Kala Dewata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mustapha Kamil Mohd Yassin
LahirMustapha Kamil bin Mohd Yassin
(1925-07-01)1 Julai 1925
Kajang, Selangor
Meninggal dunia27 November 2011(2011-11-27) (umur 86)
Shah Alam, Selangor
Nama penaKala Dewata, MKY, M.K. Yassin
PekerjaanPensyarah, penulis
AnugerahDarjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (D.P.T.J.)
Kesatria Mangku Negara
Anak7 (termasuk Azmil Mustapha

Kala Dewata atau nama sebenarnya Profesor Dato' Dr. Mustapha Kamil bin Mohd Yassin (lahir di Kajang, Selangor, 1 Julai 1925 – meninggal di Shah Alam, Selangor, 27 November 2011 pada umur 86 tahun)[1] ialah seorang ahli akademik dan penulis skrip drama di Malaysia. Dia juga pernah menggunakan nama samaran lain seperti MKY dan M.K. Yassin dalam karya-karyanya.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Mustapha Kamil melanjutkan pengajian di Universiti Malaya Singapura dan memperoleh sarjana muda sastera. Seterusnya beliau mendalami ilmu pendidikan di Universiti Malaya dan menjadi guru. Pada 1959, beliau menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Beliau tamat pengajian sarjana di Universiti Indiana, Amerika Syarikat pada 1967 dengan judul tesis "Pengenalan kepada teater kanak-kanak di Malaysia". Kemudian beliau bertugas sebagai pensyarah bidang drama dan penulisan kreatif di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Pada 1974, beliau menamatkan pengajian doktor falsafah beliau di Universiti Indiana dengan tesis berjudul "Peralihan teater dalam dunia Melayu"

Mustapha Kamil mempunyai 7 orang anak, 5 lelaki dan 2 perempuan. Salah seorang anaknya ialah bekas pelakon dan pendakwah, Azmil Mustapha.

Karya[sunting | sunting sumber]

Novel[sunting | sunting sumber]

  • "Hati dan Hasrat" (1966)

Cerpen[sunting | sunting sumber]

  • "Perempuan dan Peristiwa" (1963)

Antologi[sunting | sunting sumber]

  • "Yang Dihempas dan Dipulas" (1965)

Drama[sunting | sunting sumber]

  • "Robohnya Kota Lukut" (1957)
  • "Di Balik Tabir Harapan" (1966)
  • "Dua Tiga Kucing Berlari" (1966)
  • "Kumpulan Drama -Tiga Drama"
  • "Atap Genting, Atap Rumbia" (1968)
  • "Titik-titik Pengajaran"
  • "Manusia Hina"
  • "Pegawai Khalwat"
  • "Menanti Masa Hiba"

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Negeri Sembilan
    • Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (D.P.T.J.) - Dato' (1991)
  •  Malaysia
    • Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) - 1976

Rujukan[sunting | sunting sumber]