Kampung Batu 3, Mambau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Batu 3

Kampung Batu 3 merupakan sebuah perkampungan yang terdapat dalam kawasan Mambau.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Kampung Batu 3 turut dikenali sebagai Kg Batu SC. Ia merupakan petempatan kampung tradisional Melayu yang dibuka sekitar awal tahun 1950an.

Jambatan Gantung Batu 3 menjadi identiti penting Kampung Batu 3 suatu masa dahulu yang dibina sekitar tahun 1970an sebelum runtuh dalam banjir besar yang berlaku pada tahun 1991.

Penduduk di sini terdiri daripada 95% bangsa Melayu dan selebihnya terdiri daripada kaum Cina, India dan Bumiputera Sabah-Sarawak. Terdapat 200 buah rumah dengan jumlah penduduk sekitar 1500 orang. Kebanyakan penduduk kampung bekerja di sektor kerajaan dan perkilangan.

Kegiatan Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan penduduknya bekerja dengan sektor kerajaan, swasta dan perkilangan. Namun begitu, terdapat industri kecil iaitu pengeluaran kerepek yang dijalankan, penternakan kambing,perternakan lembu, perniagaan kedai runcit (Kedai Mansor & Kedai Haji Bujang)dan perniagaan makanan (Kedai Makan Rahim Omar & Kedai Roti Canai Angah Arshad).

Sekitar tahun 1960an hingga 1980an, terdapat penduduk kampung yang menjalankan aktiviti menoreh getah dan penanaman sayur-sayuran.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran kampung ini terbahagi kepada dua iaitu JKKK Kg Batu 3 Mambau dan JKKK Kg Seri Mantau.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Kg Batu 3 juga terkenal dengan Kelab Penyokong Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan. Setiap kali pasukan bola sepak Negeri Sembilan beraksi, mobilasi penyokong akan datang dari Kg Batu 3.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]