Kanon Pachelbel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kanon Pachelbel atau juga dikenali dengan tajuk asalnya dalam Bahasa Jerman: Kanon und Gigue für 3 Violinen mit Generalbaß[1]) ("|Kanon dan gigue untuk tiga biola dalam basso continuo"; Bahasa Inggeris: Pachelbel's Canon atau Canon in D major) ialah gubahan paling termasyhur penggubah Barok dari Jerman, Johann Pachelbel. Pada asalnya ia ditulis bagi tiga violin dan basso continuo serta dipadankan dengan sebuah gigue dalam kei yang sama.

Karya ini kurang dikenali sehingga dilupakan buat berkrun-kurun lamanya sepertimana banyak karya Pachelbel dan penggubah sezaman sebelum tahun 1700. Namun, karya ini hanya dimunculkan kembali hanya pada abad ke-20, terutamanya pada tahun 1919 serta suatu persembahan gaya Romantis gubahan konduktor Perancis Jean-François Paillard yang memasyhurkan karya ini dengan hebatnya.[2] Gubahan ini hari ini sering dimainkan di majlis perkahwinan dan disertakan dalam beberapa kompilasi muzik klasik, malah diterapkan dalam muzik moden seperti pop dan hip-hop.

Analisis[sunting | sunting sumber]

Karya ini menggabungkan teknik kanon dan bes latar (ground bass). Kanon ialah satu kaedah polifonik di mana beberapa suara memainkan muzik yang sama dan masuk berturut-turut. Dalam gubahan Pachelbel, terdpat tiga suara (lihat Contoh 1), tetapai terdapt juga suara keempat, yakni basso continuo, yang memainkan peranan bersendirian.

Contoh 1. Sembilan bar pertama Kanon dalam D. Violin memainkan kanon tiga suara berlatarkan bes bagi memberikan struktur harmoni. Warna menampilkan titik kemasukan kanon.

Suara bes mengulangi baris dua bar yang sama sepanjang lagu. Istilah biasa bagi permainan ini ialah ostinato, atau bes latar (lihat Contoh 2). Kod yang dicadangkan bagi bes ini ialah:

Contoh 2. Bes latar bagi Kanon Pachelbel.
kod darjah skala angka roman
1 D major tonik I
2 A major dominan V
3 B minor submedian vi
4 F minor median iii
5 G major subdominan IV
6 D major tonik I
7 G major subdominan IV
8 A major dominan V

Justeru Kanon Pachelbel menggabungkan bentuk polifonik (kanon) dan variasi bentuk (syakon yang merupakan gabungan gubahan bes latar dan variasinya). Pachelbel dengan cekap membentuk variasi dan membuat variasi itu sedap didengar dan tidak ketara.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Jerman: Kanon und Gigue für 3 Violinen mit GeneralbaßPWC 37, T. 337, PC 358).
  2. ^ Fink, Robert (2011). "Prisoners of Pachelbel: An Essay in Post-Canonic Musicology". Hamburger Jahrbuch für Musikwissenschaft. Frankfurt am Main. 27. ISBN 978-3-631-61732-8.
  3. ^ Welter, Kathryn J (1998), Johann Pachelbel: Organist, Teacher, Composer, A Critical Reexamination of His Life, Works, and Historical Significance, Diss., Cambridge, Massachusetts, USA: Harvard University.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]