Kampung Simee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kampung Simee merupakan sebuah kawasan di Ipoh yang terletak di tepi jalan antara Jalan Sultan Azlan Shah (Nama Bahasa Inggeris lama: Tiger Lane) dengan Jalan Tasek. Kampung Simee terkenal kerana terdapat banyak kemudahan dan bangunan peringkat negeri Perak telah dibina di sini. Antaranya bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan, Stadium Perak, Stadium Indera Mulia, Plaza Kinta City (atau cawangan Jaya Jusco di Ipoh), dan Makro.