Jarak fokus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Titik fokus F dan panjang fokus f dari sebuah kanta cembung (convex), cekung (concave), cermin cembung dan cermin cekung.

Jarak fokus atau jarak pumpun (bahasa Inggeris: focal length) adalah ukuran jarak antara elemen kanta dengan permukaan filem (atau pengesan digital) pada kamera.

Kanta dengan panjang fokus besar akan memberikan sudut pandang yang sempit sehingga sebuah objek pada jarak jauh akan nampak menjadi lebih besar di dalam foto. Sebaliknya kanta dengan panjang fokus kecil memberikan sudut pandang tangkap lebih luas dan menyebabkan objek mendapat kedudukan lebih kecil di dalam foto. Panjang fokus yang boleh berubah-ubah sering diistilahkan sebagai zoom (perbesaran).