Kampung Budaya Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Kampung Budaya Sarawak merupakan mikrokosma budaya seluruh negeri Sarawak. Digelar sebagai 'muzium hidup', kampung ini mempamerkan gaya hidup dan kediaman tradisional daripada kumpulan etnik utama di Sarawak. Antara barangan yang dipamerkan adalah peralatan memasak, peralatan tradisional, alat muzik dan banyak lagi. Kemuncak lawatan di sini ialah persembahan kebudayaan diadakan pada pukul 11.30 pagi dan 16:00 setiap hari.

Kampung Budaya Sarawak ini terletak di kaki Gunung Santubong, kira-kira 35km dari Kuching.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.