Kapal karam Desaru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kapal karam 'Desaru' dipercayai merupakan sebuah kapal milik China yang tenggelam pada tahun 1830 akibat berlanggar dengan terumbu karang di perairan Desaru, Johor, Malaysia. Kapal kargo lama jenis "junk" ini merupakan kapal yang 10% dari muatannya terdiri dari seramik. Kapal karam ini tidak diketahui namanya yang sebenar, ia cuma dinamakan kapal karam Desaru kerana lokasi ia ditemui tenggelam pada kedalaman 20 meter, dan lebih kurang 2 batu nautika dari pantai Desaru, selatan semenanjung Malaysia.

Kapal karam Desaru ini ditemui pada bulan Mei 2001 dengan anggaran saiznya 30 meter panjang dan 7 meter lebar.

Porselin berwarna biru-putih yang dijumpai dalam ruangan kargo kapal sangat memukau, atraktif dan mempunyai nilai kualiti yang amat tinggi. Namun begitu, kuantiti yang dijumpai tidak dapat menandingi jumlah tembikar porselin yang dijumpai dari Kapal karam Diana (1817) atau kapal Tek Sing (1822). Banyak baragan bersaiz besar dan balang penyimpanan diperbuat dari pasu kasar dijumpai dalam kapal dicadangkan adalah bahan kegunaan harian yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran lelong dan barangan perhiasan atau peralatan untuk hidangan ringan. Dalam pada itu, ekskavasi juga turut menjumpai 50, 000 sudu sup yang tak sepadan dengan mangkuk.

Bacaan lanjut dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.