Sembahyang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Umat Hindu di pulau Lombok tengah sembahyang

Sembahyang (Jawi: سمبهيڠ) merupakan perbuatan keagamaan yang bermaksud mendekati diri dengan suatu dewa atau Tuhan.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Istilah "sembahyang" melakurkan perkataan sembah (Jawi: سمبه), "menyampaikan...memerikan dengan takzim [penuh hormat dan sopan" dan yang (يڠ‎) iaitu "dewa" atau "tuan" (god[s], lord)";[1] dalam konteks asalnya, hal ini dimaksudkan arwah leluhur dan roh-roh penjaga alam serta semangat (seperti Semangat Padi) yang pernah dipuja sebelum dikaitkan dengan dewa-dewa dalam kepercayaan Hindu.

Penyebaran Islam di Asia Tenggara melalui pengajaran oleh sesetengah ulama beraliran sufi[1] melanjutkan pengungkapan ini kepada kegiatan yang turut diistilahkan sebagai "solat", istilah serapan bahasa Arab menerangka lebih tepat merujuk kepada kegiatan ibadat sebagaimana yang dilakukan Nabi Muhammad.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Reid, Anthony (1984). "1: The Islamization of Southeast Asia". Historia: Essays in Commemoration of the 25th Anniversary of the Department of History, University of Malaya. Malaysian Historical Society, Australian National University. m/s. 18.