,601 15.71% 10 kerusi; Pakatan pembangkang

(Pakatan Rakyat)

Lim Guan Eng (Ketua Setiausaha)Lim Kit Siang (Pemimpin Parlimen)
2018 47
42 / 222
2,040,068 18.48% 4 kerusi; Pakatan pembangkang

(Pakatan Harapan)

Lim Guan Eng (Ketua Setiausaha)Lim Kit Siang (Pemimpin Parlimen)

Keputusan pilihan raya negeri

Pilihan raya Dewan Undangan Negeri
Dewan Undangan Negeri Perlis Dewan Undangan Negeri Kedah Dewan Undangan Negeri Kelantan Dewan Undangan Negeri Terengganu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Dewan Undangan Negeri Perak Dewan Undangan Negeri Pahang Dewan Undangan Negeri Selangor Dewan Undangan Negeri Sembilan Dewan Undangan Negeri Melaka Dewan Undangan Negeri Johor Dewan Undangan Negeri Sabah Dewan Undangan Negeri Sarawak Jumlah menang / Jumlah yang dipertandingkan
1964

(as PAP)

0 / 12
0 / 24
0 / 30
0 / 24
0 / 24
0 / 40
0 / 24
0 / 28
0 / 24
0 / 20
0 / 32
0 / 15
1969
0 / 12
0 / 24
0 / 30
0 / 24
3 / 24
6 / 40
0 / 24
9 / 28
8 / 24
4 / 20
1 / 32
0 / 48
31 / 57
1974
0 / 12
1 / 26
0 / 36
0 / 28
2 / 27
11 / 42
0 / 32
1 / 33
3 / 24
4 / 20
1 / 32
0 / 48
23 / 120
1978
0 / 12
0 / 26
0 / 28
5 / 27
9 / 42
0 / 32
3 / 33
3 / 24
4 / 20
1 / 32
25 / 127
1979
0 / 48
0 / 11
1982
0 / 12
0 / 26
0 / 36
0 / 28
2 / 27
4 / 42
1 / 32
1 / 33
2 / 24
2 / 20
0 / 32
12 / 131
1983
0 / 48
0 / 7
1985
0 / 48
0 / 3
1986
0 / 14
0 / 28
0 / 39
0 / 32
10 / 33
13 / 46
1 / 33
5 / 42
4 / 28
3 / 20
1 / 36
0 / 48
37 / 118
1987
0 / 56
0 / 11
1990
0 / 14
1 / 28
0 / 39
0 / 32
14 / 33
13 / 46
1 / 33
6 / 42
4 / 28
3 / 20
3 / 36
0 / 48
45 / 94
1991
0 / 56
0 / 18
1994
0 / 48
0 / 2
1995
0 / 15
0 / 36
0 / 43
0 / 32
1 / 33
1 / 52
1 / 38
3 / 48
2 / 32
3 / 25
0 / 40
11 / 103
1996
3 / 62
3 / 6
1999
0 / 15
0 / 36
0 / 43
0 / 32
1 / 33
4 / 52
1 / 38
1 / 48
0 / 32
4 / 25
0 / 40
0 / 48
11 / 88
2001
1 / 62
1 / 13
2004
0 / 15
0 / 36
0 / 45
0 / 32
1 / 40
7 / 59
1 / 42
2 / 56
2 / 36
2 / 28
0 / 56
0 / 60
15 / 104
2006
6 / 71
6 / 12
2008
0 / 15
1 / 36
0 / 45
0 / 32
19 / 40
18 / 59
2 / 42
13 / 56
10 / 36
5 / 28
4 / 56
1 / 60
73 / 102
2011
12 / 71
12 / 15
2013
0 / 15
2 / 36
0 / 45
0 / 32
19 / 40
18 / 59
7 / 42
15 / 56
11 / 36
6 / 28
13 / 56
4 / 60
95 / 103
2016
7 / 82
7 / 31
2018
0 / 15
2 / 36
0 / 45
0 / 32
19 / 40
18 / 59
7 / 42
16 / 56
11 / 36
8 / 28
14 / 56
6 / 60
101 / 104

Kontroversi

Dakwaan perkauman dan cauvinisme

Walaupun terdapat penolakan yang berterusan oleh pemimpin parti, DAP telah digambarkan oleh lawan politik mereka sebagai sebuah parti yang menyokong minoriti Cina Malaysia di atas yang lain. Tuduhan chauvinisme kaum ini memuncak dalam siaran program televisyen dua potong di saluran TV yang dikawal kerajaan RTM bertajuk "Bahaya Cauvinisme". Program itu memaksa pemimpin parti itu Lim Kit Siang untuk mengeluarkan kenyataan media rasmi untuk menentang dakwaan tersebut.[10]

Pada 15 November 2011, Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, menuduh ketua publisiti DAP, Tony Pua dari perkauman untuk membuat serangan berulang kali terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia, inisiatif kerajaan untuk membekalkan produk runcit murah kepada Pengguna Malaysia. Tony Pua telah dikritik kerana menyuarakan persoalan kedai Rakyat 1 Malaysia, yang pembekalnya ke kedai umumnya datang dari komuniti Bumiputera Malaysia, dan kerana tidak menyiasat kualiti produk yang dibekalkan oleh pembekal Malaysia-Cina atau membuat tuduhan serupa terhadap kedai Cina-Cina bebas.[11]

Tuduhan perkauman telah memaksa pemimpin parti DAP Lim Guan Eng mengeluarkan penafian rasmi di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.[12]

Kemelut pemilihan parti 2012

Pada pilihan raya DAP pada Disember 2012, Vincent Wu, yang pada awalnya diisytiharkan telah mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana dia sebenarnya hanya mendapat 669. Zairil Khir Johari dipilih ke jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) dengan 803 undi untuk menjamin tempat ke-20. Kerosakan, dilaporkan kerana ralat pengiraan undi akibat kaedah salinan dan paste di Microsoft Excel, telah menimbulkan syak wasangka.[13]

DAP mengakui ralat pengiraan selepas menemui kesilapan itu. Kegagalan pemilihan DAP telah menyebabkan kegelisahan di kalangan anggota parti dan menyebabkan protes kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS). Dua orang anggota DAP yang tidak berpuas hati kemudian membuat laporan dengan RoS mengenai pemilihan parti berikutan dengan wahyu.[14]

Berikutan laporan itu, RoS telah memaklumkan kepada DAP tentang pertikaian itu oleh ahli-ahlinya dan seterusnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966 mengakui para pemangku jawatan jawatankuasa yang dibentuk dalam pemilihan parti pada 15 Disember 2012, titik pertengkaran.[15]

Isu logo PRU-13

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata DAP akan bertanding di bawah logo PAS untuk logo Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum ke-13, berikutan kegagalan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk bertindak balas terhadap surat pengeluaran RoS yang memaklumkan bahawa ia tidak mengiktiraf barisan kepimpinan tertinggi parti. DAP telah merayu kepada RoS untuk menarik balik suratnya untuk menggantung jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) sedia ada parti itu tetapi jabatan itu tidak berhubung perkara itu.[16]

Pada 19 April 2013, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng memaklumkan semua 51 parlimen dan 103 calon negeri menggunakan simbol roket yang pertama semasa penamaan esok, dan menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya surat kuasa yang ditandatangani oleh setiausaha agung Lim Guan Eng. Jika simbol roket ditolak, maka gunakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh setiausaha agung PAS Mustafa Ali untuk penandatangan Semenanjung Malaysia dan PKR untuk Sabah dan Sarawak. Ini berlaku selepas DAP memutuskan untuk menggunakan simbol PAS dan PKR untuk pilihan raya umum akan datang pada 5 Mei.[16]

Pada 20 April 2013, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata DAP boleh menggunakan lambang roket ikoniknya untuk pilihan raya umum 5 Mei selepas mendapat pengesahan minit terakhir pada waktu malam pada 19 April 2013. Beliau berkata ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur menerima surat dengan tangan dari RoS pada pukul 10 malam pada 19 April, menyatakan bahawa ia tidak mempunyai bantahan terhadap DAP menggunakan logo itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memaklumkan semua pegawai yang kembali untuk menerima pencalonan daripada DAP.[17]

Rujukan

  1. ^ http://dapmalaysia.org/newenglish/au_theparty.htm
  2. ^ http://dapmalaysia.org/newenglish/au_theparty.htm
  3. ^ Wan Hamidi Hamid. 2011. Mengenali DAP: Bahagian Dua. Dari: http://roketkini.com/2011/05/30/mengenali-dap-bahagian-kedua/
  4. ^ http://roketkini.com
  5. ^ Zulkiflee Bakar ,'Sejarah Awal DAP', majalah Eksklusif, April 1990 , Penerbit Karangkraf, hlm 36,
  6. ^ a b "Official Launching of UBAH inflatable bird (Water Ubah) at 10am, 13 July, at IJM Promenade. « Lim Guan Eng". 
  7. ^ "Political mascots come into play". 
  8. ^ Lim Kit Sinag (19 Apr 2013). "DAP use of PAS and PKR symbols a game changer?". Malaysiakini. Dicapai 19 April 2013. 
  9. ^ "DAP guna simbol sendiri". Sinar Harian. 20 April 2013. Dicapai 20 April 2013. 
  10. ^ Lim Kit Siang (2002). "Media statement by Lim Kit Siang". Democratic Action Party. Dicapai 24 May 2018. 
  11. ^ Shannon Teoh (17 November 2011). "DAP: Ismail Sabri's racism claims over Kedai Rakyat exposes baseless". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada asal pada 19 November 2011. Dicapai 24 May 2018. 
  12. ^ Aaron Ngui (4 October 2011). "Guan Eng testifies he is not a racist". The Sun. Diarkibkan daripada asal pada 6 November 2011. Dicapai 24 May 2018. 
  13. ^ Looi Sue-chern (14 January 2013). "'DAP CEC member Zairil not a Malay'". New Straits Times. Diarkibkan daripada asal pada 25 March 2013. Dicapai 24 May 2018. 
  14. ^ "Two DAP members lodge reports with ROS, alleging fraud in party elections". Bernama. The Star. 14 January 2013. Dicapai 24 May 2018. 
  15. ^ Regina Lee (18 April 2013). "DAP to contest under PKR, PAS banners if RoS does not revoke letter derecognising party's CEC". The Star. Dicapai 24 May 2018. 
  16. ^ a b Hafiz Yatim; Susan Loone (19 April 2013). "Use rocket first during nomination, says Guan Eng". Malaysiakini. Dicapai 24 May 2018. 
  17. ^ Opalyn Mok; Emily Ding (20 April 2013). "DAP gets to ride the rocket for GE13". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada asal pada 23 April 2013. Dicapai 24 May 2018. 

Sastera

* James Chin. The Sarawak Chinese Voters and their support for the Democratic Action Party (DAP), Southeast Asian Studies, Vol. 34, No. 2, 1996, pp 387–401

* James Chin. The Malaysian Chinese Dilemma: The Never Ending Policy (NEP), Chinese Southern Diaspora Studies, Vol 3, 2009

Pautan luar