Kota (Indonesia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peringkat Kawasan
Pentadbiran Indonesia
 
Peringkat Provinsi

Provinsi
Daerah KhususDaerah Istimewa

Peringkat Kabupaten/Kota

KabupatenKota
Kabupaten Tadbir
Sagoe

Peringkat Kecamatan

Kecamatan
DistrikSagoe Cut

Peringkat Kelurahan/Desa

KelurahanDesa
NagariKampungGampong

Lain-lain

DusunLingkungan
Rukun Warga
Rukun Tetangga

sunting

Kota, mengikut takrif sejagat, ialah sebuah kawasan bandar yang daripada desa atau kampung, berdasarkan keluasan, bilangan penduduk, kepentingan, atau taraf undang-undang.

Dalam konteks Indonesia, kota ialah peringkat kawasan pentadbiran setelah peringkat provinsi yang dipimpin oleh seorang walikota. Selain kota, peringkat kawasan pentadbiran setelah provinsi ialah kabupaten. Secara amnya, baik kabupaten atau kota, kedua-dua kawasan pentadbiran mempunyai kuasa yang sama.

Kabupaten dan kota bukanlah bawahan provinsi dan oleh itu, bupati dan walikota tidak bertanggungjawab kepada gabenor kabupaten. Kedua-dua kawasan pentadbiran merupakan daerah autonomi yang diberikan kuasa untuk pemerintahan sendiri.

"Kota" pada masa dahulu dikenali sebagai "Daerah Tingkat II Kotamadya". Sejak pengisytiharan Undang-undang Nombor 22 Tahun 1999 tentang pemerintahan daerah, istilah "kotamadya" pun digantikan dengan "kota" sahaja. Istilah "kota" di provinsi Nanggroe Aceh Darussalam disebut juga dengan "banda".