Kuswadinata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kuswadinata
Kuswadinata.jpg
KelahiranKuswadi bin Bujang
(1938-09-08)8 September 1938
Jalan Thomson, Singapura, Negeri-negeri Selat, Empayar British (kini Singapura)
Meninggal dunia16 Februari 2013(2013-02-16) (umur 74)
Hospital Ampang, Selangor, Malaysia
Sebab kematianMasalah buah pinggang, kanser usus
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Selangor
KediamanTaman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1958–2013
MajikanMalay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Sarimah Filem Productions
Indra Filem Productions & Distributions Sdn. Bhd.
Skop Productions Sdn. Bhd.
MJSR Filem Productions
Columbia Pictures
Gambar Tanah Licin Sdn. Bhd. & Satu Gitu Sdn. Bhd.
Dynacoral Pictures
Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Cosmos Discovery Sdn. Bhd.
Pesona Pictures
Dayang Digital Sdn. Bhd.
DE Baron Sdn. Bhd.
Dr. Movie Productions
Astro Shaw
Venture Hills Film Productions Sdn. Bhd.
Excellent Pictures
3 Line Media
Karya Prima Productions
Empire Film Solution
PasanganKamariah Mohd. Said (k. 1981; m. 2013)
Anak4

Kuswadi bin Bujang atau lebih terkenal sebagai nama pentas beliau Kuswadinata (8 September 1938–16 Februari 2013) merupakan pelakon lelaki Malaysia. Dilahirkan di Jalan Thomson, Singapura, Negeri-negeri Selat, beliau yang mesra dengan panggilan Pak Kus memulakan kerjaya filem profesional pada 1958. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Batu Durhaka (1962), Detik 12 Malam (1979) dan Sikit Punya Gila (1982).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nama Kuswadinata itu hasil daripada gabungan nama salah seorang bapa saudaranya iaitu Nata yang berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia seperti ibunya. Sementara bapanya adalah dari Rembau, Negeri Sembilan.

Beliau juga merupakan bekas rakan rapat kepada Syed Mehdzar yang kini tinggal di Subang Jaya. Hubungan yang rapat ini amat berkekalan sehingga sekarang, keluarga Kuswadinata dan Syed Mehzar saling berhubungan sehingga beliau sendiri amat rapat dengan anak sulong Syed Mehzar iaitu Syed Mussidiq.

Kerjaya filem[sunting | sunting sumber]

Memulakan kerjaya sebagai pelakon di Malay Film Productions, Jalan Ampas selepas menghadiri uji bakat oleh pengarah Datuk L. Krishnan dan Datuk Mahmud Jun pada 1958. Lakonan pertama beliau adalah sebagai pelakon pembantu dalam filem Orang Lichin disamping seniman Datuk S. Roomai Nor. Beliau melakonkan watak seorang pembunuh. Setelah berlakon sebagai pelakon pembantu dalam beberapa filem, beliau ditawarkan untuk memegang watak berat dalam filem Antara Dua Darjat bersama Tan Sri P. Ramlee, Saadiah dan Ahmad Nesfu pada tahun 1960. Beliau memegang watak sebagai Engku Hassan, abang tiri Tengku Zaleha lakonan Saadiah.

Beliau juga berlakon dalam filem Indera Bangsawan bersama Jins Shamsuddin, Sarimah dan Haji Mahadi. Watak lakonan beliau yang paling diingati ialah sebagai suami beristeri dua dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Tan Sri P. Ramlee pada 1961.

Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau turut berlakon dalam filem antarabangsa seperti Little Adventure, Pretty Girls dan Beyond Rangoon.

Memegang watak sebagai Dr. Rushdi dalam Kala Malam Bulan Mengambang.

Hingga hari tuanya, beliau aktif berlakon dan filem terbaru lakonan beliau ialah Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid.

Ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-2 pada 1981, beliau telah dicalonkan untuk merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi watak pendekar purbakala bernama Indra dalam filem Serampang Tiga; namun beliau tewas kepada lakonan hebat Rahim Razali dalam Abang.

Pak Kus berlakon dalam beberapa lagi filem KLU (1999), Kaki Bakar (1995), Tarik-Tarik (1993), Sikit Punya Gila, Jejak Bertapak (1980an), Kaca Permata, Aku Mahu Hidup (1970) dan Jalang (2009).

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Februari 2013 beliau meninggal dunia di Hospital Ampang akibat masalah buah pinggang dan kanser usus.[1]

Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas Zohor pada hari Ahad 17 Februari 2013.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1958 Orang Licin Filem pertama
Orang Minyak
Rasa Sayang Eh Samsudin
Selendang Delima Pegawai Istana
1960 Antara Dua Darjat Tengku Hassan
1961 Indera Bangsawan Putera Sulong Indera Shahperi
Seniman Bujang Lapok Jiran Dua Isteri Pelakon tambahan
Singapura Dilanggar Todak Jelatang
1962 Ibu Mertuaku Bidin Kemunculan khas
Batu Durhaka Orang Kaya Nasar
1963 Budi dan Dosa Sulaiman
Kasih Tanpa Sayang
Korban
1966 Kacha Permata Bakar Pelakon sampingan
1967 A-Go-Go '67
1969 Keris Emas
1970 Lubang Neraka
Aku Mahu Hidup
1973 Satu Titik Di Garisan Pelakon tambahan
1979 Detik 12 Malam
1981 Serampang Tiga Indra
Jejak Bertapak
1982 Sikit Punya Gila Abang Kus Pelakon tambahan
1986 Mati Hidup Semula
1991 Bayangan Maut Pengawal Peribadi Taji Samprit 2
Kanta Serigala Ayah Shahrul dan Syakira Kemunculan khas
1993 Tarik-Tarik
1995 Beyong Rangoon Kolonel Di Hotel
1999 KLU Bapa Sunni
2001 Kaki Bakar Tok Empat Kemunculan khas
The Deadly Disiple Kemunculan khas
2003 Lang Buana Datuk Merewang
2004 Di Ambang Misteri
2005 GK3 The Movie
2007 1957 Hati Malaya Sultan Perak Kemunculan khas
2008 Kala Malam Bulan Mengambang Dr. Rushdi
2009 Lembing Awang Pulang Ke Dayang Pak Long
Jalang
2010 2 Alam
Janin
2011 Sini Ada Hantu Pak Hamid
Apa Tengok-Tengok Atuk Adryianna Kemunculan khas
2013 Gangster Celop Dikeluarkan secara anumerta, kemunculan khas
Kecoh Hantu Raya Tok Chai Pak Imam Dikeluarkan secara anumerta
Penanggal Dikeluarkan secara anumerta, kemunculan khas
2015 Bravo 5 Haji Manaf[2] Dikeluarkan secara anumerta

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1996 Negeri Perak Kota Setia (1874 - 1875)
2004 Masih Ada Cinta TV3
2010 Arjuna Pendita Dzulkarnain
2011 Juvana Dato' Wira Kemunculan khas
2012 Tanah Kubur (Musim 4) Bomoh Astro Oasis Episod 11 : Bomoh Siam

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2000 Mega TV3
2002 Cinta Yana & Addin
2003 Neon Penduduk Kampung I Kemunculan khas
2009 Empayar
2010 Ar-Rayyan TV3
2014 Daging Darah TV1

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Terima Kasih Dirinya sendiri (Tetamu) Astro Prima

Anugerah dan Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]