Kau Pergi Jua (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Kau Pergi Jua"
Single oleh Adam Ahmad
daripada album Kau Pergi Jua
Dikeluarkan pada1984
FormatKaset, CD
GenrePop
SyarikatOmry Musical Industries Sdn. Bhd.
PenulisAdam Ahmad[1]
Kronologi single Adam Ahmad
"Di Mana Cahaya"
(1984)
"Kau Pergi Jua"
(1984)
"Agar Dia Kembali"
(1985)

Kau Pergi Jua adalah sebuah lagu balada malar segar ciptaan dan nyanyian Adam Ahmad yang dimuatkan dalam albumnya yang bertajuk Kau Pergi Jua pada tahun 1984. Lagu ini dikatakan menceritakan mengenai kisah putus cinta di antara Adam dan kekasih pertamanya. Ironinya, pada tahun 2010, Adam telahpun bernikah dengan bekas kekasihnya setelah masing-masing melalui episod perkahwinan yang tidak menjadi.

Dirakamkan semula[sunting | sunting sumber]

"Kau Pergi Jua"
Single oleh Dayang Nurfaizah
daripada album Dayang Sayang Kamu
Dikeluarkan pada29 April 2005
FormatCD
GenreR&B
Panjang-
SyarikatDNAD Entertainment
PenulisAdam Ahmad
PenerbitAcis
Kronologi single Dayang Nurfaizah
"Aku Rindu, Aku Jemu"
(2005)
"Kau Pergi Jua"
(2005)
"Suriram"
(2005)

Dayang Nurfaizah, seorang penyanyi R&B popular era 2000-an telah merakamkan semula lagu Kau Pergi Jua selepas 20 tahun kelahiran lagu ini. Lagu nyanyian Dayang ini dikeluarkan pada tahun 2004. Ia dijadikan single keenam untuk album solo keempatnya yang bertajuk Dayang Sayang Kamu. Lagu ini kembali popular pada tahun 2005.

Rujukan[sunting | sunting sumber]