Kawah Tycho

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kawah Tycho
Kawah Tycho
Tycho kelihatan dari Lunar Orbiter 5. Imej NASA
Koordinat 43°19′S 11°22′W / 43.31°S 11.36°W / -43.31; -11.36Koordinat: 43°19′S 11°22′W / 43.31°S 11.36°W / -43.31; -11.36
Diameter 86.21 km
Kedalaman 4.8 km
Colongitude 12° pada fajar
Eponim Tycho Brahe

Kawah Tycho ialah sebuah kawah qamari hentaman yang menonjol yang terletak pada bahagian tanah tinggi selatan qamari. Nama kawah ini diambil sempena nama ahli falak Denmark, Tycho Brahe (1546-1601M). Pada arah selatannya terletak Kawah Street; pada arah timur pula terletak Kawah Pictet, dan pada arah utara timur laut terdapat Kawah Sasserides. Permukaan sekeliling Tycho dipenuhi kawah-kawah bermacam saiz, dan banyak kawah-kawah ini bertindan dengan kawah-kawah yang lebih tua. Sebahagian daripada kawah kecil merupakan kawah sekunder yang terbentuk daripada lecitan dari Tycho.

Lokasi Tycho.

Usia dan pemerian[sunting | sunting sumber]

Tycho adalah kawah relatif muda dengan anggaran usia 108 juta tahun (Ma), berdasarkan analisis sampel jejari kawah yang diambil semasa misi Apollo 17.

Usia ini membayangkan bahawa bahan yang menghentam mungkin terdiri daripada asteroid kumpulan Baptisitna namun, ini masih menjadi agakan memandangkan bahan kandungan bahan itu masih tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, kajian simulasi menyatakan terdapat 70% kemungkinan yang kawah ini dibuat oleh sebuah cebisan kejadian yang mewujudkan asteroid 298 Baptistina;[1] yang sebelemnya dipercayai bertanggung jawab mewujudkan Kawah Chicxulub dan kepupusan dinosaur. Namun, kemungkinan ini ditidakkan oleh Wide-field Infrared Survey Explorer pada tahun 2011.

Kawah ini tajam bentuknya, berlainan dengan kawah-kawah tua yang tidak berapa jelas disebabkan hentaman susulan. Bahagian dalaman mempunyaialbedo yang menonjol apabila Matahari berada di puncak, dan kawah ini dikelilingi sistem jejari yang memiliki jejari sepanjang 1,500km. Sebahagian daripada jejari ini dapat dilihat mahupun Tycho diterangi oleh cahaya bumi.

Sistem jejari besar yang berpusat pada Tycho

Bahagian-bahagian datar yang melewati bibir kawah ini memiliki albedo yang lebih rendah daripada albedo bahagian dalaman sejauh lebih 100 km, dan bebas daripada tanda-tanda jejari yang terletak lebih jauh darinya. Bibir yang lebih gelap ini mungking dibentuk daripada bahan galian yang dilecitkan semasa hentaman berlaku.

Dinding dalamannya rebah dan berteres, menurun ke lanatai yang kasar akan tetapi hampir rata, yang mengandungi kubah-kubah kecil. Lantai menunjukkan kesan aktivi gunung berapi lampau, berkemungkinan besar daripada kecairan batu yang diseabkan hentaman. Gambar-gambar terperinci lantai menunjukkan yang ia dilitupi dengan barisan retakan dan bukit-bukit kecil yang silang-menyilang. Bukit-bukit pusat menaik setinggi 1.6 kilometer (0.99 mi) dari lantai, dan sebuah bukit kecil terdapat pada timur laut banjaran gunung primer.

Pemerhatian infra-merah permukaan qamari sewaktu gerhana menunjukkan bahawa Tycho menyejuk pada kadar yang lebih perlahan berbanding bahagian-bahagian lain permukaan; ini menjadikan kawah ini "titik panas". Kesan ini timbul daripada perbezaan bahan yang meliputi kawah.

Pemandangan panorama permukaan Bulan diambil Surveyor 7, yang mendarat lebih kurang 29 km (18 mi) dari bibir Tycho.

Bibir kawah ini dipilih sebagai sasaran misi Surveyor 7. Kapal angkasa robotik ini mendarat dengan selamat pada arah utara kawah pada bulan Januari 1968. Pesawat ini telah melakukan ukuran bahan kimia pada permukaan, dan menjumpai kandungan yang berlaianan daripada permukaan mare qamari. Daripada perjumpaan ini, dirumuskan bahawa satu daripada kandungan utama adalah anorthosite, satu bahan galian kaya aluminium. Kawah juga diambil gambar secara terperinci oleh Lunar Orbiter 5.

Semenjak tahun 1950-an sehingga 1990-an, ahli aerodinamik NASA, Dean Chapman dan lain-lain mengutarakan teori tentang asal qamari tektite. Chapman menggunakan model-model orbital komputer yang kompleks dan ujian terowong angin untuk menyokong teori yang tektite Australasia berasal daripada lecitan jejari Tycho. Teeori ini tidak boleh diketepikan sehinggalah sampel dari jejari Rosse diambil.

Kawah ini dilukis dalam peta qamari seawal tahun 1645M, apabila Antonius Maria Schyrleus de Rheita menggambarkan sistem jejari yang terang.

Nama[sunting | sunting sumber]

Tycho dinamakan sempena ahli astronomi Denmark, Tycho Brahe. Sama seperi banyak kawah yang terdapat pada sisi Bulan, namanya diberi Giovanni Riccioli, pereka sistem nomenklatur tahun 1651 yang sudah menjadi piawai.[2] Ahli kartografi qamari yang lebih awal memberi ciri ini nama-nama berlainan. Pierre Gassendi menamakannya Umbilicus Lunaris ("pusat Bulan").[3] Peta Michael van Langren tahun 1645 menggelarnya "Vladislai IV" sempena Władysław IV Vasa, Raja Poland.[4] Johannes Hevelius pula memberi nama "Mons Sinai" sempena Gunung Sinai.

Kawah satelit[sunting | sunting sumber]

Mengikut resam ciri-ciri dikenali pada peta qamari dengan huruf di sisi pusts kawah yang terdekat dengan Tycho.

Tycho Latitud Longitud Diameter
A 39.9° S 12.0° B 31 km
B 43.9° S 13.9° B 13 km
C 44.3° S 13.7° B 7 km
D 45.6° S 14.0° B 27 km
E 42.2° S 13.5° B 14 km
F 40.9° S 13.1° B 16 km
H 45.2° S 15.8° B 8 km
J 42.5° S 15.3° B 11 km
K 45.1° S 14.3° B 6 km
P 45.3° S 13.0° B 8 km
Q 42.5° S 15.9° B 21 km
R 41.8° S 13.6° B 5 km
S 43.4° S 16.1° B 3 km
T 41.2° S 12.5° B 14 km
U 41.0° S 13.8° B 19 km
V 41.7° S 15.3° B 4 km
W 43.2° S 15.3° B 19 km
X 43.8° S 15.2° B 13 km
Y 44.1° S 15.8° B 19 km
Z 43.1° S 16.2° B 24 km

Rujukan dalam cereka[sunting | sunting sumber]

Terdapat bab bertajuk "Tycho" dalam buku Autour de la Lune (Mengelilingi Bulan) 1870) karya Jules Verne yang memerikan kawah dan sistem jejarinya.

Tycho menjadi lokasi Tycho Magnetic Anomaly (TMA-1), dan penggalian bukit makhluk asing dalam filem 2001: A Space Odyssey, karya sains fiksyen berpengaruh Stanley Kubrick dan buku Arthur C. Clarke.

Ia juga menjadi lokasi "Tycho City" dalam Star Trek: First Contact; sebuah bandar besar dalam abad ke-24.

Dalam filem Can't Buy Me Love, Cindy memerhati Tycho sambil melihat melalui teropongnya semasa keluar bersama Ronny di Airplane Graveyard (tempat simpanan kapal terbang).

Dalam buku Robert A. Heinlein, The Moon Is a Harsh Mistress, Tycho menjadi lokasi tempat tinggal qamari bergelar "Tycho Under".

InDalam novel Jack Williamson, Terraforming Earth, kawah diguna sebagai "Tycho Base", sebuah binaan yang dapat menampung diri kawalan robot yang bertujuan untuk menghidupkan kembali planet Bumi selepas sebuah asteroid menyahkuman biosfera.

Tycho Station ialah sebuah lokasi menonjol dalam siri novel Expanse karya James S.A. Corey.

Dalam cerita pendek Heinlein, Blowups Happen, seorang watak menyatakan teori bahawa Tycho mungkin lokasi loji nuklear ras mahluk yang mempunyai deria rasa pada zaman bila Bulan masih dapat didiami—dan planet itu kemudian meletup, menyebabkan timbulnya kawah, jejari Tycho, dan kepupusan semua jenis kehidupan di Bulan.

Clifford Simak menulis novella The Trouble with Tycho, yang berpusat di kawah ini. Beliau juga mengusulkan bahawa jejari kawah terkandung daripada kaca gunung berapi (tektite), mirip teori yang diutarakan penyelidik NASA, Dean Chapman dan John O'Keefe, pada tahun 1970-an.

Kawah Tycho menonjol dalam siri buku kanak-kanak tentang Bulan karya Jerome Beatty.

Dalam filem Men in Black, watak yang dimainkan Tommy Lee Jones, agent K, memaklumkan pijat makhluk asing bhawa ia melanggar "section 4153 of the Tycho Treaty."

Novel-novel Retrieval Artist karya Kristine Kathryn Rusch, memuatkan tempat tinggal di Bulan yang digelar "Tycho Dome".

Dalam siri Captain Future karya Edmond Hamilton, Tycho menyorokkan pangkalan Futuremen.

Dalm permainan The Sims 2 untuk PSP, kanak-kanak mahluk asing Pascal Curious diberi nama Tycho.

Dalam siri novel Hunted Earth karya Roger Macbride Allen, bangsa Naked Purples memiliki koloni tahanan di kawah Tycho yang dikenali sebagai "Tycho Purple Penal".


Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Breakup event in the main asteroid belt likely caused dinosaur extinction 65 million years ago". Physorg. September 5, 2007. Dicapai pada 2007-09-06. 
  2. ^ Ewen A. Whitaker, Mapping and Naming the Moon (Cambridge University Press, 1999), p.61.
  3. ^ Ewen A. Whitaker, Mapping and Naming the Moon (Cambridge University Press, 1999), p. 33.
  4. ^ Ewen A. Whitaker, Mapping and Naming the Moon (Cambridge University Press, 1999), p. 198.