KRI Teluk Manado

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

KRI Teluk Manado (537) merupakan kapal perbekalan/logistik milik tentera laut Indonesia. Ia dibina oleh VEB Peenewerft, Wolgast, Jerman Timur dan dilancarkan pada 1977.

KRI Teluk Manado pada asalnya merupakan kapal pendarat serdahana jenis 108, kelas 'Frosch-I' (633) milik Jerman Timur. Ia telah diubahsuai dengan pembuangan persenjataan untuk dijadikan sebagai kapal perbekalan/logistik dan diletakkan dalam angkatan PAC pada 1995.

KRI Teluk Manado sepanjang 90.70 meter; 11.12 meter x 3.4 meter (297.6 kaki panjang x 36.5 kaki x 11.2 kaki) mempunyai kelajuan beroperasi 18 knot. KRI Teluk Manado mempunyai seseran 1,900 tan panjang dengan 600 tan kargo.

KRI Teluk Manado mempunyai 42 orang anak kapal termasuk pegawai. Selain itu ia mampu membawa muatan kargo antara 400-600 tan ataupun digunakan bagi membawa tentera.

Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Teluk Manado adalah KRI Teluk Gilimanuk, KRI Teluk Celukan Bawang, KRI Teluk Cendrawasih, KRI Teluk Berau, KRI Teluk Peleng, KRI Teluk Sibolga, KRI Teluk Hading, KRI Teluk Parigi, KRI Teluk Lampung, KRI Teluk Jakarta, KRI Teluk Sangkulirang, KRI Teluk Sirebon, dan KRI Teluk Sabang.

Penangkis langkah balas[sunting | sunting sumber]

Meriam[sunting | sunting sumber]

KRI Teluk Manado dilengkapi dengan dua meriam 37 mm, satu daripadanya berkembar. Meriam ini menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.

Pengesan[sunting | sunting sumber]

KRI Teluk Manado memiliki radar pengesan permukaan dan udara MR-302/Strut Curve. Radar tersebut merupakan radar pengawas yang berupaya memberikan carian radar dan amaran ancaman awal. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika pengawasnya dalam mod imbas.

Tujahan[sunting | sunting sumber]

KRI Teluk Manado mempunyai dua enjin disel dengan dua gandar yang mampu menghasilkan 12,000 bhp dengan kelajuan 18 knot.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]