KRI Teluk Celukan Bawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kapal KRI Teluk Celukan Bawang (532) milik tentera laut Indonesia merupakan kapal perbekalan/logistik. KRI Teluk Celukan Bawang memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Teluk Celukan Bawang dibina oleh VEB Peenewerft, Wolgast, Jerman Timur. Ia dilancarkan pada 1976.

KRI Teluk Celukan Bawang pada asalnya merupakan kapal pendarat serdahana jenis 108, kelas 'Frosch-I' (632) milik Jerman Timur. Ia telah diubahsuai dengan pembuangan persenjataan untuk dijadikan sebagai kapal perbekalan/logistik dan diletakkan dalam angkatan PAC pada 1994. Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Teluk Celukan Bawang adalah KRI Teluk Gilimanuk, KRI Teluk Cendrawasih, KRI Teluk Berau, KRI Teluk Peleng, KRI Teluk Sibolga, KRI Teluk Manado, KRI Teluk Hading, KRI Teluk Parigi, KRI Teluk Lampung, KRI Teluk Jakarta, KRI Teluk Sangkulirang, KRI Teluk Sirebon, dan KRI Teluk Sabang.

Kapal KRI Teluk Celukan Bawang sepanjang 90.70meter; 11.12meter * 3.4meter ( 297.6kaki panjang * 36.5kaki * 11.2kaki) mempunyai kelajuan beroperasi 18 knot. KRI Teluk Celukan Bawang mempunyai seseran 1,900 tan penuh dengan 600 tan kargo.

KRI Teluk Celukan Bawang mempunyai 42 orang anak kapal termasuk pegawai. Selain itu ia mampu membawa muatan kargo antara 400-600 tan ataupun digunakan bagi membawa tentera.

TORPEDO[sunting | sunting sumber]

Tiada

PELURU BERPANDU[sunting | sunting sumber]

Tiada

PENANGKIS "COUNTERMEASURES"[sunting | sunting sumber]

MERIAM[sunting | sunting sumber]

KRI Teluk Celukan Bawang dilengkapi dengan dua meriam 37 mm, satu daripadanya berkembar. Meriam ini menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.

PENGESAN[sunting | sunting sumber]

KRI Teluk Celukan Bawang memiliki radar pengesan permukaan dan udara MR-302/Strut Curve. Radar tersebut merupakan radar pengawas yang berupaya memberikan carian radar dan amaran ancaman awal. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika mod pengawas "scan mode".

TUJAHAN[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Teluk Celukan Bawang mempunyai dia enjin disel dengan 2 gandar yang mampu menghasilkan 12,000 bhp dengan kelajuan 18 knot.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]