Kata lemes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perbendaharaan kata lemes dalam Soendaneesch-Hollandsch woordenboek (1913) karya Sierk Coolsma diberi tanda l., pada gambar di atas, contoh perbendaharaan kata yang diberi tanda dengan l. iaitu nanging, koeramas (kuramas), angkat, angken, angkeng (angkéng) dan angkeut.

Kata lemes atau juga dikenali kecap lemes (aksara Sunda baku: ᮊᮨᮎᮕ᮪ ᮜᮨᮙᮨᮞ᮪, sebutan bahasa Sunda: [kəcap ləməs]) ialah perbendaharaan kata bahasa Sunda yang diguna dalam ragam bahasa hormat ka batur. Lemes dalam bahasa Sunda boleh diertikan sebagai halus, lembut atau sopan.[1] Keseluruhan perkataan lemes mempunyai sinonim dengan kata loma, makna kata lemes selain daripada kata yang diguna sebagai bentuk penghormatan kepada orang lain, juga merangkumi kesemua jenis-jenis perbendaharaan kata lemes yang lain, seperti kata lemes pisan (kata lemes yang lebih tinggi),[1] kata lemes dusun (kata lemes yang tidak piawai) dan kata lemes énténg (kata lemes yang netral atau tidak dikhaskan untuk orang lain mahupun diri sendiri).

Dalam kamus-kamus atau buku tata bahasa Sunda, kata lemes biasanya ditandakan dengan L., lem. atau l.[1]

Perbendaharaan kata[sunting | sunting sumber]

Di bawah ini ialah contoh kata lemes dengan padanannya dalam kata loma.

Melayu Loma Lemes Ref.
mandi/bersiram mandi siram [2]
ingin hayang palay [3]
makan/bersantap dahar tuang [4]
minum nginum ngaleueut [4]
berjalan kaki leumpang nyacat [3]
kepala/jemala sirah mastaka [4]
leher beuheung tenggek [5]

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Coolsma 1985, m/s. 14.
  2. ^ Coolsma 1985, m/s. 38.
  3. ^ a b Coolsma 1985, m/s. 18.
  4. ^ a b c Coolsma 1985, m/s. 43.
  5. ^ Coolsma 1985, m/s. 26.

Daftar pustaka[sunting | sunting sumber]

  • Coolsma, S. (1985) [1904]. Tata bahasa Sunda. Diterjemahkan oleh Wijayakusumah, Husein; Rusyana, Rus. Jakarta: Djambatan. OCLC 13986971.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Carilah Kategori:Kata lemes dalam Wiktionary, kamus bebas.