Pergi ke kandungan

Kasyaf Elena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kasyaf Elena ialah siri drama malaysia tahun 2023 arahan Amor Rizan yang bergenre romantik komedi. Drama ini dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Sweet Qismina dan Fendy Bakry. Drama ini juga turut dibintangi oleh pelakon-pelakon baharu seperti Eleen Arisha dan Erynn Abdullah. Drama ini turut diterbitkan oleh penerbit terkenal iaitu David Teo. Drama ini ditayangkan di Awesome TV bermula 5 Jun Setiap Isnin-Rabu jam 10.30 malam.

Kasyaf Elena
GenreKomedi
Romantik
PenciptaMIG Production
Ditulis olehDayang Kartinah
PengarahAmor Rizan
Dibintangi oleh
Sweet Qismina
/> Fendy Bakry
/>Datin Nor Aliah
/>Ady Mohammad
/>Eleen Arisha
Atira Karma
/>Erynn Abdullah
Lagu pembukaanKopi Sepi- Aiman Sidek
Lagu penutupKopi Sepi- Aiman Sidek
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifJane Lim
PenerbitDavid Teo
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
MIG Productions SDN BHD
Penyiaran
Saluran asalAwesome TV
/>Astro: 123
/>MyTV: 112
Format gambar1080i HDTV: 16:9
Format audioStereo
Siaran asal5 Jun 2023 (2023-06-05) – 26 Julai 2023
Kronologi
MengikutiSuamiku Old School The Series
Diikuti olehTakdir Yang Ditakdirkan

Mengisahkan tentang Elena yang terbangun dari Koma setelah kemalangan. Setelah itu dia menyedari yang dirinya mempunyai deria keenam iaitu dia boleh melihat roh orang yang sudah meninggal dunia.[1]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Bermulanya Kisah Ini[sunting | sunting sumber]

Di episod 1 menunjukkan yang sebelum Elena(Sweet Qismina) melihat fenomena gerhana matahari yang sedang terjadi. Dia khusyuk melihat fenomena itu sehingga dia tidak menyedari yang ada sebuah kereta yang (pemandunya juga melihat gerhana matahari) datang ke arah Elena lalu melanggarnya.

Akibat Kemalangan itu Elena koma selama 6 bulan. Selepas dia terbangun dia keluar daru wad lalu melihat ibunya (Datin Nor Aliah) yang sedang menunggunya untuk bangun di hospital. Elena memberitahu ibunya yang dia sedar dari koma lalu ibunya langsung memberitahu doktor. Selepas itu Elena pergi ke tandas dan dia ternampak ada seorang nenek yang hanya melihat ke arah dinding. Dia ingat nenek itu mahu berjumpa doktor lalu Elena menanya nenek itu adakah dia ingin berjumpa doktor.

Nenek itu pun menoleh ke arahnya. Dia ternampak ada asap-asap hitam di sekitar nenek itu lalu dia menyedari yang nenek itu adalah roh dan nenek itu sudah meninggal dunia.

Apabila dia mula menyesuaikan diri dengan persekitaran[sunting | sunting sumber]

(Bakal Disunting Semula)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Kasyaf Elena mcentralmy. Dicapai pada 24 Jun 2023.