Kata sendi (bahasa Melayu)
Nahu bahasa Melayu |
---|
Morfologi |
Golongan kata |
Sintaksis |
Jenis frasa |
Susunan ayat |
Jenis ayat |
Bentuk ayat |
Penerbitan ayat |
Lain-lain |
Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.
Contoh:
- Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)
- Menyelam sambil minum air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)
- Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama)
Fungsi kata sendi[sunting | sunting sumber]
Ada lima fungsi kata sendi:
- Menunjukkan tempat atau arah.
- melalui jalan dalam
- pada fikiran saya
- Menunjukkan masa.
- dalam tahun lepas
- sewaktu bulan biru
- Menunjukan sebab akibat.
- Kemalangan berlaku kerana jalan licin
- Sebab mulut badan binasa
- Menunjukkan pelaku.
- Perlawanan akhir itu dimenangi oleh Kedah FA
- Menunjukkan mangsa.
- Perompak itu kena belasah
Bahagian kata sendi[sunting | sunting sumber]
Kata sendi boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:
- Sendi nama
- Sendi kata
Sendi nama[sunting | sunting sumber]
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata nama. Antara kata sendi nama yang biasa digunakan ialah:
|
|
Sendi kata[sunting | sunting sumber]
Kata sendi kata ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata kerja, kata sifat dan kata tugas.
|
|
Bentuk kata sendi[sunting | sunting sumber]
Kata sendi juga boleh dibahagikan mengikut bentuknya:
Sendi tunggal[sunting | sunting sumber]
di ibarat |
|
Sendi berimbuhan[sunting | sunting sumber]
|
|
Sendi majmuk[sunting | sunting sumber]
|
|
Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]
- Nik Safiah Karim et. al. (1995). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Abdullah Hassan (2006). Morfologi. PTS Professional.