Aceh Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kabupaten Aceh Timur)

Koordinat: 4°37′N 97°37′E / 4.617°N 97.617°E / 4.617; 97.617

Kabupaten Aceh Timur
Lambang Kabupaten Aceh Timur
Lambang Kabupaten Aceh Timur
Moto: Udep Sare Mate Sjahid


Peta lokasi Kabupaten Aceh Timur
Peta lokasi Kabupaten Aceh Timur
Koordinat: -
Provinsi Aceh
Dasar hukum -
Tarikh Perasmian -
Ibu kota Idi Rayeuk
Pemerintahan
 - Bupati Tgk. Muslim Hasballah
 - APBD  
 - DAU  
Luas 6,906 km²
Populasi
 - Total 360,000
 - Kepadatan 52
Demografi
 - Kod kawasan telefon 0646
Bahagian pentadbiran
 - Kecamatan 21
 - Kelurahan 580
Simbol khas daerah
 - Tapak web http://aceh-timur.go.id/

Kabupaten Aceh Timur adalah sebuah kabupaten yang berada di sebelah timur provinsi Nanggroe Aceh Darussalam, Indonesia.

Wilayah[sunting | sunting sumber]

Kabupaten ini juga termasuk kabupaten yang kaya hasil minyak selain Aceh Utara dan Aceh Tamiang. Kawasan ini juga termasuk basis Gerakan Aceh Merdeka sebelum bermulanya Darurat Tentera sejak Mei 2003. Sebelum penerapan Darurat Tentera ini, kawasan Aceh Timur termasuk kawasan hitam, terutama di kawasan Peureulak dan sekitarnya.

Sungguhpun masih belum stabil pada masa kini, keadaan Aceh Timur sudah mulai semakin baik, malah kumpulan DEWA berani mengadakan pertunjukan di kota Langsa sebagai tanda bahwa keadaan Aceh Timur umumnya sudah beransur pulih.

Secara umum, kabupaten Aceh Timur terbahagi atas beberapa kecamatan seperti berikut:

  1. Banda Alam
  2. Bireum Bayeun
  3. Darul Aman
  4. Idi Rayeuk
  5. Idi Tunong
  6. Indra Makmur
  7. Julok
  8. Kuta Binjae
  9. Madat
  10. Nurussalam
  11. Pantee Bidari
  12. Peudawa
  13. Peureulak Barat
  14. Peureulak Kota
  15. Peureulak Timur
  16. Rantau Selamat
  17. Ranto Peureulak
  18. Serbajadi
  19. Simpang Jernih
  20. Simpang Ulim
  21. Sungai Raya

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Penduduk kabupaten Aceh Timur terdiri dari pelbagai suku, dengan suku dominan berasal dari orang Aceh 95,1%, kemudian disusul orang Gayo 1,9% yang menumpu di kecamatan Serbajadi, peunaron dan simpang jernih, serta orang Jawa yang mendiami kawasan transmigrasi di kecamatan serbajadi, peunaron dan simpang jernih bercampur dengan suku gayo, sunda, aceh dan batak toba serta karo.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 2000, daerah Aceh Timur dipecahkan bertujuan agar pembangunan kawasan itu serata. Kabupaten hasil perkembaran itu antara lain:

  1. Kota Langsa, dan
  2. Kabupaten Aceh Tamiang yang merangkumi 8 kecamatan.