Kaki Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kaki Bakar
Kaki bakar 01.jpg
PengarahU-Wei Saari
PenerbitU-Wei Saari
Tini Arshad
PenulisU-Wei Saari (lakon layar)
William Faulkner (cerita asal)
Dibintangi olehKhalid Salleh
Nasrizal Ngasri
PengedarGambar Tanah Licin Sdn Bhd
Satu Gitu Sdn Bhd
Mula ditayangkan
25 Oktober 2001
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Rujukan Filemkita

Kaki Bakar merupakan sebuah filem Malaysia tahun 2001 yang diarahkan oleh U-Wei Hj Saari berdasarkan novel Barn Burning karya penulis Amerika Syarikat, William Faulkner.[1][2] Filem ini merupakan filem Malaysia pertama ditayangkan di Festival Filem Cannes di Perancis pada tahun 1995.[2]

Filem ini ditayangkan di beberapa buah pawagam sekitar Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2001.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kakang, seorang perantau yang berasal dari Jawa, Indonesia berusaha untuk memupuk nilai-nilai tradisi keturunan Jawa kepada anaknya Kesuma. Kakang bertindak sedemikian setelah sering memerhatikan eksploitasi yang wujud akibat daripada jurang sosial yang berbeza. Reaksi Kakang itu telah membawa pengaruh yang besar kepada anaknya Kesuma.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Khalid Salleh sebagai Kakang
  • Nasrizal Ngasri sebagai Kesuma, anak bongsu Kakang.
  • Kuswadinata sebagai Tok Empat
  • Anwar Idris sebagai Mustapha
  • Azizah Mahzan sebaagi Isteri Kakang
  • Jamaluddin Kadir sebaagi Tuan Kassim
  • Kamarool Yusof
  • Ochee
  • Liza Rafar
  • Azmi Suhaimi
  • JD Khalid

Latar belakang pembikinan[sunting | sunting sumber]

Kaki Bakar asalnya dibuat untuk siaran televisyen namun cadangan tersebut ditolak atas sebab tertentu. Proses menukar format filem daripada 16 mm kepada 35 mm dilakukan di Australia.

Filem ini telah disiapkan pada 1995 dan ditayangkan di Malaysia enam tahun kemudian.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Festival Filem Bebas Antarabangsa Brussel ke-17, 1995 (Belgium)
    1. Filem Terbaik (kategori bahasa asing)
  2. 1st South-East Asian Biennial Film Festival, 1997 (Phnom Penh)
    1. Anugerah Khas Juri

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM3,087.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ James, Caryn (6 April 1996). "Movie Review - FILM FESTIVAL REVIEW: Faulkner, Set in Malaysia". The New York Times. Dicapai 25 Oktober 2016. 
  2. ^ a b "Recently there was a screening of the first Malaysian movie to make Cannes". The Daily Seni (dalam bahasa Inggeris). 9 Oktober 2016. Dicapai 11 Oktober 2016.