Kannushi
Kannushi (神主 , "pakar dewa", aslinya dilafalkan kamunushi) atau shinshoku (神職 ) adalah orang yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara kuil Shinto (jinja) serta memimpin sembahyang ke atas dewa atau dewi yang khusus dipuja.[1] Pekerjaan dilakukan kannushi sering dibantu pemudi khas disebut miko.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada mulanya, kannushi berperanan sebagai perantara para dewa-dewi dengan manusia biasa[2] melalui mukjizat kerana usaha penyucian diri yang dilakukannya, tetapi kemudian peranan tersebut ditindihkan setaranya dengan pekerjaan di kuil dan bertanggungjawab atas upacara agama yang diadakan di sana.[1][3]
Keutamaan kepercayaan agama dalam sesebuah suku menjadikan ketua suku juga sebagai pemimpin mengetuai acara keagamaan religius, atau dapat dilakukan oleh pihak berwenang lainnya.[3] Kemudian, peran tersebut berkembang menjadi bentuk yang lebih terpisah dan khusus.
Tatacara
[sunting | sunting sumber]Kelayakan
[sunting | sunting sumber]Seorang kannushi boleh dari kalangan lelaki atau wanita[4]. Para kannushi dibolehkan berkahwin, malah kedua-dua pasangan dan anak dapat mewarisi pekerjaan ketua sebelumnya.[5] Meskipun status turun-temurun ini tidak lagi diakui secara sah, tetapi tradisinya masih berlanjut.[4]
Pada zaman kini, terdapat institusi moden yang membuka pengajian agama ini yang membolehkan pelayakan mengetuai upacara termasuk universiti-universiti diberi izin dan iktiraf Pertubuhan Kuil Shinto termasuk Universiti Kokugakuin di Tokyo, atau menempuh ujian untuk mendapatkan sijil kelulusan tersebut.[4]
Kelengkapan
[sunting | sunting sumber]Kannushi memakai pakaian khusus contohnya jōe, ebōshi dan kariginu, ia semata-mata merupakan pakaian rasmi dalam kalangan isi istana Maharaja[5] namun menandakan hubungan dekat antara pemujaan kami dengan sosok Maharaja.[5] Sebatang belantan khas, shaku, dan sebatang tongkat yang diikat lipatan kertas putih (shide) yan disebut ōnusa turut digunakan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b * Kannushi (in Japanese), Iwanami Kōjien (広辞苑 ) Japanese dictionary, 6th Edition (2008), DVD version
- ^ Nishimuta, Takao (2007-03-28). "Kannushi". Encyclopedia of Shinto. Kokugakuin. Dicapai pada 2009-10-16.
- ^ a b Moriyasu, Jin. "Kannushi". Nihon Hyakka Zensho (dalam bahasa Japanese). Shogakukan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-14. Dicapai pada 2009-10-16. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ a b c "Shinshoku". Encyclopaedia Britannica Online. Dicapai pada 16 Oktober 2009.
- ^ a b c Nishimura, Hajime (1998). A Comparative History of Ideas. Motilal Banarsidass. ISBN 978-81-208-1004-4.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kannushi |
- Kannushi, Encyclopedia of Shinto