Kabhi Khushi Kabhie Gham...

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kabhi Khushi Kabhie Gham...
KabhiKhushiKabhiGham Poster.jpg
PengarahKaran Johar
PenerbitKaran Johar
PenulisKaran Johar
Dibintangi olehAmitabh Bachchan
Jaya Bachchan
Shahrukh Khan
Kajol
Hrithik Roshan
Kareena Kapoor
Muzik olehJatin-Lalit
Sandesh Shandilya
Aadesh Shrivastav
SinematografiKiran Deohans
Disunting olehSanjay Sankla
PengedarDharma Productions
Mula ditayangkan
14 Disember 2001
Tempoh tayangan
211 minit
NegaraIndia
BahasaHindi
Inggeris
PerbelanjaanRs. 440,000,000
Pecah panggung$. $11,329,690

Kabhi Khushi Kabhie Gham... (Hindi: कभी ख़ुशी कभी ग़म... terjemahan: Kadang-kala Gembira, Kadang-kala Sedih...) ialah filem Bollywood yang ditayangkan di India dan negara lain pada 14 Disember 2001. Ia dibintangi Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shahrukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor dan Rani Mukerji sebagai pelakon undangan. Ia diarahkan oleh Karan Johar yang merupakan filem keduanya (selepas Kuch Kuch Hota Hai).


Plot[sunting | sunting sumber]

Bermula dari pasangan suami isteri, Yashvardhan Raichand dan isterinya Nandini Raichand yang mengambil seorang anak angkat lelaki yang berusia 8 tahun yang diberi nama Rahul Y. Raichand. Rahul juga mempunyai seorang adik angkat yang gemuk bernama Rohan Y. Raichand, yang terpaut cukup jauh umur dengannya. Suatu hari, ketika keluarga Raichand ingin mengadakan majlis, Rahul dan Rohan datang ke rumah pengasuh mereka, Sayeeda. Di situ Rahul bertemu dengan Anjali Sharma yang baginya sangat kelakar. Anjali menyangka Rahul adalah calon pengantin saudaranya. Setelah mengetahui Rahul adalah anak Yash, Anjali pun menjadi malu. Sama seperti abangnya, Rohan juga bertemu dengan Pooja, adik Anjali. Rohan sempat dibuli oleh Pooja dan terjadilah pertengkaran diantara mereka, apalagi ketika Pooja masuk ke sekolah yang sama dengan Rohan. Pertemuan itu berterusan setelah majlis keluarga Raichand, Rahul mulai jatuh cinta dengan Anjali. Sayangnya, sebelum itu Rahul telahpun dipertemukan dengan Naina, anak gadis dari kawan baik ayahnya. Yash ingin menjodohkan Rahul dengan Naina, namun Rahul yang enggan menurut keinginan Yash itu, malah dia memilih untuk mengahwini Anjali. Keputusan Rahul itu membuatkan Yash menjadi sangat marah dan lalu bertindak dengan mengusir Rahul dan Anjali. Yash juga sempat mengatakan bahawa dia tidak lagi menganggap Rahul sebagai anaknya. Ini kerana Yash menggangap bahawa Anjali adalah gadis kampung yang berasal daripada kelas bawahan dan tidak sesuai untuk menjadi menantunya. Ini disebabkan sikap Anjali yang sangat kelam kabut dan tidak mengenal adat keluarga mereka. Kemarahan Yash itu juga sekaligus memisahkan Rahul dengan ibu dan adik angkat yang disayanginya. Hingga akhirnya Rahul memilih pergi dan berkahwin dengan Anjali. Kemudian mereka berangkat ke London dan menetap di sana sehingga mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia 8 tahun yang tampan. Pooja juga turut berangkat dan hidup bersama mereka disebabkan ayah mereka sudahpun meninggal dunia. Beberapa tahun telah berlalu, kini Pooja kecil telah berubah menjadi gadis dewasa yang kerap berpakaian seksi walaupun di kolej sekalipun. Begitupun dengan adik angkat Rahul, Rohan pun telah menjadi lelaki dewasa yang begitu tampan. Namun berita duka menyelimuti keluarga Yash, apabila nenek mereka meninggal dan mempunyai permintaan terakhir, iaitu pada upacara pembakaran mayatnya itu harus dihadiri oleh Yash, Rahul dan Rohan. Rohan tak sengaja mendengar pembicaraan nenek mereka tentang sebab kakaknya pergi meninggalkan rumah. Akhirnya Rohan bertekad untuk menyatukan keluarga mereka kembali. Rohan kemudian pergi ke London mencari alamat mereka dan pergi ke kolej yang sama dengan Pooja. Rohan memberi tahu Pooja dengan rancangannya ini, awalnya Pooja tidak percaya bahwa lelaki kacak didepannya tidak lain adalah musuh dimasa kecilnya tetapi akhirnya Pooja bersetuju dengan rancangan Rohan. Dengan merahsiakan identitinya sebagai Rohan, Pooja membantu Rohan dengan memujuk Rahul agar membenarkan Rohan untuk tinggal serumah dengan mereka. Tetapi pada saat acara sekolah anak Rahul, saat itu juga Rahul tahu kebenaran bahwa Rohan adalah adiknya. Rohan menyuruhnya pulang tapi Rahul tetap menolak. Akhirnya Rohan punya rancangan baharu, iaitu dengan membawa ayah dan ibunya ke London. Setibanya di London, Yash dan Nandini berada di satu mall dengan Rahul dan Anjali. Tiba-tiba Nandini merasakan kehadiran Rahul dan akhirnya mereka bertemu begitupun dengan Anjali yang melihat Yash didalam kedai buku dan saat Anjali ingin pergi Rohan menghalangnya, hingga akhirnya mereka pun bertemu, tapi Yash masih lagi menyimpan perasaan marahnya. Nandini dan Rohan pun akhirnya meluahkan kemarahannya pada sikap Yash itu. Tidak lama kemudian, akhirnya Rahul dan Anjali pulang dan meminta maaf pada Yash. Setelah bertahun-tahun lamanya akhirnya Yash memaafkannya dan menyetujui hubungan keduanya. Kisah ini berakhir bahagia, dengan babak akhir mereka berkumpul bersama dalam majlis perkahwinan Rohan dan Pooja.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]