Pergi ke kandungan

Tam Suhaimi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tam Suhaimi
Kelahiran
Nor Azemi bin Suhaimi

(1979-03-21) 21 Mac 1979 (umur 47)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengarah, penulis skrip
Tahun aktif1984–kini
Terkenal keranaWatak Salim dalam drama Cili Padi
SaudaraYem Ibrahim (datuk)
Minah Yem (nenek)
Ebby Saiful (sepupu)

Nor Azemi "Tam" Suhaimi (lahir 21 Mac 1979) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Bermula sebagai pelakon kanak-kanak, kerjaya Tam terus bertahan sehingga menginjak dewas. Beliau sekarang bergelar sebagai pengarah sejak 2013 dan lebih banyak menumpukan tugas-tugas disebalik tabir penerbitan drama-drama TV tempatan.[1]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau muncul dalam filem Kaki Bakar (1995) arahan Uwei Hj Saari Anak kepada Kalang (Khalid Salleh) pendatang dari Indonesia. Bersama seorang lagi pelakon kanak-kanak ikonik, Nasrizal Ngasri.

Tam mendapat perhatian ramai apabila drama TV, Cili Padi mendapat perhatian ramai apabila dia yang memegang watak Salim, abang kepada Syafiq (Nik Fariz Nik Fazil) menjadi pujaan ramai kanak-kanak dan remaja era 90 an kerana sifatnya yang kecil molek. Disamping teraju utama Jaafar Onn, Melissa Saila dan Zizie Ezette.

Selepas menginjak dewasa dan remaja, Tam jarang muncul di kaca TV. Tetapi dia mendapat perhatian ramai apabila muncul sebagai watak utama dalam drama Dunia Anita yang disiarkan di TV3 pada 2005. Semenjak itu dia terus mengukuhkan nama dalam industri hiburan tempatan. Selepas itu dia membintangi produksi Gaia pada 2008 bersama Farish Aziz dan Nora Danish.

Meskipun kerap tampil dalam drama, telefilem komedi. Tam sebenarnya berbakat dalam genre lain seperti Biarkan Burung Bernyanyi dia berperanan sebagai anak remaja yang memberontak dengan ibunya yang telah berkahwin baru. Dia tidak merestui kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Dia mensabotaj lauk pauk di gerai ibunya dengan menuang banyak garam dan memagari pintu rumah dengan kayu.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1989 Ragam Pemandu Boy Filem pertama sebagai pelakon kanak-kanak
Pak Tam Duda Halim Sebagai pelakon kanak-kanak
1990 Adik Kawan Os
1995 Kaki Bakar Harjo
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1993-1998 Cili Padi Salim TV3 Drama pertama sebagai pelakon kanak-kanak
2006-2007 Dunia Anita Tam
2008 Gaia (Musim 1) Hamdan Astro Ria
Gaia (Musim 2)
2009 Bio-Nik (musim 1) Burn TV3
Bio-Nik (musim 2)
2010 Ponti Anak Remaja Amir Astro Ria
2013 Rumah Kedai Adi TV3
2019 Gerak Khas (Musim 19) Ady TV2 Episod: "Dendam Menular"
2021 Ahli Bapak Bapak Club Astro Ria Juga sebagai pengarah dan penulis skrip
Hawa
Checklist Mr. Right
2022 Ulya & Dini
Melodi Raya: MELO'DRAMA'DI Raya TV3

Drama web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Rangkaian Catatan
Pelakon Pengarah Penulis skrip
2025 Puteri Kelas Atas Ya Ya Ya Cikgu Nik Viu Drama web lakonan dan arahan pertama

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1984 Hambali Seorang Jeneral TV1 Telefilem pertama sebagai pelakon kanak-kanak
1991 Wawasan
1993 Cili Padi Salim TV3
Aku Raja Gunung Ini TV1
1996 Ekspresi
YB & Thuraya TV3
2006 Takbir Suci Astro Ria
2008 Gaia The Movie Hamadan
Takbir Suci 2
2009 Ponti Anak Remaja Amir
2010 Takbir Suci 3
2013 Pengancam Perkahwinan Juga sebagai pengarah dan penulis skrip
2020 Ara TV3

Telefilem web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Aplikasi Catatan
2026 Fantasi Fiksi UTV Sebagai pengarah dan penulis skrip
  1. Lakonan bukan lagi dunia Tam Berita Harian. Dicapai pada 1 Januari 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]