Kampung Lambak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kampung Lambak
Kampung Lambak yang terletak di Brunei
Kampung Lambak
Lokasi di Brunei
Koordinat: 4°58′07″N 114°56′45″E / 4.968540°N 114.945870°E / 4.968540; 114.945870Koordinat: 4°58′07″N 114°56′45″E / 4.968540°N 114.945870°E / 4.968540; 114.945870
NegaraBrunei
DaerahBrunei-Muara
MukimBerakas 'A'
Sub-kawasan

Kampung Lambak ialah sebuah petempatan di pinggir Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Ia terletak kira-kira 10 kilometer (6.2 batu) dari Pusat Bandar. Kampung Lambak ditadbir sebagai dua kampung iaitu Kampung Lambak 'A' dan Kampung Lambak 'B'.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kampung Lambak terletak di pinggir utara Bandar Seri Begawan dan di bahagian utara Daerah Brunei-Muara. Ia berjiran dengan Kampung Lambak Kiri di bahagian utara, Perumahan Negara Lambak Kanan di bahagian timur, Kampung Madang dan Kampung Serusop di bahagian selatan, dan Kampung Terunjing di bahagian barat.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Lambak secara rasmi ditadbir sebagai dua kampung iaitu Kampung Lambak 'A' dan Kampung Lambak 'B'. Mereka merupakan antara sub-pembahagian Mukim Berakas 'A'.[1] Setiap kampung mempunyai seorang ketua kampung. Setiap kampung juga mempunyai poskod sendiri.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Kampung Lambak mempunyai sebuah sekolah rendah kerajaan iaitu Sekolah Rendah Datu Mahawangsa. Terdapat juga dua buah sekolah ugama iaitu Sekolah Ugama Datu Mahawangsa dan Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil.[2]

Kampung Lambak juga mempunyai sebuah masjid: Masjid Kampong Lambak mula dibina pada tahun 1992 dan dirasmikan pada tahun 1994 oleh Pengiran Muda Sufri Bolkiah iaitu salah seorang adinda Sultan Hassanal Bolkiah.[3] Masjid ini mempunyai kapasiti jemaah 1,400 orang.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Buku Panduan Poskod Negara Brunei Darussalam [Edisi Kedua]" (PDF). post.gov.bn. m/s. 14. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-16. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
  2. ^ "Laman Utama - Senarai Sekolah Ugama". www.kheu.gov.bn. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
  3. ^ a b "SenaraiMasjid - Masjid Kampong Lambak". www.kheu.gov.bn. Dicapai pada 26 Oktober 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]